KENAPA STAF DEKAT U GARANG-GARANG??
Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati dan disayangi..
Hehe pertama sekali terima kasih kepada admin yang approvekan luahan saya ni untuk dibaca oleh adik-adik sekalian. Saya anggapkan pembaca ni ramai dikalangan adik2 yang tengah blaja di mana-mana pusat pengajian tinggi. Semoga jadi insan yang berguna kapada masyarakat dan negara.
Luahan saya ni berkenaan staf-staf di university.Saya tahu Dan sangat maklum pelajar-pelajar ni mesti adalah walaupun sikit rasa tidak puas hati, rasa marah ke dengan segelintir staf-staf kat universiti adik-adik..
Saya ni dahulunye pelajar macam adik-adik dan setelah habiz balajar ingtkan da takkan masuk universiti da tapi rezeki saya untuk berada di universti kembali tetapi bukan sebagai pelajar tetapi sebagai staf.. Saya dapat kerja bukan di tempat saya belajar dulu tetapi di universiti yang lain hehe tapi staf gred spm jela. Masa saya mohon ni pon masa tahun akhir dekat u dulu. Alhamdulillah dapat, belum konvo lagi saya da kerja walaupon cuma guna gred spm saya bersyukur dan gembira dapat kerja sampaila sekarang saya kerja tempat yang sama di salah sebuah fakulti undang-undang di salah satu university awam di Malaysia ni.Kerja saya ni sebagai pembantu tadbir atau name glemernye kerani. hehe
Masa awal-awal dapat kerja ni wah kemain la dalam hati saya nak layan student ni baik-baik, tak nak jadi macam saya waktu belajar dulu, pergi opis semua staf muke garang oii macam nak makan orang haha. Kerana garang la saya tak berani nak pergi opis. Pergi pon kalau terpaksa contoh nak ambil barang pos, ataupon nak amek slip exam, nak daftar semester ataupon nak amek baucar buku !! haha yang ni jela sebab-sebab saya pergi opis dulu. Kalau tak, tak nak pergi sebab akak-akak staf opis semua muka garang..
Teringat masa belajar dulu. adalah rasa tak puas hati dengan staf kat universiti. Yelah dorang ada tandas sendri yang tulis “tandas untuk kakitangan”. Student tak boleh masuk dan ada yang siap berkunci lagi. Masa belajar dulu rasa tak puas hati kenapa tandas pon nak ‘double standart’. Wah bukan saya sorang yang berpikiran macam ni. Kawan-kawan saya pon ! Kadang-kadang tu buat “ketupat” jugakla a.k.a nya mengumpat staf university.
Lagi yang buat saya tak puas hati kenapa ada surau untuk kakitangan yang selesa walaupun kecik. Dulu adalah juga curik masuk solat kat surau staf tapi kadang-kadang kantoila jugak. Haha selesa betol rasa takda nak tunggu ‘turn’ amek wudhuk tunggu ‘turn’ solat. Pasal ni pon tak puas hati kenapa surau dorang selesa. Haha tapi tak puas hati pon setakat simpan dalam hati jelah.. kadang-kadang ngumpat dengan kawan-kawan tu jela.
Ok, lepas saya kerja sebagai staf barula saya boleh jawab semua persoalan-persoalan ‘time’ saya belajar dulu. Mula-mula memangla niat baik saya nak layan student baik-baik sangat, nak selalu senyum supaya saya tak nak student2 ni rase macam saya rasa dulu.Tapi hakikatnya sekarang setelah hampir 3 tahun kerja saya pon da jadi garang ! haha.
Nak tahu macam mana? Akhirnya saya lalui semua perkara yang menyebabkan saya terpaksa jadi garang (hati lembut lg taw).. Kalau ikutkan kerani ni bukan lah kena jaga kaunter tapi kalau abg office boy ada hal atau ada kerja luar, saya la kena ‘take over’. ;). Rupa-rupanya karenah pelajar ni macam-macam.Ada yang biadap dan dengan rasa terkilan nya saya kesal sangat kerana ramai pelajar yang biadap ni kebanyaklan adalah dari bangsa saya sendiri. Sedih jap.. Contoh situasi. Masa ni opis kekurangan staf Kerana ada yang terlibat dengan mesyuarat, ada yang cuti sakit dan ada yang ada bengkel akhirnya tinggal saya seorang bersama pegawai. Tapi pegawai berada di bilik masing-masing jadi tugas kaunter terletak dibahu saya.
Kebetulan pada waktu itu ada beberapa orang pensyarah yang memerlukan khidmat saya dan saya sedng bercakap dengan mereka tiba-tiba bunyi loceng di kaunter sekali. Saya tidak dapat terus ke kaunter kerana sedang bercakap dengan pensyarah. Selang tak sampai seminit loceng dibunyikan lagi dengan berkali-kali. Saya tersentak dan semua pensyarah pun ikut tersentak (agak biadap sebenarnya) jadi saya terpaksa mematikan perbincangan dengan pensyarah dan terus ke kaunter.Sampai di kaunter dengan senyuman saya tanya kepada student tersebut. Perbualan lebih kurang beginilah:-
Saya: Ye adik, ada apa?
Student (dengan muka masam): Kenapa lambat, saya tunggu lama.
Saya: Maaflah akak incharge sorang harini dan tadi ada pensyarah.
Student : Sepatutnya tugas akak adalah berada di kaunter.sepatutnya kaunter tak boleh dibiarkan kosong. (dengan nada yang kesat)
Saya: (Ya allah time ni betol2 menyirap rasa panas naik ke kepala tapi saya tahan dan saya jawab tapi dengan nada yang tegas da tak de senyum-senyum meleret da kalini)
: Dik, kerja akak bukan duduk je kat kaunter, akak ni pon ‘take over’ tugas di kaunter sebab abang kaunter ni cuti, dan dalam pejabat sekarang cuma ada akak je dan semasa awk tengah tekan loceng banyak kali tadi akak tengah bercakap dengan pensyarah, tak kan akak nak terus ke kaunter. Awak cuba baca signboard di kaunter ni tekan hanya sekali sahaja dan tekan lagi sekali selepas 1 minit jika tiada respond. Awak tekan berapa kali? Dan adakah sampai seminit?
Student : takkan akak sorang je? (masih dengan nada agak kasar). Akak tak belajar kat procedure dan tatacara kerja. Sepatutnya kaunter memang tak boleh ditinggalkan kosong macam ni. Akak kan kerani pejabat tak kan tak tahu macam mana cara kerja dengan pelajar.
Saya : Ye memang akak sorang je. Yang lain cuti sakit, meeting dan bengkel. Awak boleh tak lain kali cuba hormat orang lain. Awak jangan rasa awak belajar tinggi awk boleh pandang rendah dan tak hormat akak. Akak kerja macam ni tapi akak pon belajar degree macam awak dan sekurang-kurang nya akak da berjaya pun tamatkan degree akak dan berjaya kerja walaupun cuma bekerja sebagai kerani yang awak pandang rendah, tapi awk? Belum tentu pun awk dapat habizkan degree awk dan belum tentupun awk akan dapat kerja.Tapi awk da sombong dan tak hormat pada orang yang lagi tua dari awk. (Sebenarnya umur saya pada waktu tu sama je dengan student tersebut) sebab saya habiz 4 tahun dan dia kos 5 tahun .hihi tapi berlagak la tua.
Student : ok sori akak (pandang bwah dan terus berlalu pergi). Ait tak sempat lagi dia bagtaw sebab dia datang kaunter da berlalu pergi. Saya pun kalau ikutkan hati nak basuh lagi tu hihi.
Yang ni saya bagi satu contoh di kaunter yang saya lalui berhadapan dengan pelajar yang biadap.Sebenarnya banyak lagi, kalau nak crita pengalaman-pengalaman kat kaunter boleh buat buku hihi.
Ok yang kedua tanda staf kakitangan. Tandas ni berkunci.Dulu masa belajar saya tertanya-tanya kenapa kena kunci. Da kerja ni saya pun cuba untuk tak kunci selama seminggu tapi apa yang jadi? Walaupun tandas bertulis untuk kaitangan tapi ramai pelajar yang guna dan saya pula terpaksa beratur untuk guna. Padahal saya mengejar masa. Saya sedang bekerja dan jadi satu pembaziran masa untuk saya tunggu turn saya. Masalah lain ialah pencuci dan ubat gigi saya yang diletakkan dalam tandas hilang, dan masalah paling besar ialah saya jumpa KHAZANAH dalam mangkuk tandas. Bukan sekali tapi hari-hari .
Pelik sebab perempuan?? Susah sangat agaknya untuk hapuskan khazanah masing-masing. Saya pulak jadi tukang menghilangkan khazanah-khazanah mereka. Dan akhirnya saya tahu kenapa pintu tandas staf berkunci. Saya tak kata semua student berperangai teruk sebab macam ni tapi sepsis-spesis macam ni tetap ada.. aiyoo macam mana awk kawen nanti adik.. buat hilang mood je bila jumpa khazanah-khazanah yang tak berharga tu..
Seterusnya ialah surau. Saya tahu kenapa staf perlukan surau mereka sendiri. Waktu rehat kami hanyala satu jam. Waktu tulah kami nak makan dan waktu tula kami nak solat. Dari pukul 1 sampai 2 petang.Kami perlu cepat dan jika surau bercampur dengan student yang ramai kami terpaksalah mengambil masa yang lama untuk solat dan makan.
Ok rasanya cukup 3 perkara utama yang besar.Saya luahkan ini untuk adik-adik saya yang tersayang semua agar memahami dan tidak memandang negatif pada staf-staf tempat adik-adik semua menuntut ilmu. Walaupun bergred spm sahaja tapi adik kena hormat kerana di sebaliknya kita tak tau mereka pon ada degree macam adik-adik. Kat universiti saya bekerja ni ada kerani yang da ada master pon wahai adik-adik sayang tapi rezeki dalam pekerjaan da tertulis begitu. Dan walaupun siapapun adik jumpa adik-adik kena hormat walaupun tukang sapu sampah sekali pun, hormat paling penting. Jaga adab dan sentiasa positif. Semoga adik2 semua Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Akhirnya akak yang konon-konon nak jadi baik dan mesra ni jadila jugak seorang yang akak yang garang !! tapi kalau jumpa student yang baik, kita layan baik-baik punya. Setakat ni, saya tak rasa lagi untuk bertukar kerja kerana saya sangat suka kerja saya yang sekarang, acah-acah garang pada adik-adik. Hihi. The best moment ialah bila adik2 ni ingat saya pon student macam dorang jugak. Siap Tanya tahun brape lagi -_-. Senyum memanjang la kita ni hihi.. ok done tata..
– akak staf garang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit