Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pihak pengurusan IIUM Confessions. Nama samaran saya Shey seorang perempuan berumur akhir 20an dan berasal dari pantai timur Malaysia.
Di sini Shey tegaskan, Shey bukan seorang yang pandai mengarang cuma sekadar berkongsi masa lalu Shey ketika kanak-kanak.
Di mana Shey masih mengingat sesuatu kejadian yang berlaku sejak berumur 3 tahun ke atas. Ramai kawan-kawan Shey pelik macam mana Shey boleh ingat kejadian bawah umur 7 tahun ke bawah, jawapannya ialah dengan Izin Allah kerana Dia berkehendak.
Shey masih ingat seusia 3 tahun, Shey kehilangan nenek sebelah Bapa Shey dan ada seorang Pak Cik tu menegur Shey “Dah takde Nenek da lepas ni, kesian Dia. Nenek belah Mak ada lagi?”
Ayah Shey menjawab “Nenek sebelah Mak dia ada lagi”. Shey tidak ingat siapa yang bertanya yang Shey ingat lokasi, situasi serta percakapan dalam kejadian itu.
Sekitar Shey berumur 4 tahun, disini Shey mula melihat makhluk alam lain yang menakutkan tetapi tidak mengacau.
Shey ingat lagi, pada malam Jumaat waktu selepas Maghrib Shey melihat Bapa sedang mengacau adun untuk membuat cekodok pisang sambil kami berborak dua beranak.
Seronok melayan ayah berborak, Shey terlepas cakap bagitahu Bapa, Shey main pasir depan rumah dengan sepupu sedang Shey tahu yang tak suka anak-anaknya main pasir.
Pasir di hadapan rumah hitam, membuat kuku serta kulit kotor, lagi pula banyak dah insiden saudara-saudara terjatuh dalam lubang kecil yang kami gali tidak ditutup kembali.
Oleh itu, sebagai denda Bapa meletakkan Shey diberanda rumah, pintu ditutup lalu lampu diberanda dimatikan keadaan sekeliling menjadi gelap.
Shey menangis merayu meminta simpati dan berjanji tak akan buat lagi, Shey menguak sedikit pintu terlihat ayah sedang bebaring di sofa sambil menonton tv.
Sewaktu sedang menangis, terdengar suara-suara yang sangat bising dan memeritkan telinga lalu Shey berpusing mencari arah suara itu datang.
Kelihatan dari arah tong sampah berdekatan rumah segerombolan makhluk sedang menikmati sampah-sampah tersebut dengan lahabatnya.
Shey memerhatikan betul situasi itu “anjing ke” bertanya dalam fikiran sendiri, tetapi tubuh mereka sangat besar dan tinggi lebih kurang 2 kali dari manusia lalu kelihatan mata terang berwarna hijau dengan suara yang memeritkan, memecah gegendang telinga.
Diadalam keperkatan malam, beberkalkan cahaya lampu jalan berhampiran tong sampah sosok mereka kelihat gelap tidak berwarna sebagai anak kecil Shey hanya mampu menangis ketakutaan dan merayu agar diberi peluang masuk ke dalam rumah.
Lebih kurang 7 – 8 minit di beranda rumah Bapa mendukung masuk ke dalam rumah dan memujuk. Kejadian ini Shey ceritakan kepada Kak Lia, sepupu yang berumur belasan tahun ketika itu dan Kak Lia memberitahu itu lah hantu.
Seumur 4 tahun, baru Shey tahu ada satu makhluk yang menakutkan di dunia ini iaitu hantu.
Ketika berumur 5 tahun, keluarga berpindah rumah ke penempatan yang baru dibuka didalam hutan berhampiran bukit.
Agak kelakar ketika itu, kali pertama Shey melihat babi hutan Shey menjerit “Abang-abang tengok tu biri-biri” lalu Abang yang ketika itu berumur 6 tahun terpengun bersama Shey melihat biri-biri.
Lalu Mak pun datang gelak terbahak-bahak, “Tu babi hutan, kalau biri-biri bulu lebat lagi” kata Mak. Shey ingatkan biri-biri kerana ada bulu nipis di badannya biasanya babi didalam tv pink tiada bulu.
Satu malam selepas beberapa bulan berpindah, Shey terkejut ditengah malam lalu menyedari tertidur sendiri di ruang tamu rumah di hadapan tv.
Shey gelabah kerana takut bersendirian, lalu berpaling ke sebelah kanan rumah iaitu di ruang tetamu untuk melihat jika Bapa ada tertidur disitu.
Lain yang di cari lain yang dijumpai, kelihatan sosok hijau sedang berbaring dia atas sofa sambil pandangnya tepat menghadap Shey.
Berbekal cahaya lampu dari tengah rumah yang sampai ke ruang tetamu, Shey mengamati sosok itu, kepalanya botak licin dan mempunyai mata yang merah bersama tenungan yang tajam.
Lalu diperhatikan pula bahgian badannya, “tiada” “tiada”, Shey ketakutan lalu menenagis hendak berdiri melangkah kudrat kaki Shey seperti lumpuh.
Shey menangis sekuat yang boleh berharap “Bapak, Mak bangunlah” tetapi anehnya Bapa yang mudah terjaga dengan tangisan anak-anak lena diulit mimpi.
Lalu Shey, gagahkan kaki berdiri, menglangkah kaki selangkah dengan selangkah secara perlahan-lahan disulami tangisan. Ketika sampai di dalam bilik, tidur disisi Mak bersama tangisan anehnya tidak sedikit Mak terjaga sehingga Shey tertidur.
Perkara ini, Shey ceritakan kepada Mak “mengigau kot” kata Mak, bagi terlalu jelas untuk dikatakan sebagai mengigau.
Shey rasa penulisan Shey sampai disini dulu pada harini. Jika ada kesempatan, nanti Shey akan kongsi pengalaman lain-lain berhadapan dengan ganguaan yang mudah dilihat oleh anak-anak seuia Shey ketika itu.
– Shey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit