Sebenarnya Aku Tak Layak Ke?

Kadang aku terfikir kenapa aku ni macam susah nak cakap lembut2 dengan suami sendiri. Hati aku macam keras je bila dengan suami.

Bila ditegur aku buat muka. Lambat minta maaf. Minta maaf pun aku cakap dengan nada yang agak kasar. Rupa-rupanya aku kekurangan kasih sayang suami.

Ya… Memang tak dinafikan dia suami yang baik. Selalu masak untuk kami sekeluarga. Rajin jaga anak. Kadang2 tolong kemas rumah. Aku bersyukur sangat tentang hal itu. Tapikan aku rasa macam kitorang ni seakan roommate. Tiada belaian. Pelukkan mesra.

Suamiku pergi kerja. Balik kerja main2 dengan anak… Dalam kol 9 lebih malam. Aku tidurkan anak. Dia akan sambung kerja dia dalam bilik khas untuk kerja ataupun dia tengok cite ke, ape ke, aku pun tak pasti sebab aku tengah tidurkan anak.

Lepas anak tidur, aku macam biasa akan layan fb ke tengok chinese drama ke. Last2 tidur macam tu la. Suami aku akan tidur lebih lambat daripada aku biasanya. 

Begitulah rutin isnin hingga jumaat, sabtu ahad kadang2 ada juga jalan2 pergi makan atau suamiku akan bermain dengan anak seharian lagipun anak aku memang suka berkepit dengan ayahnya sebab hari biasa ayahnya kan kena kerja jadi hari minggu tu kalau aku takde pun takpe. 

Tapi itulah aku betul2 dahagakan belaian dan pelukan mesra suamiku tapi aku selalunya dapat semua tu bila mana suamiku ingin bersama je.

Bila aku luahkan pasal ni dengan dia, dia kata aku ni dah bersedia jadi ibu means ibu yang baik, tapi belum tentu isteri yang baik.

Dia pula harapkan aku untuk lebih berbakti kepada dia tanya dia nak air ke ape lepas balik kerja means aku perlu jaga hati dia lebih baik yang mana bila aku ni dah takde suatu hari nanti.

Adalah benda yang dia ingat pasal aku. Kalau aku buat semua tu barulah dia nak belai or bagi kasih sayang yang aku harapkan tu. 

Pada pendapat pembaca sekalian. Memang aku ni tak layak ke untuk dibelai. Dipeluk dengan mesra selalu? Sebagai isteri. Aku dah jaga maruahku sebaik mungkin. Tutup aurat dengan sempurna tanpa disuruh. Nak pergi kemana minta izin dulu.

Apa2 masalah rumahtangga, parents ke, kawan rapat ke semua tak tahu, yang baik2 aja aku bagitau. Yang buruk2 aku simpan sendiri mengadu pada tuhan. 

Aku jaga anak sendiri. Didik dengan baik. Baru usia nak masuk 3 tahun tapi sangat petah bercakap. Pandai itu ini macam usia 5 tahun. Bukankah apa yang aku lakukan ini membuatkan dia juga dapat nama baik?

Bila dia pergi kerja. Tak perlu risau sebab ada aku yang akan jaga anak kami dengan baik. Bagi cukup makan. Tak perlu risau kena dera ke ape. Bukankah itu juga secara tak langsung menyenangkan hatinya?

Aku juga menyusu badan selama lebih kurangkan 2 tahun 4 bulan. Malam2 berjaga sebab nak bagi susu.. Bukankah itu juga menyenangkan hatinya tak perlu keluar duit untuk beli susu. Tak prlu bangun malam2 nak buat susu.. 

Tapi kenapa dia kata tu tanggungjawab aku terhadap anak seolah olah ape yang aku berkorban untuk anak takde kesan pun kat dia. 

Aku cuma harap dia boleh berikan perhatiannya. Belaian. Pelukan mesra untuk aku. Dapat sekejap je pun takpe untuk boost energy cinta kami tapi tulah aku ni seolah olah masih belum lagi capai expectation dia jadi isteri yang baik jadi aku ni masih tak layak lagi dapat semua tu. 

Aku sedihlah. Kalau nak bagi kata2 semangat or nasihat ke ape korang komen la ye. Aku teringin juga nak tau ape pandangan orang lain. Yela aku ni kan bukan jenis meluah kat sape2 tapi kali ni aku cuba luahkan disini memandangkn takde sape pun yang kenal aku.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Situasi sis macam sy.
    Sy lagi lahh.. pjj.. dah kawin 9 tahun takde anak.
    kami akan berjumpa dalam sebulan 1x jek bersamaan 2 hari
    itupun dia mmg takde nak bagi pelukan mesra ke, perhatian ke, nak jadi pendengar yg baik ke ape. takde.. lawat sekadar lawat. hadir sekadar hadir.
    and macam sis jugakk. kita jek kene selalu memberi. buatkan air, cakap lemah lembut, sediakan makanan.

    nasihat saya :-
    1) ubahkan fokus kita pada benda yg lagi bermanfaat. tak payah tunggu suami sis nak buat itu ke ini ke utk kita. Cukup sampai di sini.
    2) anggap jek lahh dalam dunia nie ramai yg bertuah dapat suami yg baik dgn isteri dia. tapi yg bertuah tu bukan kita.
    3) banyakkan doa, bersabar and bertenang jgn terlalu ikut emosi.
    4) sis buat “list need to do” sebelum tido supaya kehidupan seharian sis terurus dan tak fokus langsung pada perbuatan suami.
    5) Setiap apa perbuatan and perilaku yg kita buat akan dipersoalkan kelak. begitu jugak dgn perbuatan suami sis. Sis jadi jek org baik walaupun tak diperlakukan dgn baik. semoga suatu hari nnt ada hikmah yg tersembunyi.

  2. Ade suami macam tu sis. Suami leak dr kasih syg sentuhan belaian kepada isteri. Yang pasti tangungjawab nafkah apa smua tu die buat. So nasihat utk saya dan utk tt , kita buat apa apa kebaikan kite harapkan balasan dari allah. Terap menda ini dalam hati pahat betul2, jadi apa reaksi suami yg bagi pada kite tak ambik kisah janji kite jalankan tgungjawabbkite tu. Cntoh die nk sis bt air bila die balik keje ,sis bt je mcam die nak. Pahala yg kite kejar. Sbb syurga tu mahal tapi kite kene berkorban sikit laaa… Hati perasaan kite ni doaa bnyak2 moga dengan kesbaaran kite mghadapi suami sikap sebgitu allah lembutkan hati dia, dan suami lebih myantuni isteri dengan kasih syg.

  3. 1. Bincang dengan suami (heart to heart) apa yg sis rasa, apa yg sis mahu etc. Cari masa yg sesuai utk berbincang, bukan semasa dua2 sedang beremosi/keletihan/lapar etc.
    2. Sis mulakan rentak. Cth: time tgk tv, kalau nak suami peluk, sis peluk dia dulu then guide dia apa yg sis nak (body language)
    3. Ubah layanan sis terhadap suami..kalau sekarang sis suka tune up, argue, lambat minta maaf etc..cuba ubah dgn lebih berlembut dan menjadi isteri lebih baik
    4. Suami sis ada minta sis lebih concern dgn dia (tanya nak air ke etc..) so sis cuba ikut, tak perlu tanya pun pasal air tu, asal nampak suami pulang dari kerja, terus sediakan air, time suami tengah buat kerja dalam bilik dia, sis sediakan air etc..kadang-kadang kita perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu
    5. Masa suami ingin bersama, mungkin boleh pujuk suami, luahkan apa yg sis tak puas hati dalam rumahtangga (kena pandai main peranan..beri ‘layanan’ yg lebih baik)
    6. Komunikasi dlm rumahtangga amat penting, jangan pendam dalam hati tetapi carilah solusi secara matang dan berhemah
    7. Semasa suami jaga anak, you just enjoy your me time, hargai diri sis..sometimes mungkin boleh keluar dengan kawan-kawan/siblings to get quick catch up, shopping etc
    9. Bila keluar dengan suami dan anak-anak, mungkin boleh buat aktiviti bersama (games/sports/picnic etc)
    10. Sekali-sekala ajak suami dating, buat something that you guys like utk meningkatkan rasa cinta (tinggalkan anak² dengan family)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *