Thank you admin kalau post confession ni.
Aku ni jenis suka duduk rumah. Kalau keluar pon dekat2 je. Nak keluar jauh, mesti dengan family. Dan aku jenis aktif dekat sekolah. Cakap je apa jenis pertandingan, semua aku masuk. Bersukan, bercerita kisah nabi, nasyid, semuanya aku masuk. Dan disebabkan aktif ni lah aku ramai kawan dari sekolah2 lain. So masa tu lah aku kenal si R ni. Masa tu aku masuk bola baling and sekolah dia jadi tuan rumah.
Dipendekkan cerita, aku habis SPM, jadi sementara nak tunggu keputusan UPU/matrik, aku mintak kebenaran parents aku untuk buat part time. So aku kerja kat satu restoran ni and dorang mmg sediakan hostel utk staff. Aku akan tidur hostel kalau shift malam je. Sebab aku tak berani nak bawak moto sorang2 waktu tengah malam utk balik rumah. Walaupon cuma 25 minit jarak antara rumah dgn tempat kerja.
Disebabkan aku stay luar, jauh dgn parents, aku jadi kerap keluar malam. Kadang2 shift pagi pon aku dah tak balik rumah. Sebab? Seronok keluar dating dengan si R tu. Orang dulu2 selalu pesan, kalau dah selalu berdua nanti ada orang ketiga. Aku terlanjur dgn R disebabkan janji2 manis dia, nak seronok, nak buktikan sayang, aku bagi semuanya. And mak aku dpt tahu kami rapat. Mak aku mmg tak suka dia. Aku pernah masam muka dgn mak aku sebab mak aku tak bagi aku kawan dgn dia. Aku mmg jadi jauh dgn mak aku. Tak sembang, tak gurau2.
Sampailah aku dapat sambung study jauh. Masa ni R dah buat perangai. Dia dah mula mengongkong, dah berani maki dan tengking. Dia memang berubah 100%. Dia tak bagi aku rapat or kawan dgn mana2 lelaki. Kononnya nak jaga aku drpd lelaki lain yg nak ambik kesempatan. Benda mcmni dah menyusahkan aku sbb aku takboleh save number kawan2 lelaki utk buat assignments. Bayangkan lah kawan sekolah aku dari kecik tu pon dia tak bagi kawan. Tiap kali jumpa, benda pertama dia akan buat ialah check handphone aku.
Disebabkan selalu gaduh, kami kerap putus tapi tak sampai seminggu couple balik. Masa tu aku muda. Tak fikir panjang langsung. Banyak buat silap. Aku turut je cakap dia. Dia pernah cakap takkan ada lelaki yg sanggup terima aku. Sebabtu aku tak stay. Aku takut. Dia dah pandai ugut aku. Nak cerita kat semua orang yg kami pernah terlanjur. And fyi, before kawan dgn aku, si R ni mmg banyak perempuan and dah pernah main ramai perempuan dari sekolah lagi, aku tahu pon lepas dah terlanjur dgn dia sbb kantoi dgn kawan2 dia masa lepak sekali.
Satu hari, kami gaduh teruk sampai dia berani naik tangan kat aku. Aku kena tampar, kena tolak kepala, kena maki depan kawan2 aku, kena tarik rambut. Aku sabar je. Sebab sayangggg. Sebabtu bila ada assignment group, keluar beli barang yg ada kawan2 lelaki, aku akan tipu dia. Aku cakap nak tidur lah, nak buat kerja lah. Sebab aku malas nak gaduh and nak dengar dia punya makian. Paling menyakitkan hati yg aku takkan lupa sampai bila2, dia hina mak aku. Dia tahu mak aku tak suka dia. Sumpah aku sedih. Yes, aku bodoh masa tu sebab stay dgn dia walaupon dah mcm2 dia buat kat aku. Tapi semuanya sebab sayang.
Sampai lah satu hari tu, tengah buat study group sebab nak final, mak aku msg. Mak aku tulis “mak tak suka dia. Jangan lawan cakap mak dan ayah. Tak bahagia hidup kalau tiada restu mak ayah. Mak tak nampak tapi Allah nampak.” Masatu aku tersentak, terus aku lari masuk bilik aku, menangis puas2. Sampai subuh aku tak tidur fikirkan ayat mak aku tu. Mak mana tak sayang anak kan. Dah mula rasa menyesal.
Tak lama lepastu, aku gaduh lagi dgn R. Kali ni teruk sgt. Sebab dia baca msg kawan lelaki kelas aku ajak lepak keluar makan. Dia tuduh aku curang. Dia ugut nak putus lagi. Memang dari dulu aku suka berkawan. Aku bukan melayan. Entah mcm mana, taktahu dtg dari mana kekuatan yg aku dapat, aku berani melawan and aku cakap, kalau kita putus kali ni, aku sumpah aku takkan terima kau dah. Aku betul2 nekad. Aku dah mula fikir, kenapa dia nak kawal dgn siapa aku berkawan sedangkan parents aku tak pernah nak halang. Kenapa dia nak putuskan persahabatan aku dgn kawan sekolah aku sedangkan aku kenal kawan aku before aku kenal dia. Kenapa aku takboleh kawan dengan lelaki lain? Bukan curang, tapi kita nak berkawan. Kadang2 kita perlukan masa utk melepak dgn semua kawan2 kitabukannya 24jam dgn handphone nak kena melayan dia sorang. And jangan salah faham, aku takkan keluar berdua dengan lelaki. Mesti satu group kawan lelaki dan perempuan. Korang akan faham bila kita berkawan and keluar ramai2, lepas habis paper or test.
Betul lah orang cakap, kita kena bergaul dgn orang utk luaskan cara kita berfikir. Ramai kawan aku nasihatkan aku. Baik lelaki, dan perempuan. Roomates aku pon banyak bersabar sbb hari2 dengar aku gaduh dgn R. Handphone kena 24jam kat tangan sebab dia akan maki kalau aku tak jawab call dia. Dia akan cakap aku curang keluar dgn lelaki lain. Korang dapat tahan ke kalau kerap sangan bergaduh, kerap sangat kena tuduh benda yg korang tak buat. Aku pernah kena maki sebab ambik gambar satu kelas. Kawan lelaki tu duduk sebelah aku. Korang faham tak, ambik gambar ramai2 tapi dia tetap nak tuduh aku ada affair dgn kawan lelaki sebelah aku. Sabar kita ada tahap. Aku betul2 taktahan. Korang boleh bayangkan mcm mana seksanya aku masa tu. Aku takpernah upload gambar yg ada lelaki walaupon ambik ramai2. Paling teruk, sepupu lelaki aku pon dia jeles. Sampai tahap macamtu. Aku banyak sepupu lelaki berbanding perempuan dan kami semua rapat sejak kecil. Itu pon dia jeles. Pelik jugak aku boleh tahan 4 tahun dgn perangai dia. Hahaha. Bukannya aku tak pernah buat silap tapi cara dia tu over sgt. Nasib baik lah aku dpt berfikir secara matang walaupon agak lambat.
So lepas je putus, aku rasa bebas, tenang. Aku ingatkan aku happy dgn dia, rupanya aku lagi happy dgn family and kawan2 aku. And aku dapat larikan diri drpd dia sebab aku dpt sambung study kat tmpt yg agak jauh drpd dia. Tapi dia takpernah putus asa. Dia kerap kacau aku, call, whatsapp, guna nombor orang lain utk contact aku. Suruh kawan2 dia contact and kacau aku. Banyak nombor aku block semuanya sebab dia. Dia pernah nak hack IG and FB aku. Biasa lah, sakit hati lah kot lepas stalked aku hidup bahagia dgn kawan2 aku.
That time, aku mula pakai tudung. Cuba betulkan waktu solat aku. Aku dah jauh sgt. Hubungan aku dgn mak pon makin baik malah sangat rapat. Aku dah tak serabut. Aku makin matang dalam buat keputusan. Dalam masa nak jauhkan diri drpd R, nak betulkan balik apa yg tak betul, tiba2 je ada satu hari tu sorang lelaki yg aku kenal masa belajar diploma dulu, tegur aku. Aku gelarkan dia U jelah. Utk pengetahuan korang, aku mmg suka tengok dia dari mula2 kami jumpa. Dia kelas lain so kami tak rapat cuma pernah jugak laa satu group buat assignment sebab dia daftar masuk kelas aku utk satu subject yg dia repeat. Dia ni seniour aku. Aku simpan dlm hati je yg aku suka tengok dia. Dia pon jenis budak2 nakal and ramai kawan. Aku takut nak tegur sangat.
Masa dia msg aku pon sebab Dia nak tanya pasal aku sambung study mana je. Kebetulan pulak dia kerja area tempat aku belajar. Dia tak sambung study. Macam2 cerita kami kongsi. Rupa rupanya, dia pon suka jugak kat aku tapi lepas dapat tahu aku ada boyfriend, dia tak jadi nak rapat. Kami jadi kerap contact, makin rapat. Kami kerap jumpa, lepak dengan kawan2 kitorang. Aku pon ada jugak cerita pasal R. Sebab dia still ganggu aku lagi. And tah datang mana idea utk mintak dia tolong dia supaya aku dpt jauhkan R drpd aku.
Dah plan semuanya, Aku pon bagitahu lah R yg aku dah ada pakwe. U berlakon jadi pakwe aku. Guess what, aku kena maki teruk gila. Dia cakap Aku curang dgn dia sebab dia padahal kitorang dah setengah tahun break up. Psycho kan R nii. Dia kata aku takkan bahagia and U takkan terima aku kalau dpt tahu masa silam aku. Yang buat aku sedih, dia kata aku perempuan murahan, aku pelacur. Dia ingat aku kawan dgn U and aku pon main dgn U. Terus aku menangis. Aku menangis sebab aku bodoh dan menyesal kenal lelaki mcm R tu. Aku tunjuk semua conversation dgn R kat U. Yee aku tahu itu aib aku tapi aku takde pilihan. U je yg boleh tolong aku masa tu. R ugut aku macam2. Nak cerita kat family aku yg kitorang pernah terlanjur. Dia pon ugut nak pergi jumpa mak aku. Macam2 lah dia ugut yg berkaitan dgn mak aku. Pernah jugak dia ugut nak terjanag aku, nak bunuh aku. U suruh aku buat police report kalau benda ni makin teruk and simpan bukti2 yg dia ugut aku.
Then, U mintak nombor R utk msg. U cuma cakap “thanks sebab lepaskan dia. Aku akan jaga dia bro”. Masa tu mmg R tak reply and dia cuma sent msg kat aku, dia cakap aku takkan bahagia and nak tengok sampai bila hubungan kami.
Lama jugak dia dah tak kacau aku. Tapi tiba tiba je dia datang balik. Cakap nak kawan dan tiada niat buruk. Disebabkan dia cakap dah berubah, aku pon setuju utk jadi kawan dia. Itupon sebab aku taknak berdendam and hubungan dulu tu cerita lama. Sampai lah dia terlepas cakap yg sebenarnya dia yg curang dengan aku. Kerap keluar dgn perempuan lain. Main dengan perempuan lain. Dia kongkong aku sebab dia takut aku keluar dgn lelaki. Tapi, dia yg keluar dengan perempuan lain. Korang nampak tak, sebab sayang aku percaya cakap dia, tapi dia tipu aku. Aku agak terkejut jugak tapi tak kisah sebab semuanya dah jadi. Aku dah move on. Tapi aku ingatkan semuanya dah okay. Rupanya dia burukkan aku dekat semua kawan2 yg kenal kami berdua. Dia cakap aku yg curang, aku tinggalkan dia sbb lelaki kaya. Tapi aku cuma fikir, aku takkan jumpa dah mereka semua so aku just focus pasal masa depan aku. U banyak nasihat dan bagi semangat kat aku. Silap aku sebab bagi dia peluang utk jadi kawan aku.
So, sampai skrg aku dah tak contact dia lgsg. Dia cuma follow aku kat instagram je. Itupon sebab U nak dia tengok kebahagian aku. Aku mampu bahagia tanpa dia. Oh ya. Fyi, aku dengan U dah couple and tak lama lagi akan berkawin. Aku bersyukur sangat dapat kenal lelaki yg memahami, yang mengajar aku utk terus bangkit, confident dan pandai berdikari. Hubungan aku dgn mak aku pon dah baik. Sangat rapat. Semua benda aku akan share dgn mak aku.
And sampai skrg ni, R still cari jalan utk contact aku lagi. Dia gunakan kawan dia utk contact aku sebab aku mmg block dia
Aku dah takde hati dgn dia sbb aku dah ada U. Yang boleh terima kelemahan dan kekurangan aku.yang ada dengan aku masa aku susah dan senang.
Aku tahu aku tak baik and tak layak nak bagi nasihat tapi aku cuba nak fix balik semuanya. Aku taknak perempuan kat luar sana tertipu dgn janji manis lelaki. Jangan sebab sayang, maruah kau tergadai. Jangan sebab sayang, kau jauhkan family kau. Jangan sebab sayang, kau musnahkan masa delan kau. Banyak lagi yg kau kena teroka. Tolonglah, tolong jaga diri korang. Jaga baik2. Sayang tu berpada pada. Atlast, family kau jugak yg stay, bukan boyfriend korang.
Jagalah hubungan dgn family. Jangan sebabkan seorang lelaki, kau taknak dengar cakap parents kau. Banyak peranan yg kita kena ambik tahu. Aku dah buat silap so aku taknak perempuan2 kat sini buat silap mcm yg aku buat. Nikmat tu sementara je sayang. Kau akan dapat rasa nikmat bahagia tu bila kau happykan family kau dulu. Sampai bila2. Percaya lah, takde restu drpd mak ayah, mmg hidup kau susah. Kau cuba lah macam mana pon, takkan dapat capai. Restu is important. Aku manusia yg tak lari buat silap.
One more thing, tak kisah lah gelap mcm mana pon masa silam kita, tak terlambat utk patah balik ke jalan yg betul. Aku masih cuba nak baiki diri. Aku bernasib baik sebab ada yg boleh terima aku seadanya. Dia tahu sisi gelap aku dan tahu aku cuba utk berubah. Sebabtu dia terima aku. Dia nampak yg aku betul2 nak berubah.
So, jangan sebab sayang kita hilang segalanya… lelaki tu betul2 sayang kita bila niat dia utk jadikan kita halal. Effort dia utk jadikan kita yg halal. Bukannya rosakkan kita. Jaga diri okay. Lelaki dgn perempuan kena main peranan masing2. InsyaAllah, semua semuanya dipermudahkan.
– Mimi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit