Secebis Pesanan Buat Ibu Bapa

Assalamualaikum… Saya straight to the point sahaja.

Tajuk di atas sebenarnya menuju kepada situasi yang saya nampak pada hari ini.

Saya sering melihat posting ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka.

Ada yang berkongsi berita gembira bahawa anak mereka pada usia sekian-sekian sudah pandai berjalan, sudah pandai makan dan bercakap. Alhamdulillah, perkongsian yang bagus.

Jika anak yang berusia 2 tahun ke atas memang ada keinginan sendiri untuk belajar, bagi saya tidak mengapa.

Tetapi, ada juga saya lihat ibu bapa yang memang desak atau push anak-anak mereka perlu belajar di awal usia, kerana mereka insecure atau erti kata lainnya, tercabar.

Tercabar dengan perkongsian ibu bapa lain. Paling mengejutkan, saya ada terlihat beberapa perkongsian di aplikasi yang sedang viral sekarang, iaitu TikTok.

Ada salah seorang pemilik akaun TikTok ini kerap berkongsi video tentang anaknya yang baru berusia setahun lebih untuk melakukan kerja-kerja di dapur seperti memasak, menggunakan blender, basuh pinggan dan banyak lagi.

Jika para ibu bapa membaca konten saya, mungkin anda akan rasa konten saya ini berbaur iri hati. Tidak sekali saya iri hati.

Bukan apa, saya rasa perbuatan itu tidak wajar kerana peralatan yang digunakan oleh anak kecil itu semuanya mengundang bahaya, contohnya pisau, kualiti dan api, blender.

Kenapa saya kata bahaya, kerana walaupun kita sebagai ibu bapa ada bersama mereka, tetapi kecuaian yang beberapa saat itu boleh berlaku sekelip mata.

Bila saya membaca komentar daripada netizen, ramai pula yang menyokong video berkenaan dan bandingkan anak masing-masing.

Tidak kurang juga, ada di antara komen netizen yang ingin didik anak mereka dengan cara macam tu.

Selang beberapa hari, semakin ramai yang mengikut gaya yang kurang wajar itu.

Masing-masing para ibu seperti “try hard” untuk tunjuk anak siapa paling hebat demi meraih rating atau populariti yang tinggi dengan menggunakan “anak” masing-masing sebagai tarikan utama dalam video.

Bukan saya tidak tahu, ibu itu juga muda tetapi ibu muda itu juga yang menjadi ikutan kepada ibu-ibu yang lain.

Nak ditegur di komen, netizen sekarang suka mengecam. Saya berfikir penulisan ini lebih baik untuk peringatan kita bersama.

Secebis pesanan buat ibu bapa, jangan menggunakan atau memaksa anak untuk sesuatu perkara yang bagi saya tidak sesuai di peringkat usia mereka.

Tunggulah sehingga anak itu benar-benar capai usia yang sepatutnya. Contoh macam umur lingkungan 6-7 tahun ke atas jika nak ajar kerja di dapur.

Begitu juga dengan anak yang dipaksa belajar di awal usia 1-2-3 tahun dengan pembelajaran yang kompleks adalah tidak wajar melainkan atas keinginan anak itu sendiri.

Sebagai ibu bapa, seharusnya berilah ruang untuk anak-anak kecil ini mengecapi zaman kanak-kanak mereka dengan baik. Sebaiknya, beri mereka “explore” sendiri dunia kanak-kanak mereka.

Percayalah tuan puan, anak kita semua tidak akan tercicir mahupun ketinggalan jika kita tidak mengikuti seperti apa yang ditunjukkan oleh ibu bapa berkenaan,

Kerana setiap anak-anak itu ada keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Berhenti membezakan, berhenti ikut trend semasa yang tidak wajar, berhenti memaksa anak-anak. Sayangi dan hargailah anak-anak kita kerana itu lebih baik.

Pesanan yang bermakna untuk semua ibu bapa. Semoga bermanfaat.

– Pn. Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *