Sebuah Impian Budak Hingusan

Selamat tengahari dan salam
Hai,nama saya Amran(nama panggilan yang terkenal).Umur saya 17 tahun dan lagi beberapa bulan lagi maka meningkatlah ke 18 tahun.Saya merupakan seorang SPM “leaver”.Alhamdulillah lepas tiga hari habis peperiksaan SPM,saya telah berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang “Oil and Gas” sebagai jurutera “cashier”.Sebenarnya lagi beberapa jam bermulalah syif saya.Di sini saya berminat nak berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian tentang diri saya.Saya tahu confession saya ini mesti tidak menarik dan membosankan,tetapi siapa kisah inikan negara demokrasi semua orang berhak bersuara.

okay flashback sikit,saya ini sebenarnya berkenan ke seorang gadis ini.Dia muda tiga tahun dari saya.Dia juga bersekolah sama dengan saya.Malangnya,kami masing-masing langsung tidak mengenali sesama sendiri.Jadi,selama ini saya hanya tengok dia dari jauh kerana saya seorang yang pemalu terutama dengan perempuan.Ketika di penghujung bulan syawal yang lalu,sekolah saya ada mengadakan majlis jamuan hari raya.Pada hari itu,dia kelihatan sangat cantik dari kebiasaan.Entah bagaimana saya rasa hendak mendekatinya untuk bergambar.Sebab,saya berfikir inilah tahun akhir saya bersekolah,kalau bukan sekarang bila lagi?Jadi saya beranikan diri bersemuka dengan dia.Ketika saya bersemuka,saya menyatakan keinginan saya bergambar dengannya dan macam biasa dia “refuse” untuk bergambar dengan saya.Namun,pelik tidak pula saya berasa malu dan ibarat jatuh ditimpa tangga apabila kawan-kawan saya kebetulan ada disitu.Apa lagi mereka gelakkan saya dan boleh tahan teruk jugalah saya dijadikan bahan jenaka satu kelas sampai sekarang mereka bahan saya.

Jadi itulah sedikit sorotan memori saya pada tahun lepas,saya tahu tindakan saya terburu-buru.Bodohkan saya.Saya ada seorang kawan yang sebaya dengan si dia dan saya ada tanya tentangnya.Saya namakan kawan perempuan saya sebagai Qaseh.Menurut Qaseh,si dia seorang yang pemalu dan tidak gemar sangat bersosial terutama dengan lelaki.Si dia hidup dalam keluarga yang tergolong dalam kelas pertengahan.Dan yang lebih memeranjatkan,si dia bukanlah seperti kebanyakan remaja perempuan lain kerana tidak memiliki sebarang media sosial malah telefon bimbit pun tiada.

Jadi yang sebenarnya dalam confession saya ini,saya ingin mengenali dengannya lebih rapat tetapi tidaklah sehingga ber”couple”.Hal ini kerana,dia sedang menghadapi peperiksaan PT3 pada tahun ini jadi saya tidak mahu mengganggu dia.Saya ada memasang impian untuk memperisterikan dia terus tanpa perlu memalui fasa ber”couple” itu.Ya,saya tahu mesti pembaca-pembaca yang sudah makan lebih banyak garam akan beranggapan saya ini kecil-kecil lagi sudah merenyam asam keping.Betul juga pendapat orang ramai yang usia seperti saya ini masih mentah untuk melayari sebuah bahtera.Saya bercadang dalam masa tiga atau empat tahun mahu melamarnya.Waktu tu mungkin umur saya 21 tahun dan si dia baru sahaja habis menduduki peperiksaan awam SPM.Namun,saya tidak suka memasang impian sahaja tanpa usaha jadi saya cabar akan diri saya,sasaran saya menjelang tahun 2021 saya mesti memiliki tabung simpanan sekurang-kurangnya 10 ribu Ringgit.Selepas habis sahaja kertas SPM terakhir.Terus saya keluar memohon kebenaran dari ibu saya untuk keluar mencari pekerjaan.Yelah,saya duduk di sebuah pekan yang kecil maka sudah pasti peluang pekerjaan tidak banyak dan sudah tentu kalau saya lambat sedikit,sudah tentu semua kekosongan jawatan disebat lepasan SPM yang lain.

Untuk memastikan rancangan jangka masa panjang saya berjaya,saya sememangnya bekerja keras untuknya.Kalau tidak keberatan,saya akan membuat kerja lebih masa untuk memaksimakan pendapatan saya.Kalau difikirkan,tempoh tiga tahun itu bukannya panjang.Saya bercadang ingin terus bekerja sehingga saya sambung belajar.

Okay,kepada pembaca-pembaca yang tidak dikenali,saya ingin mendapatkan pendapat anda bagaimanakah saya ingin mendekati si dia untuk berkenal-kenal dengan lebih rapat agar si dia berasa selesa dengan saya kerana dia tiada telefon bimbit dan sorang yang pemalu.Perlukah saya menggunakan khidmat orang tengah untuk memulakan hubungan ini?Dan yang sedang bemain dalam fikiran saya,patutkah saya batalkan saja hasrat saya yang ingin membina masjid pada usia yang terlalu awal dan teruskan kehidupan saya seperti remaja kebanyakan.Betulkah tindakan saya??hmmmm

Harap pembaca-pembaca sekalian dapat melontarkan segala idea yang bernas yang datang dari benak fikiran untuk memberi pandangan dengan memberi komen di ruangan komentar di bawah.Fuuuh,penat jugak kerja-kerja menaip ini yop dan penat-penat ini rasanya elok juga saya tenangkan diri saya dengan sedut sikit zon king.Rasanya tidak salah saya sedut sekali dua.

– Amran

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit