Untuk part I, (https://iiumc.com/sebenarnya-saya-isteri-dia/).
Hi Assalamualaikum… Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Sebab ada beberapa soalan yang saya sempat baca dan nak jelaskan.
Persoalan Mampu. Maksud mampu tu luas, luas seluas lautan tu… Bukan takat mampu bagi makan, minum s3ks. Bukan.
Mampu ni, mampu tangani masalah emosi isteri2. Masalah anak2 di sekolah, anak2 remaja. Semua ni kena mampu. Bukan semua buang dekat isteri.
Mampu dari sudut kewangan, fizikal, mental dan segalanya. Suami paling kena mampu, isteri2 pun kena mampu kawal cemburu, kawal emosi.
Bab suami kena bekerja,pergi kerja tu, bukan semata kerja balik ye. Kena pastikan nafkah cukup dan adil. Adil ni bukan samarata tau. Kena faham.
Adil ni, contoh akak kedua ada 3 anak sekolah, mesti la duit belanja lebih sikit. Yang saya masih belum ada anak, dapat duit nafkah+ duit rumah & kereta. Ok dah.
Abang pernah tanya, nak tukar kereta ke, saya cakap buat apa lah, saya masih belum ada anak. Pakai je yang mana ada. Gitu la.. toleransi. Jangan akak lain dapat kereta, kita pun nak juga. Tu mengarut namanya.
Part suami kena tegas tu betul gak. Rezeki abang juga la.. isteri² dia faham agama. Kami tak ada lah sampai bergaduh giliran. Relax². Tak lari pun suami tu. Paling² dia pergi tambah lagi sorang. Hehehe.
Lagipun, abang selalu didik sebagai partner. Kita satu keluarga ni, suami isteri ni. Partner. Partner nak pergi syurga. Jadi kena sama² bantu. Tak boleh la nak pergi syurga sorang².
Akak pertama suka pergi tazkirah, kelas agama. Haritu pkp kan banyak guna zoom kan.. jadi saya sebagai isteri muda.. adik yang celik IT.. saya la ajar kakak guna teknologi. Kan best tu? Belajar agama sesama. Suami je pergi kerja. Hehe.
Masa PKP abang je kerja. Jadi kami join la kelas2 yang macam² ada. Akak pertama dah berhenti kerja. Abang suruh duduk rumah.
Akak kedua, abang bagi pilihan, tapi dia yang nak kerja. Sebab bosan katanya duduk je kat rumah. Saya pula, memang pilih nak kerja. Sebab suka kerja sekarang.
Pstt. Duit nafkah cukup je. Ada lebih lagi. Saja je pergi kerja, jumpa orang. Ada duit boleh belanja anak² makan ke, beli game ke, barang game mahai wiii.
Haritu boleh tersalah cabar, hangus juga ribu2 belikan Predator tu. Akak no 2 gelakkan aje. Cakap siapa suruh offer anak, padanlah muka. Haha. Abang tak bagi claim, sebab dia cakap sendiri kena bertanggungjawab. (Ini selingan)
Ada komen cakap cuba dari side isteri pertama… Erm saya dengan akak2 selalu lepak². Sebab saya isteri ketiga.
Itu lah saya cakap, mampu ni, bukan mampu duit je. Mampu ni skop dia besar gila… Mampu bagi didikan agama, mampu jaga hati isteri². Bukan semua Isteri suka pakai Iphone. Haha.
Ada soalan “apa perasaan baca ws suami kepada isteri lain”. Ermm sebab awal lagi kita dah tahu kita ni berkongsi kasih. Jadi wat lek wat pis je.. hehe.. tenang2 je.
Lagipun kitaorang ada group ws family besar. Kalau apa² semua cakap dalam tu. Pernah gak salah faham, biasalah nada membaca tak sama. Tapi suami cepat2 selesaikan. Dan okay balik.
Suami, Yang paling penting jangan tipu isteri. Tu je. Bila kena tipu sekali, isteri hilang percaya. Bila hilang percaya, habis lah segala benda diungkitnya.
Akak pertama selalu cakap, abang jenis tak bebel². Dan tak menipu dia. Sebab tu dia ok. Kalau isteri tak bagi, maknanya isteri tak mampu berkongsi. Jadi jangan cari pasal, pergi kahwin curi². Nanti masalah kemudian hari.
Ada yang tanya, nak jadi no 4 ye… Yang nak jadi no 4 meh la. Tapi jangan tamak k. Kita berkongsi.. hang jangan nak conquer sorang pulakkk, haha.. apapun kena lulus tapisan akak pertama dan kedua. Solat jemaah kena pandai jadi imam. Ngaji kena pandai sebut.
Kalau bukan turn saya? Saya kemas rumah, tukar cadar, try menu baru. Pergi spa ke, Kenapa nak fikir apa suami buat kat rumah sana. Kita chill². Suami baik dengan semua isteri Alhamdulillah. Kita masuk syurga ramai². Selesai.
Betul la.. tak semua perempuan boleh kongsi, ada perempuan clingy, ada yang berdikari. Ada yang ok suami jauh, ada yang pergi tandas pun dah rindu. Macam².
Sebab itu Islam suruh minta izin isteri kalau nak nikah lagi satu. Sebab tak semua perempuan ni sama.
Jangan guna alasan boleh kawen ramai, ikut sunnah bagai sedangkan anak menanges pun suruh isteri hadap sensorang. Bil air eletrik pun minta isteri tolong. Yang ini buat dosa Namanya.
Yang mana doakan kami, terima kasih tau. Semoga hidup kita semua dipermudahkan.
Abang selalu cakap kat saya, hidup kat dunia ni, berkelana je. Tak ada satu pun yang kita punya, malah semua pinjaman sahaja. Abang ni pun, rezeki Allah pinjamkan 3 isteri sekali. Tak pernah jangka pun.
Jadi bila kita sentiasa ingat ini adalah pinjaman, bila-bila masa pemilik boleh ambil balik. Kan?
Saya harap, perkongsian ini, boleh memperbaiki pandangan terhadap poligami. Susun atur Allah itu cantik dah. Yang buat jadi kurang cantik tu, orangnya. Sampai jadi fitnah kepada agama.
Okay? Jom. Sebarkan kasih sayang.
– Annissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit