Sebenarnya Beliau Yang Tersayang

Assalammualaikum.Aku sebelum ni hanyalah silent reader setia page ni.lately ni aku ada baca kisah pasal layanan mak yang kasar ni.And kebetulan aku pun mengalami bnda yang sama.Tapi bezanya mak aku ni pedas dari segi ayat yang dia keluarkan.So tujuan aku cerita ni lebih kepada luahan and pendapat.Kepada Admin yang sudi approve,terima kasih banyak banyak.

Dari segi latar belakang,family aku ni sederhana je dari semua segi . Sederhana dalam kemewahan,agama,sosial and lain lain.Adik beradik ada 7 orang.Mak aku asalnya kerja kedai makan,kilang tapi sekarang just tolong tolong ayah aku kerja.Mak aku ni asal memang garang.Dari kecik lagi.Yelah kan kecik kecik kami memang nakal juga.Kalau dulu kami adik beradik bising je pon kena tengking.Aku dulu jenis yang penakut,jadi bila aku tunjuk takut kat mak aku pun mndapat juga lah kena marah.Senang cerita semua bnda aku dimarahi.Nak bergurau dengan mak aku pon terlalu jarang.Masa aku kecil memang lah tak terasa sangat,sebab aku ingat bila aku dah besar mak dapat jadi kawan untuk aku.Tapi rupanya tak.

Bila aku dah masuk sekolah menengah,makin banyak mak membebel.Lagi lagi kalau rumah bersepah.Padahal aku dah jugak kemas sapu umah tu. Tapi biasalah rumah aku ada adik kecik.And kerja sekolah aku pun boleh tahan banyak juga.Jadinya mak selalu membebel kata pemalas tak reti buat kerja.And mak sangat suka bandingkan aku dengan anak orang lain and zaman remaja dia dulu.Padahal setiap kali aku buat kerja,mak tak pernah hargai.Bukan maksudnya aku tak ikhlas,cuma perasaan ikhlas tu tak dapat aku nak zahirkan bila setiap inci kerja aku mak bebel.Katanya aku buat kerja tak ikhlas,tak pernah habis and banyak lagi.Aku takdelah harapkan pujian ke apa,tapi cara teguran mak aku sangat menusuk.Dengan tambahan ayat ayat pedas lain.

Kalau time hari ibu and birthday mak,aku mesti beri hadiah.BalasanTerima kasih tu memang biasa lah kan,tapi mak aku akan ungkit balik tidak puas hati dia kat kami anak beranak.Padahal aku kadang cuba puaskan juga hati mak aku,tapi semuanya serba tak kena.And adik beradik aku yang lain pon hadap benda yang sama.Cumanya mak aku lebih rapat dengan yang sulung. Aku terasa hati,padahal kakak aku yang sulung pernah jugak pergi lari dari rumah. Tapi just lari ke rumah makcik aku yang jauh and kerja kat sana.Time tu mak aku nangis and memang lah aku berpihak kat mak aku.Sama sama nangis,yela mana ada anak sampai hati tengok maknya nangis.Dalam tempoh waktu tu jugaklah aku rasa kasih sayang mak aku bertambah.Aku cakap kat kakak aku pasal mak aku nangis semua,pujuk balik and akhirnya kakak aku terpujuk jugak.Bila kakak aku balik,semuanya balik asal.Mak aku cepat marah aku,perli aku and banyak lagilah.Sampai aku rasa mak lebih perlukan akak dari aku.

Kalau aku buat homework,mak selalu perli aku kata ,ada juga anak orang lain jaga emaknya sakit boleh je dapat cemerlang.Takde pon sampai takboleh buat kerja lain.Aku sakit hati.Bukan aku takde buat apa apa kerja,adik aku yang kecik lagi tu kalau bukan aku jaga siapa lagi kalau yang lain lain kerja.Rumah pon aku kemas jugak.Tapi tetap mak aku tak pandang and persoalkan cara kerja aku kat rumah.Aku tertekan.Kalau mak aku balik kerja pon jarang jarang dia layan adik kecil aku tu and selalu marah marah cakap adik aku tak reti main sendiri,bising and mengada.Aku tertanya,sayang ke mak aku kat kami?tapi kenapa cara mesti macamtu?Kenangan manis apa yang boleh aku kenang bila usia dewasa aku nanti? Apa aku taklayak dapat kasih sayang dari seorang mak macam kawan?Aku selalu kalau scroll media sosial yang ada gambar family,mesti aku terhenti lama sikit.Aku nak juga macamtu.Kemesraan.Yelah tak semua gambar menceritakan kisah hidup sebenar,tapi aku and family aku nak bergambar pon susah.Semua buat kerja masing masing.Jarang berbual.Kalau mak marah pon adik beradik lain ejek.Aku stress macam gini.

Bila ada program kat sekolah mesti mak aku taknak pergi.Tapi lastly dia pergi jugak. Tapi bila time aku tanya mak aku tu mesti mak aku jawab “alah,ada jugak kan yang takdatang?”contoh time tu solat hajat perdana,mak aku suruh cakap yang mak aku takleh sembayang..Aku sedih padahal hakikatnya kalau mak nak pergi dia takkan banyak tanya.Lasly tak pergi pon sebab aku malu orang lain dtg ngan parents.. ayah aku pon jenis tak suka sangat program ni.Time restu ilmu upsr pon parents tak datang.
Senang kata,takde kemesraan tercipta pon.Hari keluarga tak pernah buat,facebook pon takde dalam friendlist.Whatsapp grup pon takde sapa yang nak buat.And parents aku tak main hp pon.Mak aku sendiri pon takde hp.

Jadinya aku lebih rapat ngan kawan and cikgu aku je.Kalau hari guru aku beli hadiah ,mak tak pernah support.Kadang tak setuju pon tapi mak takdelah tunjuk sangat.Mak cuma tunjuk dengan ayat”alah takyah sebok2 sangatlah nak berbeli semua.” Aku terkilan,mak orang lain siap bungkuskan lagi.Aku nak beli pon kadang sesenyap.Sebab macam aku cakap,aku lebih rapat ngan mereka semua.

And aku pernah cerita masalah aku kat sekolah tak berapa ramai ada kawan.Pastu mak ceritakan kat kakak aku.And kakak aku ejek.Padahal aku cakap jangan bgtau sesapa.And nanti bila angin mak aku datang,mak akan ungkit “patutlah kau takde kawan..bla bla bla” aku kecewa.And aku end up dgn tak bercerita apa apa pon. And tak habis habis kata lebih baik aku duduk asrama.Aku rasa tak yakin dengan masalah pendiam aku kat sekolah,aku rasa aku akan jdi alone. Bertambahlah rasa sedih aku.Sbabnya dalam kalangan sedara mak aku tak campur sangat and kami tak terdidik untuk jadi peramah.
And aku bukan nak riak,dalam adik beradik pon aku sorang je setakat ni yang jaga solat.Tapi mak tetap membandingbeza hal lain lain dengan anak yang lain.Seolah aku tak berguna.Mak selalu cakap aku tak guna belajar tinggi tinggi sampai darjah khas semua tu kalau perangai aku takboleh ditegur.Aku tak terniat pon.Sekarang usia aku dah 17 tahun,dah nak habis sekolah,aku lebih prefer layanan seorang emak seperti rakan.Aku stress dengan masalah psikologi ni.Kalau aku baca balik kad kad yang pernah aku bagi waktu aku kecik,aku akan simpan and nyorokkan.Sebab aku malu dengan ayat ayat dlam surat tu.Perbezaan ketara.Dulu aku sweet sangat ayatnya,tapi sekarang nak luah sayang pon malu.Kalau berhari raya family kami takde sesi bermaafan pon. Sama nak buat,buat. Sapa taknak sudah.Aku buat tapi tunggu orang lain takde baru aku sesenyap buat.Tapi mcm biasa,aku malu sendiri.And akhirnya sama juga perangai masing masing.Aku rindu sangat zaman kecil aku.Walau tak mesra ,takdelah aku dihidangkan dengan kata sinis merobek jiwa ni.Walau tak kerap sangat pujian(selalu kalau dapat keputusan cemerlang and aku rajin baca quran),sekurangnya takdelah macam sekarang yang langsung takde dgr kata pujian lagi dah.Last aku dipeluk pon waktu form3 ada program sekolah.Aku teringin sangat nak ada keluarga mesra.And aku sangat berharap bila masing masing dah bekerjaya,kita semua dapat jadi keluarga yang bahagia.Keluarga broken bukan untuk selama lamanya broken.Ameen in Sha Allah . Doakan okay reader sekalian. Thanksss semua . Kalau ada kata kata pendapat nak diberi,silakan komen.Saya terima semuanya.Thanks again.And niat saya sama sekali bukan membuka aib sebab segala nama saya rahsiakan.Thank you.

– azira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit