Sebantal Dengan Musuh, Bukan Suami II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sebantal-dengan-musuh-bukannya-suami/).

Lepas aku baca komen korang semua pasal kisah aku, aku taip aku padam, aku taip aku padam balik. Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Rasa macam confess tak detail buat orang tertanya-tanya.

Tapi aku berterima kasih atas nasihat dalam komen semua tu, ajar aku banyak jalan nak ambil dan apa perlu aku buat.

Jujur memang dah tawar hati, aku dah tak senyum dan excited nampak suami aku, aku rasa macam strangers.

Ramai tertanya kenapa dia ceraikan rujuk balik. Aku pun terkejut dia tiba tiba ceraikan aku, tak sangka dan tak jangka kerana masa tu kami sedang bercuti bersama keluarga dia.

Malam sebelum nak balik, aku luah pada suami aku tak selesa kerana ibunya kerap masuk bilik penginapan kami tidak kira kami sedang berbaring ke atau mandi ke atau apa apa sahaja.

Main terjah buka pintu masuk dalam ambil barang atau sengaja tengok tengok then keluar.

Aku berbincang secara baik dengan suami untuk beritahu ibunya at least ketuk pintu sebelum masuk.

Suami aku endah tak endah, diam dan keluar. Tak lama dia pulang ke bilik dan jatuhkan talak.

Kami tak bertengkar sebab sejenis aku bergaduh, luah perasaan, berbincag dan aku sendiri minta maaf. Kadang tiada siapa tahu pun kami gaduh.

Beberapa tahun awal perkahwinan boleh kira dengan jari berapa kali kami bergaduh, jarang gaduh kalau gaduh pun tak sampai sejam dua.

Semua berubah bila start ada anak. Ni silap aku besar aku sebab dari awal aku berlembut dengan dia punca dia egois.

Ada yang bertanya kenapa bertahan sebab anak, jujur aku pernah cintakan suami aku, Tapi itu dulu sebelum dia ceraikan aku.

Lepas dia jatuhkan talak pasal isu kecil, aku rasa terhina malu dan benci sampai tiada rasa kasih tersisa.

Saat tu aku tahu, tiada guna cintakan dia kerana pasal hal kecil dia ceraikan aku, hal yang besar bagaimana.

Alasan aku bertahan sebab anak. Bukan sebab aku masih syang suami tapi kerana suami aku sangat rapat dengan anak aku, dan kebanyakan waktu dia yang menjaga memandikan, tidurkan dan handle hampir semua penjagaan anak.

Pada masa sama ibu bapa aku syang sangat dengan anak aku sebab sedari merah bayi mereka pun jaga.

Aku tahu kalau aku cerai, pasti suami aku tuntut anak ini dan kalau dia dapat pasti ibu bapa aku sedih kecewa.

Ayah aku sayang anak aku sampaikan aku nak hantar pengasuh pun dia tak boleh, dia tak boleh berpisah dengan anak aku.

Dan andai kata aku dapat hak penjagaan, suami aku pasti tak puas hati dan aku taknak anak aku jadi mangsa di kemudian hari.

Kadang aku fikir, kalau salah satu dari kami berkahwin, bolehkan mereka terima anak aku. Aku kadang rasa nak tinggalkan semua ni, lari ke satu tempat takde orang tahu dan kenal, mulakan hidup balik.

Ramai tertanya kenapa dia rujuk semula dan aku terima, sampai di rumah ayah aku panggil berhadapan dengannya.

Ayah aku tak pernah masuk campur urusan kami namun disebabkan dia waliku, dia berhadapan dan berbincang dengan tenang, minta kami luahkan.

Dia membacakan kami beberapa potongan ayat al quran dan maksudnya, aku masih ingat ianya berkaitan perkahwinan.

Malam tu aku menangis, ayah aku cuba baiki keadaan, mungkin dia taknak aku bercerai sebab anak aku baru berapa bulan, terlalu bayi.

Namun kami berdamai tak lama kerana hampir tiap kali dia pulang dari rumah ibunya, dia ugut untuk aku taat ibunya, kalau tidak dia ceraikan aku.

Aku pun tak tahu mana silap aku sedangkan aku tak pernah marah ibunya sindir atau bercerita di media social.

Cuma lepas aku berpantang, aku mula jauhkan diri sebab dah banyak tahun mental aku di tortured, Masa pantang aku sangat sensitive, aku tak tahan.

Aku stop ke rumah ibunya, aku stop bantu buat dan jual kuih, aku stop tolong kemas rumah bantu dia niaga, aku stop hulur duit dan barang dapur sebab jiwa aku sakit, aku rasa enough is enough.

Punca ni suami aku start bencikan aku dan pulaukan aku sampai tak nak dekat dengan aku.

Dia rasa aku teruk dan tak taat kata kata dia sedangkan dia tahu masa pantang aku hampir meroyan dengar cemuhan ibu dia, dan masa pantang baru aku sedar selama ni aku dicemuh.

Bila fikir balik selama bertahun-tahun aku tak perasan mertua aku sindir aku, maybe masa tu aku polos dan tak sensitif.

Even kadang mertua aku sindir dan sound mak aku supaya aku tak susahkan anak dia, aku pun dengar ambil sudut positif, bendul sangat aku masa tu.

Sekarang bila dah sedar aku cuma jauhkan diri, tak berkata sepatah tapi suami aku hukum aku teruk sekali kata aku tak taat, tak dengar kata, derhaka, tak macam isteri orang lain etc.

Sedangkan aku nak elak dari jiwa aku sakit teringat apa mertua aku pernah cakap

Bab nafkah ni salah aku paling besar dan juga salah keluarga aku sebab niat nak ringankan beban suami aku lama lama makan diri. Keluarga aku tahu dia susah, sampai aku ingat kenduri belah dia pun mak ayah aku ada sponsor.

Mertua aku pernah jumpa mak aku, bincang isu wang nak renovate rumah dia untuk tambah besar untuk bagi kami duduk.

Aku sampai sekarang tak boleh digest motif mertua jumpa mak aku lepas kahwin pasal isu ni. Mujur ayah aku dah siapkan rumah sewa untuk kami tinggal, so tak perlu lah kami keluarkan kos tambah rumah dia.

Ramai tertanya duit suami ke mana, separuh dari gaji dia, dia gunakan untuk bayar utility dan keperluan rumah dia, sampai roadtax, bayar bulanan kereta family dia, pun dia bayar.

Aku bodoh berganda masa tu sebab kesian, aku kata takpe, dahulukan family awak dan aku tawar tambah mana perlu.

Bila ada anak suami aku tertekan sebab duit dia ngam ngam lepas susu pampers anak etc. Jadi dia rasa aku beban yang habiskan duit dia sedangkan takde bahagian aku pun.

Dia selalu pinjam aku duit sebab duit dia dipakai fam dia, end up aku pun gigit jari. Bila suami aku susah sangat, fam dia tak tolong dia, aku yang keluarkan segala kos nak cover.

Btw sampai sekarang mak dia fam dia tak tahu pun anak dia ceraikan aku, aku kunci mulut rapat, tutup kemas segalanya.

Aku memang nak fail penceraian senyap senyap, tapi aku tahu mak ayah aku mesti sedih tambahan lagi suami aku elok je dengan dorang, menantu yang baik etc.

Aku tak sanggup stay sebab aku rasa memang kami bermusuh, dan macam mana aku nak hidup bertahun dengan fam dia sebegitu.

Kadang rasa nak jadi selfish tapi aku terpandang muka anak aku mak aku ayah aku, aku rasa perit sebab aku tahu dorang nak aku baik baik dengan suami aku macam dulu, apa gunanya kalau aku usahakan, pujuk etc tapi suami aku anggap aku musuh juga.

Tahun ni aku dah give up, aku move on bab hati, aku pun dah keras kosong. Moga ada jalan untuk aku keluar dari kemelut ni

– Doremon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *