Assalamualaikum semua. Aku harap admin dapat siarkan confession aku di sini. Aku ucapkan terima kasih terlebih dahulu jika ia disiarkan. Aku ingin mendapatkan pandangan dan komen dari netizen2 di luar sana.
Maaf jika penulisanku berterabur. Apa yang penting, Aku harap netizen faham content yang ingin di sampaikan.
Aku tertarik dengan confession sebelum ini sang isteri yang culture shock bila masuk dalam keluarga suami nya. Boleh rujuk artikel ini : (https://iiumc.com/culture-shock-dengan-keluarga-suami/)
Dalam confession ini, confessor ada menyatakan yang beliau datang dari keluarga yang memperhambakan perempuan, dan merajakan lelaki. Aku tertarik untuk menceritakan serba sedikit pengalaman aku berumahtangga.
Begini ceritanya, nama aku L. Aku berumur awal 30 an dan sudah berkahwin dengan isteriku, Y berumur pertengahan 20 an dan dikurniakan 2 orang anak perempuan yang cukup cantik dan comel.
Aku bekerja sebagai akauntan dan isteriku suri rumah sepenuh masa. Aku bersyukur dengan kurniaan nikmat cukup yang Allah SWT berikan.
Aku cerita serba sedikit mengenai diri aku. Aku dtg dri keluarga spt confession yang menyatakan perempuan dihambakan, lelaki di rajakan. Cuma dalam cerita aku, hanya ibuku di perhambakan.
Hmm, agak kasar bunyinya (aku tak pernah anggap mak aku diperhambakan, jadi aku tukar dri perkataan hamba kepada super rajin dan kami pula abah dan adik beradik, super pemalas). Ok, Aku 5 beradik. 3 lelaki, 2 perempuan. Aku lelaki bongsu.
Ya, mak aku buat semua benda segala galanya, akak2 ku tidak lah serajin seperti adik beradik perempuan confessor. Akak2 ku agak malas, dan tidak membantu sangat ibuku dalam membuat kerja rumahtangga. Abah dan abang2 ku, lagi la tak membantu langsung. Kebanyakkan kerja mak aku yang buat.
Mak aku sering membebel kepada kami yang satu hari nanti, jika kami masih malas2 macam ni, tidak membantu mak kerja di rumah, kami akan dapat suami/isteri yang super pemalas.
Dek kerana takut dapat isteri yang pemalas, dari situ lah, aku mendapat kekuatan untuk menjadi ringan tulang dan rajin membantu mak aku selain dari aku kesian melihat mak buat kerja rumah sorang2.
Aku membantu mak dari mengemas rumah, membasuh, melipat baju dan lain2 sesuai kemampuan ku mengikut usiaku ketika itu. Abang2 dan kakak2 ku, tetap sama, tidak berubah. Sudah lali agaknya dengan bebelan mak aku, ibarat mencurah air di daun keladi.
Pada hemat aku, ini adalah didikan orang tua dulu2. Orang perempuan sangat rajin, menguruskan semual hal rumahtangga, lelaki hanya keluar bekerja dan mencukupkan keperluan isteri dan anak2. Ini yang aku perhatikan atok2 aku, pakcik makcik aku yang dah tua di kg, orang2 tua kami, semua begitu.
Ok, cukup cerita background keluargaku.
Ketika aku berumur 28 tahun, aku telah bertemu jodoh dengan isteri ku sekarang. Usia perkahwinan kami telah menjangkau 5 tahun. Kata orang, usia 5 tahun adalah waktu yang matang bagi sebuah perkahwinan.
Seawal usia perkahwinan, aku berazam untuk menjadi seorang suami mithali yang membantu isteri dalam mengurus rumahtangga semampu yang boleh setelah melihat mak aku yang kepenatan mengurus rumahtangga. Aku tidak mahu isteriku seperti itu. Aku ingin menjadi contoh kepada anak2 ku.
Nah, di sinilah permulaan ceritaku. Mula2 semua nya berjalan lancar, aku membantu isteri ku dalam segala hal semampu yang aku boleh. Membasuh baju, mengemas rumah, memasak, mengurus anak; mandi, makan, susu, dan tukar pampers anak. Aku akn bantu isteri ku bila aku bekelapangan dan selepas pulang dari kerja.
Pada awalnya, bapa mertua aku selalu menegur isteri ku kerana membiarkan aku membantu dia membuat kerja rumah, kerana isteri ku juga datang dari keluarga yang memperhambakan perempuan dan merajakan lelaki. Lagi2 la isteriku berbangsa kacukan arab, di mana, lelaki sangat berkuasa atas perempuan.
Itu tradisi mereka, aku taknak ulas panjang2, ini adalah dari pemerhatian aku sepanjang hidup dalam keluarga isteri. Tetapi, lama kelamaan, bapa mertua menjadi lali bila sering melihat aku membantu isteri. Bapa mertua tidak menegur isteri aku lagi.
Setelah melihat aku meringankan tulang membantu isteri, isteri ku mula menjadi malas. Kerja rumah mula di bahagi bahagikan, walaupun pada awalnya aku membantu jika aku bekelapangan dan tidak penat setelah balik bekerja, sekarang ia menjadi rutin harian aku.
Aku penat atau tidak, aku mesti membuat kerja rumah. Balik rumah, aku mesti mandikan anak2, membuat susu, lipat baju, dan kadang2 memasak. Jika aku tidak buat, isteri akan bising dan mengungkit ungkit yang dia dah buat itu dan ini.
Walaupun aku baru balik kerja dan sangat penat, aku tetap perlu buat kerja rumah yang tersedia. Kadang2, aku cuba biarkan sahaja, tapi melihatkan anak2, aku merasa tidak sampai hati.
Selagi aku tak buat, anak2 tidak akan mandi dan makan. Selagi aku tak basuh baju atau lipat baju, baju akan melonggok tak berbasuh atau berlipat. Isteri ku biarkan sahaja. Isteri aku memang keras hati.
Ini aku nk nasihatkan netizen2 di luar sana, selain rupa yang cantik, hidung mancung tercatuk, kena ingat bangsa Arab ini hati nya keras. Maaf jika ada netizen2 yang kacukan arab baca confession ini. Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku dalam keluarga isteri.
Kadang2 keikhlasan aku dalam membantu isteri ku hilang. Aku paksakan diri. Kadang2 kami bergaduh, seringkali aku ucapkan padanya bersyukur la mendapat suami yang membantu, jangan lah berlebihan lebihan sehingga kadang2 aku rasakan aku yang buat semua.
Lagi2 PKP ni, boleh kata 90% kerja rumah aku yang buat. Aku merasakan dia semakin malas. Buat kerja sikit mengadu penat, padahal aku dah bantu macam2.
Aku tengok di tangan nya, 24 jam bermain hp. Jika tak main game, fb, instagram, tik tok, video makeup dan makanan. Sampai anak2 terabai. Aku yang sering melayan dan bermain dengan anak2. Betul2 menguji kesabaran ku.
Kepada netizen, aku tahu ramai yang akan kecam, terpulang pada pendapat masing2. Aku sedia mendengar. Aku cuma ingin meluahkan perasaanku shj tanpa mengaibkan isteri ku. Aku cuma ingin mendengar pendapat pembaca.
Aku merasakan perempuan naik lemak bila mendapat suami yang rajin. Kadang2 timbul penyesalan dalam diri aku. Kenapa gatal sangat nak jadi suami yang rajin konon, last2 membebankan diri sendiri. Serba salah jadi nya.
Seronok tengok orang2 tua dulu, semasa aku kecil dulu, sang lelaki hanya lepak selepas pulang dari kerja di temani sebatang rokok dan secawan kopi. Ke surau dan lepak dengan teman pula dengan sebatang rokok dan secawan kopi walaupun aku tak merokok.
Doakan rumahtangga ku kekal hingga ke syurga. Aku sayang isteri dan anak2 ku.
Sekian,
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit