Untuk part I, (https://iiumc.com/secebis-ingatan/).
Sahabat Bapa dari kecil (Pak Do) sering datang berkunjung ke rumah bersama anak-anak dan isterinya, bagi adik-beradik Shey ini sangat mengembirakan apabila ada kawan untuk bermain.
Satu malam, ketika leka bermain lari-lari dari ruang tamu rumah ke beranda, Shey di sapa oleh terlapak tangan putih seperti ahli silat mata didalam tv.
Tangan putih itu, mengambil tempat disudut gelap diluar rumah berhampiran tangga utama. Shey memerhatikan tangan itu, berfikir “Eh, kenapa tangan silap mata tu ada kat situ?”.
Tanpa ada perasan takjub untuk menjenguk atau melihat lebih lanjut, Shey terus masuk ke rumah dan menuju ke arah kawan-kawan. Kali seterusnya berlari ke luar, tangan putih itu telah tiada.
Dirumah Tok,
Tok membentangkan toto untuk Shey dan Tok tidur dibawah katil manakala dua orang mak cik Shey tidur di atas katil.
Shey kurang suka tidur dirumah Tok kerana ke semua lampu di matikan hal ini, menyukarkan untuk melihat apabila terjaga waktu malam. Tambahan, Shey ada simptom sukar bernafas dalam kegelapan.
Ketika enak tidur, Shey dikejutkan dengan suara perbualan yang memeritkan telinga seperti pecah gegendang telinga mendengar perbualan mereka.
Bait-bait bicara mereka langsung tidak dapat difahami seperti tiada bahasa sebegitu di dunia ini.
Meski takut, Shey ambil ke keputusan untuk mencari arah perbualan itu. Terlihat 2 makhluk sedang berbual antara satu sama lain dalam bahasa mereka tanpa nafas.
Percakapan mereka laju kalah ‘bullet train’, Shey memilih untuk memerhatikan mereka. Seketika mereka memandang Shey, tapi keduanya memilih untuk tidak menganggu Shey.
Ketinggian mereka seperti anak kecil berusia tiga tahun dengan tubuh yang kurus melidi serta lurus seperti tiada rangka tulang disebalik isi itu.
Wajah mereka kelihatan seperti manusia tapi Shey kurang pasti ada hidung atau tidak. Mempunyai tangan dan kaki seperti manusia.
Oleh kerana, mereka tidak menakutkan Shey menyambung tidur dengan tangan menutupi telinga.
Paginya Shey menceritakan hal itu kepada Tok, marah besar Tok ketika itu.
Waktu tu Shey sedikit kecewa dengan sikap Tok, apabila sudah dewasa baru Shey faham bahwa setiap percakapan itu boleh membawa fitnah.
Jika hal ini Shey cerita kepada jiran-jiran, fitnah akan timbul dan menuduh Tok yang bukan-bukan.
Sedangkan anak itu ibarat kain putih, cahayanya terang benderang mengamit se isi alam, yang bertandang datang dengan bermacam tujuan.
Luhurnya ikhlas menyingkap satu tadbir perjalanan.
Dirumah,
Oleh kerana Bapa berkerja shift malam, Mak memilih untuk tidur beramai-ramai di ruang tamu.
Menjadi tabiat kami untuk tidur diluar bersama-sama Mak ketika Bapa tiada dirumah. Lalu, Toto di bentangkan setelah puas bermain-main semua tertidur lena.
Tengah malam, gangguan memilih untuk mengacau Shey.
Shey tidur mengiring ke kiri, di sedarkan dengan gangguan yang menekan-nekan rusuk Shey. Seperti mana seseorang menunjal-nujal rusuk kanan dengan jari telunjuknya.
Sepatutnya, Shey merasa geli tetapi peluh terus membahasi dahi kerana takut.
Shey terlalu takut untuk menoleh kerana bimbang wajahnya bukan seperti patak kuali atau kerang busuk. Mungkin lebih buruk dari apa yang sedang Shey gambarkan ketika itu.
Gangguan tersebut terus menekan-nekan rusuk Shey sehingga tertidur.
Sampai di sini dulu penulisan Shey kali ini, masih berkira-kira juga untuk berkongsi pengalaman yang lain-lain.
Terima Kasih Pihak Pengurusan IIUM Confession kerana sudi siarkan penulisan ini.
– Shey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit