Sebuah Kejujuran

Perkahwinan 46 tahun dan mempunyai 6 orang anak, semua anak-anak dah bekerja kerajaan dan 4 orang anak dah berkeluarga.

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang sangat menyayangi keluarga. Ada kah aku ini tersalah memilih pasangan hidup. 

Suami ku sangat menyayangi ku, tapi ada satu yang aku tersedar bahawa, suami ku hanya mengambil kesempatan di atas kejujuran ku.

Selama perkahwinan ku aku telah meminjamkan wang berjumlah tiga ratus lebih ribu kepada suami dia telah berjanji untuk membayar balik, tapi dia pura-pura lupa yang dia pernah meminjam wang sebanyak itu dari ku.

Aku adalah penjawat awam di sebuah agensi kerajaan. Pertama aku telah membuat pinjaman kelayakan untuk membina sebuah rumah dari sebuah perbadanan pinjaman. Kelayakan hanya enam puluh enam ribu.

Tahun 1988, tanpa pengetahuan ku suami ku telah mengeluarkan wang tersebut sebanyak lima puluh ribu melalui peguam, rumah tak jadi dibina. 

Kedua, suami meminta ku membuat pinjaman sebanyak enam puluh ribu. Aku pun membuat pinjaman di bank dengan mencagar tanah ku seluar 13 ekar. Pinjaman pun lulus semua semua wang tersebut aku telah beri kepada suami. 

Ketiga suami perlu wang, aku pun membuat pinjaman di bank dengan menggunakan slip gaji. Lulus pinjaman sebanyak lapan belas ribu. Bayaran jangka masa dua tahun dan selesai. 

Selepas selesai pinjam kedua kali lagi lulus dua puluh lima ribu. Bayaran jangka masa dua tahun dan selesai. Selepas selesai pinjam ketiga kali, lulus dua puluh lima ribu, selesai bayar. 

Suami beli kereta atas nama ku, aku lah membayar sehingga selesai. Tidak ingat berapa semua harga kereta tersebut, selesai bayar. Pinjaman terakhir ku buat sebanyak lima puluh ribu, lulus. 

Pinjaman ini adalah kelayakan melalui potong gratuiti ku.

Pernah aku telah memfailkan perceraian ku di mahkamah syariah tetapi dia menafikan semua perbuatannya terhadap ku. Malah dia sanggup tinggal bersama ku, walaupun aku tidak menyukainya lagi. 

Sejak perjanjian tersebut suami masih tinggal bersama ku tapi bukan lagi sebagai suami isteri, dia sanggup mematuhi syarat mahkamah. Aku rasa terseksa.

Anak-anak tidak tahu semua perjanjian itu cuma anak bongsu ku seorang perempuan yang tahu sebab dia yang menjadi saksi di mahkamah syariah. 

Baru-baru ini aku ada menanyanya, tak teringin kah mencari pasangan hidup sebab umurnya dah 26 tahun, tahun ini. Kerjanya pun dah stabil sebab dia kerja di kementerian kewangan, telah disahkan jawatan tetap. Tetapi dia tak menjawab pertanyaanku.

– Linda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

    • 26 tahun tu anak confessor. Confessor masih suami isteri tapi tak macam suami isteri sebenar.

  1. lelaki kalau bab duit memang hilang ingatan. kita masuk buku 555 wakk..pastu setiap bulan kita mention, biar berjalan perbayaran hutang tu. haha

  2. Tuntut hutang guna peguam
    Tuntut cerai guna peguam
    Kamu yg kurang cerdik buat pinjaman berkali dan duit bagi dia
    Apa motif?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *