Kenapa orang Terengganu membahasakan diri sebagai ambe/hamba? Sebab orang dulu2 memang guna perkataan/membahasakan diri dengan panggilan hamba atau tuan hamba. Kenapa pula tuan hamba? Bahasa mudahnya, bilamana kita/ seseorang sangat merendah diri sehingga bahasakan diri dengan orang lain Tuan Hamba. ‘Tuan adalah tuan sy. Sy adalah hamba kepada Tuan’. Atau lebih kepada meninggikan/meraikan org lain dengan memanggilnya Tuan dan rela merendahkan/wakilkan dirinya sebagai/dengan panggilan hamba. Yang mana sudah menjadi adab leluhur Melayu yang indah kerana sentiasa menanam diri di bumi/tanah kerendahan hati yakni (tawadhu’).
Apapun memang jatidiri Melayu sinonim dgn elemen-elemen Sufi.. Tugas kita bukan shj memahami akan hakikat hal ini, tetapi jg memakaikan kembali pd generasi masakini. Walaupun berubah bentuknya utk zaman kini, esensi kesufian itu perlu ditancapkan kembali kerana ianya adalah antara rahsia kekuatan ummah dan saling melengkapi.
Oleh itu, wajarlah kita sebagai anak jati Melayu untuk sentiasa dan berterusan dalam memelihara kesantunan dan keindahan dalam ‘seni’ adab berkomunikasi ini. Masih banyak lagi rahsia alam Melayu yang tidak kita ketahui dan terokai akan keindahannya. Janganlah kita mencemarkan adab dan tradisi Melayu turun temurun ini. Berbanggalah kerana Melayu sentiasa dibaluti dengan adab dan akhlaq yang tinggi sejak dahulu lagi.
Tanamlah dirimu ke bumi kerendahan, nescaya engkau akan menyaksikan Tuhan!
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Alkahfi : Ayat 28
*PEDOMAN*
Setiap orang yang sempurna akalnya dan tinggi kedudukannya sangat jarang membanggakan dirinya dan sangat suka memperhatikan keburukan dirinya sendiri. Ianya bersesuaian dengan sabda Nabi SAW:
طُوبَى لِمَنْ شَغَلَهُ عَيْبُهُ عَنْ عُيُوبِ النَّاسِ
*Ertinya:*
“Beruntunglah orang yang disibukkan oleh kekurangan dirinya dari memperbincangkan kekurangan orang lain.”_
*(Riwayat Bazzar)*
Telah menjadi kenyataan pada orang-orang seperti kita ini, bahawa yang sangat tidak disenangi ialah orang yang menasihati kita dan memberitahukan kepada kita akan kekurangan-kekurangan kita. Ini hampir menjadi pertanda yang jelas dari kelemahan iman.
Doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam Memohon Akhlak Mulia,
اللَّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّى سَيِّئَهَا لاَ يَصْرِفُ عَنِّى سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ
“Allahummahdinii li ahsanil akhlaaqi laa yahdi li-ahsanihaa illa anta, washrif ‘anni sayyi-ahaa, laa yashrif ‘anni sayyi-ahaa illa anta
[Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan palingkanlah kejelekan akhlak dariku, tidak ada yang memalinggkannya kecuali Engkau].”
(HR. Muslim no. 771, dari ‘Ali bin Abi Thalib)
-Sedikit isi daripada Bonda Tun Suzana Tun Haji Othman, Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari dan Ustaz Hasanuddin semasa berjumpa beliau tempoh hari di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam, Negeri Sembilan.
Mazura Mansor, 7 Februari 2017
– Mazura Binti Mansor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit