Aku tulis ni sebab ramai anak muda sekarang tengah semangat nak cari pasangan, ada yang tengah fasa “kenal-kenal”, ada yang dah plan nak kahwin.
Tapi sebelum semua tu, cuba berhenti sekejap dan tanya diri:
Apa sebenarnya yang kau nilai sebelum kau pilih dia jadi suami?
Kahwin bukan penamat cinta.
Kahwin tu permulaan kehidupan sebenar.
1. Tengok cara dia urus diri & hidup.
Kalau sekarang hidup dia tunggang-langgang, malas, suka tangguh kerja. Hurmm jangan harap lepas kahwin dia tiba-tiba jadi rajin dan teratur.
Kebiasaan masa bujang akan ikut masuk dalam rumah tangga. Begitu juga dengan diri kamu, ubah dik dan tukar gaya hidup.
2. Nilai cara dia layan orang lain.
Perhatikan macam mana dia layan mak ayah, kawan, orang kerja, orang tua.
Kalau dengan orang luar pun dia boleh tinggi suara, kasar atau ego, jangan pelik kalau nanti kau pun kena benda sama.
Akhlak sebenar nampak masa dia marah dan kecewa.
3. Tanya diri: dia mampu pimpin, atau sekadar pandai cakap?
Ramai lelaki boleh sembang “aku nak jadi imam rumah tangga,” tapi tak semua tahu makna tanggungjawab tu.
Bukan setakat solat jemaah dan doa makan, tapi tahu cara handle tekanan, buat keputusan dengan matang, dan jadi tempat kau berpaut bila hidup rasa berat.
4. Cari yang sekufu.
Ni pun penting.
Kau akan rasa janggal kalau dibesarkan dalam keluarga yang jenis buat hal sendiri, tiba-tiba dapat pasangan yang keluarga dia rapat gila ,contoh tiap minggu gathering, tiap tahun family day.
Nanti bila dah kahwin, kau mungkin tak pandai nak adjust diri.
Begitu juga sebaliknya.
Ada orang serasi dan bahagia dengan keluarga mentua, tapi ada juga yang mula hasut pasangan supaya jauhkan diri.
Jadi, cari yang sekufu. Dari segi nilai, cara berfikir, dan gaya hidup keluarga.
Kalau latar belakang kau datang dari keluarga susah atau broken, tapi sekarang kau dah berjaya itu kau pun kena bersedia.
Kadang-kadang, bila keluarga sendiri suka ambil kesempatan, minta duit, atau ganggu hidup kau, ia boleh jadi tekanan dalam rumah tangga.
Kau mungkin malu dengan kisah silam sendiri. Tapi realitinya, semua tu sebahagian daripada hidup kau.
Jadi tanya diri, kau dah bersedia ke nak hadap itu semua, dan macam mana kau nak corakkan kehidupan kau yang mendatang?
5. Tengok cara dia urus duit
Bukan sebab materialistik, tapi realistik.
Kalau sekarang pun dia boros, suka berhutang, atau tak tahu beza “keperluan” dan “gaya hidup”, kau kena fikir panjang.
Stabil kewangan tu asas ketenangan. Bila duit tak cukup, emosi pun jadi tak stabil.
6. Jangan abaikan faktor kesihatan & genetik.
Kau kena tahu latar belakang kesihatan dia — ada tak sejarah kencing manis, darah tinggi, jantung atau mental illness dalam keluarga.
Sebab masa muda semua nampak sihat, tapi bila umur makin meningkat, genetik akan mula bersuara walau gaya hidup sihat sekalipun.
Tanya diri — sanggup tak kau jaga dia nanti kalau tiba masa tu datang?
7. Tengok hubungan dia dengan Tuhan
Kalau dengan Allah pun dia sambil lewa, jangan harap dia boleh jaga hubungan dengan manusia.
Lelaki yang tahu batas dengan Tuhan, dia automatik tahu cara menghargai dan menjaga kau.
Kadang kita terlalu sibuk cari yang buat kita happy, sampai lupa cari yang boleh bimbing ke arah bahagia sebenar.
Kahwin bukan pasal siapa cepat jumpa jodoh, tapi siapa betul-betul bersedia hadap kehidupan sebenar, dengan segala ujian, latar belakang, dan perubahan yang datang bersama masa.
– Future (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit