Sebidang Tanah, Si Kaya yang Tamak & Saudara Pengkhianat II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sebidang-tanah-si-kaya-yang-tamak-saudara-pengkhianat/).

Assalammualaikum semua. Nama saya Aurora (bukan nama sebenar). Saya janji penulisan kali ni tak panjang. Ringkas, padat dan tepat je. Untuk menjawab beberapa persoalan.

Maaf kalau confession lepas terlalu panjang. Sebenarnya confession tu saya dah bahagi jadi 3 part sebelum saya hantar kat admin IIUMC. Tapi admin PM saya bahawa admin nak gabungkan jadi satu. Saya pun Ok je. Saya tak salahkan admin.

Maaf telah membuat anda semua pening nak baca panjang-panjang. Saya dah baca komen2 anda semua. Terima kasih atas komen2 anda. Saya terharu ada yang bersimpati. Saya bersyukur ada juga yang faham. Saya terima baik semua pendapat anda.

Tapi lebih ramai yang tak berapa faham. Saya jawab kat sini je ye. Saya harap Q&A saya ni dapat menjawab persoalan anda. Saya akan highlight 7 perkara saja daripada komen-komen anda semua.

1. Kenapa tak ambil saja RM1.5 juta tu?

Ok, ramai yang cakap rugi tak ambik tapi masalahnya macam mana nak ambil? Bukan ke SPRM/ LHDN akan cari kita kalau tiba-tiba duit selepuk masuk akaun?

Lagipun tanah tu bukan tanah kepunyaan keluarga saya dan mana la tahu uncle C tu menipu nak bagi duit sebanyak tu. Kalau untuk pampasan rumah mungkin la boleh dipertimbangkan.

2. Tanah kerajaan bukan hak kita.

Saya lupa nak nyatakan dalam confession lepas bahawa arwah ayah saya dapat keizinan daripada DBKL untuk menduduki tanah tu. Ye hanya mendapat keizinan dan bukan hak milik.

Ye betul. Saya tak nafikan tanah kerajaan bukan hak kita. Yang saya tekankan kat sini ialah kroni-kroni dan pembeli tanah secara gelap. Maksudnya bukan kerajaan betul yang nak ambil tanah tu. Kroni-kroni tu menggunakan nama kerajaan untuk mengambil balik tanah tu.

Demi kepentingan peribadi. Untuk kepentingan individu lain. Saya pun berhak untuk memiliki tanah tu kalaulah betul mereka nak menjualnya kepada orang awam termasuk Uncle C tu.

Saya ada nyatakan dalam confession lepas bahawa ada seorang pegawai DBKL datang ke rumah dan beliau cakap tanah ni dalam perbincangan kroni-kroni dan beliau pun suruh siasat.

Maksudnya apa? Pemindahan setinggan akan melibatkan semua rumah setinggan. Bukan rumah saya seorang saja.

Sampai sekarang rumah jiran-jiran saya kekal tiada tindakan roboh pun. Saya bercakap berkenaan keadilan. Kalau betul kerajaan nak ambil semula tanah untuk projek pembangunan, kerajaan akan ambil semula semua tanah sekali. Setuju?

3. Orang lain berhutang bertahun-tahun untuk beli tanah beli rumah, confessor duduk free je. Takkan 7 keturunan nak duduk tanah kerajaan. Move on je.

Awak salah faham kat situ. Kalau kerajaan boleh bagi tanah ni kepada kami, kami akan bayar premium. Tidak la kami nak duduk free sampai bila-bila. Lagipun kos buat rumah kami daripada kami, bil air bil elektrik kami bayar setiap bulan. Takde free.

Kami tau pasal premium tanah, cukai tanah semua kena bayar. Takde benda free dalam dunia ni. Sekarang ni yang jadi masalah, mereka tak mahu bagi geran/ lot padahal semuanya tu atas kertas je. Bila-bila masa status tanah boleh bertukar.

Saya dalam proses move on, selepas tersiarnya coretan saya barulah saya boleh move on yang sebetulnya. InsyaAllah.

4. Kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Ye. Arwah ayah saya memang salah sebab menceroboh tanah kerajaan. Tapi penduduk kampung situ pun ‘menceroboh’ juga dulu sebelum dapat geran dan lot. Sebab tu arwah ayah saya berani membina rumah & bengkel kat tanah kerajaan tu.

Tapi saya tak salahkan arwah ayah saya pasal pengurusan tanah tu. Kalau awal-awal saya tau pasal pengurusan tanah, saya yang akan bantu arwah ayah saya menguruskannya. Benda pun dah lepas. Nasi dah jadi bubur.

5. Confessor tak tenang & berprasangka buruk dengan orang.

Ye awak. Saya tak tenang dan macam-macam jadi dalam jangka masa tu. Sebab yang menghadapinya saya dan keluarga saya. Jadi saya ada trust issue. Susah nak bersangka baik sebab ramai yang datang menipu dan ambil kesempatan terutamanya pakcik saudara saya tu.

Maaf kalau anda boleh detect penulisan saya ‘bercelaru’ kerana emosi. Tapi sebenarnya saya bersyukur saya diuji begini. Susah nak redha mula-mula tapi saya sedar besarnya pahala sebuah kesabaran.

6. Bersyukur la dapat PPR.

Alhamdulillah. Memang kami bersyukur sangat dapat PPR. Tak pernah saya nyatakan kami tak bersyukur dapat PPR.

Walaupun sempit tapi saya tetap rasa bahagia dan tenang. Mungkin tu salah satu hikmahNya. Tak perlu dah fikir pasal tanah bakal diambil semula ataupun rumah akan dirobohkan.

7. Confession terlalu panjang/ boleh menang award confession terpanjang.

Ok ni lawak. Maaf awak semua. Ye. Saya tulis panjang-panjang sebab nak bagi pembaca faham dengan kronologi kes saya ni. But in the end, it doesn’t really matter. Maaf sekali lagi.

Akhir kata dari saya, saya terharu ada juga yang faham kisah saya dan mendoakan saya. Semoga doa kalian berbalik kepada kalian semula.

Tapi saya sikit pun tak ambik hati kalau ada komen-komen pedas yang seakan-akan mengecam saya. Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya faham.

Tapi saya puas akhirnya dapat juga saya luahkan. Saya dah bersedia mental saya kalau kena kecam. Lumrah hidup. Hehe.

Lagipun saya menulis confession ni untuk sesiapa yang mengenali saya tapi tak mengetahui secara detail apa yang sebenarnya terjadi kepada saya dan keluarga

Sekali lagi saya minta maaf kalau penulisan kali ni pun panjang jugak. Maaf2. Sekian dari saya. Terima kasih sudi baca. Wassalam.

– Aurora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *