Assalamualaikum. Hai nama aku Salmah. Lama dah tak menulis karangan panjang berjela ni harapnya admin terima la karangan aku ni.
Cerita yang aku nak cerita ni bukan niat nak mengaibkan sesiapa, cuma sebagai pengajaran selama mana kita ni bergelar hamba Allah, beringatlah setiap kurniaan Tuhan ni tak kekal dan semua hanya pinjaman sementara. Bukan hakiki.
Cerita dia macam ni, aku bekerja office hour 8-5 setiap hari. So, macam-macam ragam yang aku perhatikan. Dari pengurusan tertinggi hinggalah staf bawahan.
Kadang-kadang aku rasa sedih tengok cara masing-masing. Macam-macam kerenah, macam-macam ragam. Tapi aku hanya sekadar menjadi pemerhati, yang mana aku rasa perlu aku tegur aku nasihat la selagi boleh. Tak nak terima suka hati la kan yang penting aku dah tegur.
Kes 1, kes orang-orang besar, pegurusan tertinggi tapi bab menghulur sangatla tipis. Bak kata orang, kemut. Eh aku bukan melucah eh, kemut aku maksud dia kedekut.
Hidup ni macam roda, sekejap di atas sekejap di bawah. Tinggi mana pun pangkat kita, ingatlah yang di bawah. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Rajin-rajinla bersedekah ataupun memberi walaupun hanya sedikit.
Kalau dengan orang bawahan pon berkira, nak menghulur pun susah, jangan mengeluh kalau Allah tarik dalam tak sedar sedikit demi sedikit harta yang kau ada. Lepas tu mula la cerita macam-macam, duit tak cukupla, hidup tak tenang la.
Dekat situ pon masih tak boleh fikir dan tak muhasabah sebenarnya Tuhan dah marah dan tarik kesenangan kau sebab kau susah nak memberi, susah nak bersedekah waima RM10. Walhal orang bawahan tu la yang buat macam-macam kerja bila kau suruh.
Bro, budak pun pandai rasa empati. Tak kan kau yang dah tua bangka tak reti-reti nak rasa semua tu.
Kes 2, sejenis yang suka melewat-lewatkan solat. Allahu, sedih sebenarnya bila nak cerita menda macam ni. Sebab masing-masing dah tua bangka, tak sedar-sedar lagi.
Aku bukan orang alim ulama nak bersyarah panjang menda macam ni. Tapi tolonglah, selagi mana kita mampu solat awal, solatlah. Tinggal sekejap kerja yang mana ada tu. Kerja sampai bila-bila tak habis. Waktu solat ni habis.
Ni tak, dah nak asar baru nak solat zohor. Lagi best dah jadi macam jamak pulak. Menghimpunkan dua waktu.. ehhhhh. Ada jugak yang tak nampak batang hidung pergi solat.
Ish, rezeki kau mintak dengan Allah bila DIA dah bagi sombong pula dengan Dia. Tak tahu la apa yang di tenungnya di Komputer sampai boleh lupa Allah. Dunia. Dunia. Dunia. Nauzubillahiminzalik.
Sebenarnya banyak lagi aku nak ceritakan, tapi cukupla dulu rasanya setakat ni. Hidup kita kebergantungan kita hanya pada Allah. Dunia sementara, akhirat yang abadi.
Jangan terlalu taksub dengan dunia sehingga yang akhirat kita tolak tepi dan culas buat hukum sendiri takpa asalkan solat, takpa asalkan baik hati. Tak cukup bro, tak cukup.
Ingat masuk syurga tu DIA tengok satu perkara je ke. Banyak perhitungan yang kita semua kena hadapi nanti. Beringatlah sebelum datangnya 5.
Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum datangnya MATI. Mati itu pasti.
Sekian…
– Cik Salmah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit