Sebenarnya, Lelaki/Suami Nak Apa?

Salam semua. Aku surirumah. Panggil suri je la ye, banyak pulak abjad aku nak taip s.u.r.i.r.u.m.a.h heh.

Terus terang je la. Sebenarnya lelaki a.k.a suami dia nak apa dari seorang isteri?

Lelaki atau suami ni, dia harapkan apa dari seorang perempuan?

Jujurnya tahun ni (2025) adalah tahun ke-9 perkahwinan kami. Alhamdulillah anak pun 3.

Tapi, 9 tahun tu belum dikira matang. Ia masih usia mentah. Masing masing masih belajar dan terrus belajar untuk memahami pasangan.

Sampaikan kadang kadang aku tertanya apa yang lelaki ni nak? Apa yang lelaki ni harapkan?

Adakah lelaki atau suami ni dia harapkan seorang isteri yang berdikari? Adakah dia harapkan isteri dia seorang yang berani mencuba sesuatu?

Cuba komen korang yang lelaki. Jujur la ek komen korang. Aku pun nak belajar jugak yang lelaki ni nak apa?

Ada la jugak dengar video2 pendek pasal lelaki dan perempuan kan. Macam lelaki lebih lurus kalau cakap akan sesuatu hal tu. Macam perempuan kadang kadang ada kias kias dia tu kan. Korang pun tau kan…

Aku ni tak de la nak meluah ke apa. Cuma nak tahu lah apa sebenarnya korang yang lelaki ni nak dari bini korang.

Nak bini korang jadi macam mana?

Nak bini korang layan korang macam mana? Macam raja ke, kena semuanya lengkap, kemas serba serbi atau bagaimana?

Ke suami ni tak kisah bini dia cemana.

Korang yang isteri tak bekerja kan, apa yang korang harap dari bini korang? Ace share hehe.

Kadang kadang macam aku ni ada je yang aku paham lain laki aku paham lain. Korang cemana yang otai2 dah ni. Ce share.

Korang yang surirumah (rajinlak taip abjad abjad itu haha) macam mana?

Aku kan sejak jadi surirumah aku pulak rasa macam lemah je aku ni. Social skill pun macam dah kurang. Pastu kalau kena marah je nangis. Kadang kadang atas silap yang bukan disengajakan.

Ke aku yang cuek sangat?

Ye la kan, surirumah macam aku ni, aku cuba yang terbaik untuk family.

Aku tak kerja, tak ada buat apa pun. Memang aku uruskan keluarga je lah. Macam surirumah lain.

Tapi kadang kadang tu kalau buat silap yang aku tak tahu pun itu silap, aku jadi cepat terasa dan akan nangis la. Tapi tak de la sampai teruk teruk nangis, cuma rasa sedih la kan kena marah.

Bila cuma berbincang, si suami kata tak marah pun, tapi nada dia tu tinggi dan aku anggap dia marah dan aku sedih/rasa bersalah la. Gitu.

Lama tu aku terfikir la, laki ni nak apa ek? Ke salah aku yang tak improve diri. Yelah, aku ni motor pun tak reti bawak. Kereta je boleh bawak. Alhamdulillah lah kan.

Tapi kadang tu aku rasa sebab aku tak reti bawak motor aku jadi macam loser di mata suami aku. Entah lah. Perasaan aku je kot kan.

Yelah, mungkin salah aku kan. Sambil taip ni sambil angguk2 aku ni haha macam cakap dengan diri sendiri kan. Terapi sendiri haha.

Yelah, aku kena improve diri aku ni. Kene berani sikit kan. Berani belajar bawak motor. Padahal lesen ada tapi lepas dapat lesen tak bawak motor pun. Itu yang tak reti tu.

Lepas ni aku kena improve diri lah kan. Kene berdikari sikit la.

Mungkin sebelum sebelum ni aku banyak sangat bergantung dengan laki aku kit, hatta nak gi kedai beli ikan pun tunggu laki. Nak keluar dengan laki kan.

Kali ni kena berani la keluar beli barang sendiri. Walau ada anak anak, tak pe lah,kita cuba kan. Supaya tak nampak loser dimata suami.

Betul ke wei cam ni, haha.

Aku masih belajar kome wei..

Kome,

Komen membina semangat tau.. aku baca komen korang insyaallah…

– Surirumah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

    • Perbincanga bersemuka itu penting. Tanya suami apa yg dia espek trhadap awak. Klu boleh senaraikkn kemudia awak pula luahkn apa yg awak mau dr suami. Di situ berbincanglah. Kita manusia tidak sempurna jd tolak ansur penting. Mcm suami saya dia suka klu saya ada sikap berdikari sprt keluar memandu sendiri alasannya klu dia tiada saya boleh bergerak sendiri. Tp klu berkaitan ke klinik ke hospital atau yg penting dia akan bersama saya. Jadi tanyalah suami supaya hubungan rumahtangga sentiasa ceria dan harmoni.

  1. Kalau puan terlalu berdikari…akan jadi situasi dimana awaklah nanti buat semua seorang diri….pergi kedai seorang…..ke mana mana pun seorang diri. Jadi saya rasa tak apa jika awk pergi bersama sama dgn suami awk.Awak perlu mahirkan diri awk bawa kereta tu…itu bagus sangat. Carilah satu hobi yg boleh mengembirakan diri awk seperti bercucuk tanam…..atau jika tak minat….carilah hobi lain….atau masuklah kelas kelas di masjid yg berdekatan…..kelas tajwid, kelas alquran.dll…Pastikan diri dalam keaadaan bersih, pakaian bersih, berwatakan baik dan sopan.Jika masih ada ibubapa dan kaum kerabat, cuba rapatkan lagi silaturrahim.bila awk dah buat semua tu, pasti suami akan nampak awk jadi lebih berdikari. Tapi jika awk masih rasa bosan, cuba dptkan kerja part-time berdekatan dgn rumah…atau buat transit jaga bbrp org budak untuk dptkan duit sampingan.

  2. Jika awak masih tak tahu nak buat apa. Cuba cari satu produk yg awak boleh jual…berniaga depan rumah eg pisang goreng, kuih muih..roti sardinbakar ke, atau berniaga online

  3. Setiap lelaki tu berbeza, tp asasnya kalau nama pn suri atau suri rumah atau suri rumah tangga, ya, bangun awal seeloknya utk solat bersama, sarapan bersama. Then take your time utk buat kerja rumah, utk diri sendiri. Petang dia balik spend masa utk dia, solat, makan, tido bersama. Jgn bila dia balik, anak serah bulat2 kat dia. Jgn merungut penat memasak atau basuh baju, sbb laki yg kerja tu, ada je masalah kat tempat kerja, selalu dengar rungutan? Tak kan… Lg satu jgn cakap penat masak basuh baju, ada je suami yg memasak hujung minggu, basuh baju jgn la nak bising mcm murai tercabut ekor, letak sabun, tekan start, tunggu je siap, adoi… Sementara tunggu tu buat la kerja lain, memasak ke, apa ke. Ni letak baju, pastu tunggu siap, then baru kelam kabut nak masak… Uruskan masa tu, bg teratur. Sekian, komen berdasarkan sahabat, ada kena mengena dengan yg masih hidup.

    • setuju pandangan tuan. sgt² setuju. Keseharian saya, mcm tu lar. Spt yg tuan summarykan. Cuma klo bole tambah, jadi isteri / wanita kena rajin. Jgn malas. Jgn cerewet. Jgn suka beleter… Iya. Keje rumah byk Dan sentiasa menimbun. Nak malas bole. Tapi jgn selalu. Suami Sy simple. X cerewet. X suka bising². Klo bole dia nk Sy phm sendiri. Hehe.. dia byk sibuk d luar uruskan keja / anak sek. Hal dlm rumah, Sy yg bt sepenuhnya. Nak suami tng rileks pastikan rumah sentiasa kelia & bersih walau tak 100%. Nampak lapang. Suami Sy unit berunifom. Sgt sibuk n letih. Sy x nk dia lgi letih bila blk. Kecuali dia yg offer bermain dgn anak². Mgkin hilgkan letih. Nak kata dia mintak dijadikan tuan, tak jugak. Lebih kpd hormat dia sbg suami. Siapkan dia sbg suami. Taat dia sbg suami. Itu saja.. pglaman 10thn anak 4. Wpon dlm pntg berkali², Sy ttp buat keje rumah perlahan². Semampunya.. Sy ambil contoh ketaatan mak Sy & ibu mentua Sy. Sy rs suami ni simple ja. Tapi entahlar knp kdg² nmpk complicated sgt cerita isteri² d luar sna.. cumanya, prinsip saya, buat yg terbaik sbg ibadah. Selebihnya @ terjadi Hal yg sebaliknya, itu menjadi urusan antara dia dgn Allah swt.. doa Sy, semoga sis bertemu kebahagiaan yg sejati, satu hari nanti… Inshallah…

  4. Tengok jenis lelaki. Kalau jenis yg tak berapa faham tentang tanggungjawab seorang suami, dia hanya nak seroang isteri yang boleh layan kehendak batin dia. Lepastu jangan bagi dia serabut, membebel. Sebab tu kalau dapat laki jenis ni, kita kena ada back up dari segi kewangan. Tak boleh harap dia 100%. Lepastu kena pandai sibukkan diri cari aktiviti yg boleh naikkan value diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *