Hai, firstly thank you admin andai kata cerita ni disiarkan. Aku dah buntu nak faham manusia, so maybe aku boleh baca komen komen korang untuk membantu. Aku cuba ringkaskan seringkasnya.
Nama aku wawa (bukan nama sebenar). Aku ni nak kata friendly sangat tu tak jugak, kadang-kadang senyap je. Cuma aku sejenis yang okey je untuk berkawan dengan any gender, dan friend means a lot to me. Kat sini ada dua cerita yang bagi aku related, dan beri aku banyak tanda tanya.
Sebelum ini masa kat universiti aku ada seorang kawan lelaki (Rahman). Aku kawan dengan dia dalam 3 tahun lebih. Kitorang rapat, masa kami di universiti dulu memang selalu study sama sama, Tapi bukan lah just berdua,biasanya dengan kawan sekelas kami yang lain.
Aku tahu semua perempuan yang dia pernah minat. Tapi dia tak pernah in relationship pun sepanjang kitorang berkawan. Aku sentiasa bagi support for every girl yang dia suka tu.
And, Rahman ni budak bijak. Lagi-lagi kalau numbers related, so aku selalu la tanya dia and mintak dia tolong ajar. So, make sense la kalau kitorang ni everyday contact kan.
Kitorang selalu bergaduh je, maksud aku kat sini bergaduh yang baik la. Kalau dia ada silap, aku tegur and vice versa. Maksudnya, jarang la nak terasa hati antara kitorang. Setiap teguran tu aku anggap satu improvement untuk aku.
Lepas tu, dia ada sorang kawan lelaki yang rapat. Nama bestfriend dia Rahim, and rahim ni budak pandai jugak. Rahim ni budak sekuliah dengan kitorang so maksudnya kitorang kenal je.
Cuma, aku time dulu aku belum reti nak berkenalan dengan lelaki, so kiranya Rahman ni kawan laki pertama aku yang rapat. Ada satu masa tu, kitorang bergaduh sikit (sikit je) tapi dalam masa yang sama aku tengah buat assignment.
So, aku malas nak layan pergaduhan tu and nak pulihkan keadaan. Aku pun suruh dia ajar aku buat assignment tu. Tapi dia taknak, dia nak merajuk dan taknak ajar aku.
Instead, dia bagi no Rahim tu suruh aku tanya Rahim je assignment tu. Aku sebenarnya dah reti pun buat assignment tu, aku nak tanya dia sebab nak make things up dengan Rahman je so aku tak contact pun la dengan Rahim tu.
Tapi dalam beberapa bulan lepas tu time intern, aku memang perlu settle kan satu asignment and kena siapkan dalam tempoh sejam. And si Rahman pulak aku tak tahu time tu phone dia off. Member perempuan aku pulak semuanya tak reti pasal assignment tu.
Aku pun teringat pasal Rahim, so aku contact la dia tanya. Tapi lepas tu ada lah Rahim tu tanya soalan soalan yang non related dengan kerja, dan Rahman still off phone. Aku nak tanya Rahim kenapa Rahman off phone tapi macam takpelah nanti lah. Nantilah aku tu tak tertanya.
Malam tu Rahman dah on phone and dia call aku. Aku pun cakap la dengan dia macam biasa. Tapi bila part aku kata “Tadi aku call kau off phone, aku dahla banyak benda nak tanya”.
Dia cakap “Rahim kan ada, contact je lah dengan dia”. Padahal aku kenal dengan Rahim tu pun sebab dia eii geram pulak aku.
And lepas tu kitorang gaduh, but aku tak kesah la sebab kitorang memang selalu gaduh. Tapi kali ni lain. Esoknya, aku baru je plan nak berbaik balik . Tapi bila aku scroll facebook dan instagram aku, Rahman remove aku dari friend dia.
Weh seriusla, benda kecik je pun takkan sampai dah taknak kawan macam budak budak ke. Aku whatsapp dia single tick, aku call tak masuk, nak jumpa pun time intern ni kitorang jauh.
Aku dm instagram dia, messenger dia semua no replies, jumpa time konvo pun dia buat tak kenal padahal aku excited je jumpa dia.
Pastu nak dipendekkan lagi, tiba tiba ada sorang kawan dia bagitahu aku yang sebelum ni dia ada simpan perasaan kat aku.
Memang i was clueless not to notice that, tapi dia boleh je kot bagitahu aku. We can make things work kan, kalau dia tak bagitahu sampai sudah tak ada apa apa. And look now, kitorang dah jadi strangers.
Then, cerita kedua. Setahun yang lepas, Aku ada kenal dengan seorang lelaki ni dalam tempoh aku tengah healing process, aku baru lepas breakup. Dah aku tengah healing tu confirm la aku malas nak layan or berkawan dengan mana mana lelaki dah.
Nama dia Amir. Aku jumpa Amir sewaktu aku involve dalam satu program sukarelawan. Aku nak healing so aku kena sibukkan diri. Aku bercakap je dengan lelaki tapi sekadar kawan kerja sukarelawan tu je lah.
Dengan role aku masa tu, aku kena buat research untuk satu benda and aku dapat tahu Amir ni ada related experience.
Jadi, aku tanya lah Amir pasal research tu dari awal sampai habis. Amir ni seorang yang senyap, dan aku baru perasan time kerja dia tak pernah lepak dengan geng perempuan.
Then, lepas aku bercakap dengan dia pasal research tu, dia dah start tegur aku time kerja, dah start bergurau dan kacau aku but a minimal one lah. Dia akan sembang bila tak ramai sangat orang dan aku sorang je perempuan.
Aku macam layan tak layan je lah sebab bukan kenal pun, just colleague je la kan.
Aku perasan lepas tu kalau kitorang bertugas bersama, dia akan datang bercakap dengan aku padahal dengan kawan perempuan aku yang kerja sekali tak pulak dia sembang. Tapi setakat tu aku okey je dia nak sembang even kadang serabut jugak.
Hari last volunteer program tu, aku balik lewat sikit dan kena naik bas yang disediakan untuk keluar dari tempat tu, sebab agak pedalaman.
Dah settle semua kitorang semua pun naik bas untuk keluar ke bandar dekat parking transport masing-masing. Aku tak perasan pun Amir stay jugak time last tu sebab rasanya role dia dah boleh balik awal kot.
Time sampai bandar, aku baru dalam 5 langkah keluar dari bas. Lepastu ada dengar orang panggil nama aku. Aku toleh belakang rupanya Amir panggil. So aku macam “ya saya”.
Amir tanya aku “Boleh tak nak no phone awak?”. Aku pun bagi je lah. Kitorang still kawan kerja kan. Amir ni 3 tahun tua dari aku, so aku percaya atas kematangan dan keabangan dia tu.
Nak dijadikan cerita, kitorang mula berkawan(luar kerja) dan mula rapat. Aku selesa dengan dia, tapi tak lebih dari kawan.
Amir akan contact aku setiap hari. Paling tak pun, setiap dua hari. Kadang-kadang dia contact untuk bagitahu aku condition dia, or bagitahu pasal kerja dia, or pasal dia makan apa.
Kitorang okey je, cuma aku belum boleh open untuk cerita pasal aku so biasanya aku akan dengar apa dia cerita. Aku remind balik kat atas aku ada cakap yang friend means a lot to me. Aku sayang kawan aku. At the very least pun aku taknak kawan aku susah alone.
Lepas tu, aku dah boleh open satu dua cerita pasal aku dengan dia, maksudnya aku dah percaya dia. Nak dijadikan cerita, kawan dia (kawan kitorang time volunteer dan dia sama kerja dengan Amir) bagitahu aku yang Amir suka aku. Tapi Amir tak ada cakap apa-apa pun.
Aku ambik hiatus kejap, aku fikir balik dengan umur aku sekarang, dengan aku sorang-sorang di Kota Metropolitan. Lepas tu, ada yang nak kenal dengan aku dengan lebih serius, so why not kan aku try make it work.
Tapi Amir ni kan macam introvert sikit. So, aku decide untuk confess dekat dia. Jujurnya, aku belum sayang dia, cuma aku selesa, percaya dan suka berkawan dengan dia.
Aku taknak benda yang berlaku antara aku dengan Rahman berlaku lagi. Cuma kali ni lain la sikit, aku dah takut untuk open pasal diri aku dekat Amir sebab aku takut makin kitorang rapat makin aku open dengan dia, makin sakit. But, aku enjoy berkawan dengan Amir dan aku percaya Amir.
Then, aku cuba confess dekat Amir tapi aku tak bagitahu lah yang kawan dia ada bagitahu aku tu. Aku just cakap kat dia why not kita go for more than friends.
Amir ni pun dah berjuta kali cerita pasal family dia ajak aku jumpa family dia (jumpa untuk lepak). Tapi still, kalau tiba tiba dia kata taknak pun aku okey je, biasa lah tu rejection. Dan aku pun belum sayang yang “sayang” lagi kan.
Respon dia, dia bluetick je aku. Aku kan dah cukup sakit dah tahu tak dengan Rahman dulu dan aku masih ingat rasa tu. Cukup seminggu aku whatsapp dia setiap hari and semua bluetick.
Here aku nak clarify, aku boleh terima kalau dia nak reject aku tapi i can’t do ignore tu. Dia boleh je cakap baik-baik kan kalau dia taknak or dia ada apa-apa masalah ke. We were friends before aku confess kan. Dia buat macam aku berkawan dengan dia sebelum ni tiada nilai.
Dah sampai seminggu aku minta maaf dan cuba betulkan keadaan, aku decide untuk give up. Aku tak boleh nak paksa semua orang stay dalam hidup aku kan. Aku malas layan dia lantak lah nak bluetick ke apa. Dia punya status pun aku dah mute, sebab aku takut aku gi reply.
In which dia yang taknak aku contact dia kan, dia yang pilih. Tiba tiba semalam dia buat status yang macam dia tak percaya perempuan lah, dia dah tiada cinta lah, dia penat dengan perempuan lah.
Aku kan risau la jugak dia ada problem ke macam mana. Dia pulak introvert dan suka pendam masalah, Sebelum ni dia selalu cerita kat aku. Dah dalam 2 hari aku tak whatsapp dia yang semua dia bluetick tu, tiba tiba Amir ni nak buat status macam ada problem.
Aku nak tanya dia aku nak dengar kalau dia nak cerita so that hilang sikit burden dia. Aku tahan je sebab dia yang dah taknak contact dah dengan aku kan.
Ada satu masa tu banyak sangat dia buat status yang dia macam ada masalah, so aku reply la status dia tu dan tanya dia kenapa? ada masalah ke. Baik-baik je aku tanya aku concern tu. Unexpectedly kali ni dia reply “Kenapa nak ambik tahu?”.
Hmm aku tak tahu la labu, aku dah cuba untuk selamat our friendship tapi macam ni pulak. Aku pun tak faham la, maybe aku memang tak reti nak berkawan dengan lelaki or memang tak boleh berkawan dengan lelaki. Aku penat tau, penat.
Boleh tak bagitahu aku part mana yang aku tersilap langkah ni? hmmm.
Thank you untuk sapa yang berjaya baca sampai habis.
– WAWA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit