Sisa tahun 2022 tinggal 1 hari. Usia aku pula bakal menganjak umur 30an. Banyak benda yang telah aku tempuh mengajar aku suka duka. Tapi satu perkara yang paling berharga adalah pengalaman.
Di sini ada sedikit nasihat aku ingin sampaikan.
1. Jangan patah semangat
Masa sekolah dulu aku top student, tapi tak pandai bergaul, komunikasi.
Jadi ada sikap aku yang buatkan aku dipulau. Jadi semangat aku runtuh, result aku down dan aku hilang semangat.
Nasihat aku, jangan takut untuk jatuh dan bangun semula.
Mengenai pelajaran, kena usaha ulangkaji baru dapat skor. Fast learner atau slow learner, hardwork tetap nombor satu. Jangan pernah putus asa.
2. Bijak mengambil peluang
Khusus buat calon spm atau yang masih mencari jalan hidup. Aku asal dari keluarga miskin jadi aku perlukan pekerjaan tetap secepatnya.
Sila mohon SPA atau Maktab perguruan. Cari yang ada elaun. Tapi jika tiada rezeki di situ, cari kos yang menjanjikan skop kerja yang luas.
Rajinkan survey tanya rakan rakan yang lebih berpengalaman. Jika anda pelajar sekolah menengah, jangan malu bertanya guru guru anda.
Cari seorang yang boleh membimbing dan baik hati.
3. Money planning
Invest dalam tabung haji atau asb. Ada pulangan dividen. Nak jelas google atau tengok youtube. Jangan bazirkan duit kepada benda yang tidak berfaedah.
Boleh google minimalist lifestyle. Kemaskan diri, kemaskan sekeliling anda. Tapi benda ni aku pun susah nak ubah.
Biasalah perempuan. Suka shopping. Tapi aku lebih kepada minat beli emas. Cuma aku simpan duit aku dan menabung. Sedekah jangan lupa.
Buat yang bujang boleh belajar masak. Duit invest untuk travel. Jalan jalan tengok tempat orang. Live happily. Jangan tengok apa yang kita tak ada.
Kalau aku lebih suka invest kepada pengalaman dan makanan. Tak kepada barang barang mahal. Tapi atas individu.
Kadangkala barang yang mahal dan jenama berpatutan dengan kualiti dan tahan lama. Satu benda yang aku tak akan beli adalah kasut. Aku hanya ada 4 pasang, pegi kerja, pergi pantai, dan dua lagi selipar.
4. Find a loving partner
Buat yang masih single, boleh cuba cari partner online. Sekarang zaman hujung jari. Rakan aku pun ramai yang jumpa secara online.
Cari yang click dan sesuai dengan kita. Selidik latar belakang. Kalau aku tak suka drama drama.
Kalau mula mula kenal cerita pasal tak boleh move on dengan makwe lama bagi aku tu red flag dan malas nak layan.
Alhamdulillah aku dah jumpa partner yang sesuai. Tak kaya tapi dia usaha dan ekonomi kami stabil.
Dia support rumah aku support perbelanjaan kecil lain. Kadang kala aku tolong juga. Siapa lagi nak tolong suami kita kalau bukan isteri.
Buat girls, kalau suri rumah pun okay. No offense, tu tanda suami anda lelaki sejati.
Aku sebab faham family aku tak kaya jadi aku suka ada duit sendiri dan suami aku tak gaji 20k. Kalau gaji dia 20k ke atas dan bagi aku half, aku resign. Sebab aku ada goals dan nak bantu family.
Setakat ni nasihat aku ini.. Aku mohon jika sesiapa ada nasihat lagi boleh share di bawah. Aku suka dengar kisah dan pengalaman orang.
Terima kasih semua.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit