Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya tak tahu nak mula macam mana. Sebelum itu, maafkan saya jika penulisan ini tidak tersusun dan kurang menarik.
Saya harap pembaca faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya cuma ingin meminta cadangan atau pandangan para pembaca terhadap dilema yang saya alami sekarang ini.
Saya berumur 27 tahun, telah berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya telah bergraduasi pada tahun 2021 dalam bidang Sains Sosial. Selepas bergraduasi, saya bekerja di beberapa buah syarikat secara kontrak/sementara.
Sepanjang tempoh itu, saya telah memohon pelbagai jenis kerja di semua jenis laman sesawang. Bahkan, saya juga hadir di temuduga terbuka yang dianjurkan di sekitar tempat tinggal saya. Namun, tiada apa-apa tawaran yang diterima.
Jawapan yang selalu diberikan oleh pihak majikan, “Awak ni overqualified”, “Kami nak lepasan SPM dan Diploma sahaja”, “Degree awak bukan dalam bidang yang kami tawarkan”.
Saya sangat buntu. Sehinggalah saya terfikir untuk menceburi bidang pengurusan atau IT, tetapi tidak tahu laluan mana yang perlu saya ambil.
Setelah berbincang dengan suami, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang sumber manusia di peringkat ijazah sarjana muda juga.
Akan tetapi, hasrat tersebut telah disangkal oleh kedua ibu bapa mertua saya. Menurut mereka, lebih baik teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bazir masa sahaja untuk sambung ijazah kedua.
“Kalau ada masters, senang dapat kerja pangkat tinggi, gaji pun lumayan”, kata mereka. Saya buntu lagi. Hattakan degree pun overqualified, apatah lagi masters. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.
Tujuan saya menulis luahan ini adalah untuk meminta pandangan para pembaca yang lebih arif dan berpengalaman. Jalan mana yang harus saya pilih? Saya nak sangat bekerja tetapi tiada satu pun peluang yang diberikan.
Tolong saya ya..
Terima kasih.
– Mrs. S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Masters boleh ambil apa apa jurusan yang awak suka. tak semestinya sambung apa yang awak belajar di degree.
kalau nk kerja dalam industri…xperlu ada master pon…degre pon dah cukup…industri xpandang sgt master…melainkan GLC, jbtan kerajaan..