Secret Admire

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua pembaca.. 1st.. Thanks to admin sebab sudi siarkan story aku ni. 2nd.. Thanks to all readers sebab sudi baca story aku yang tak seberapa.

Tak tahu aku nak mulakan dari mana & bagaimana. Aku Bunga. Aku pernah luahkan beberapa story aku sebelum ni. Kisah rumah tangga yang menanti retak. & sekarang guest what?? Dah retak dah pun.

Sedikit sebanyak aku recall balik. Punca rumahtangga aku retak angkara cemburu buta bekas suami aku. Aku dituduh curang dan pernah tidur dengan lelaki lain sewaktu kami PJJ.

Bekas suami aku juga ada skizophrenia in denial dan sering berhalusinasi nampak aku dengan lelaki lain dalam rumah sewaktu kami video call..

Aku penat nak hadap sangkaan buruknya setiap hari. Aku pun dah usaha bawa dia jumpa pakar psikiatri tapi dia menolak sekerasnya.

Aku dah tak mampu nak bantu pulihkan dia sebab aku sendiri dah didiagnose dengan major depressive disorder kesan daripada kelakuan bekas suami aku tu.

Ok berbalik pada story utama aku. Setelah hampir setahun aku memegang status Janda.

Aku dah cuba berkali² untuk membuka hati dan mencuba hubungan baru dengan orang baru. Namun, hampir setiap kali bertemu juga aku putus asa & takut akan terjadinya isu & situasi sama seperti sebelum ni.

Sehinggalah aku bertemu seorang lelaki ni. Aku dah siasat umurnya, familynya. Aku yakin dia masih single. Aku namakan dia Man.

Macam mana aku kenal Man ni?? Ok meh aku cerita.. haha.. Man ni bekerja dibawah 1 bumbung dengan aku tapi Man berbeza department.

Suatu hari. Aku pernah bekerjasama beberapa kali dengannya. Aku perhatikan je perwatakannya, cara dia solve that issue.. Cara pergaulannya dengan orang sekeliling. Senyumannya, riak wajahnya. Hahahaha.

Setelah hampir sebulan bekerjasama dengan Man. Kami masing² ditukarkan ke bahagian lain².. Oleh itu, kami tidak lagi dapat bekerjasama.. Setelah itu jugaklah aku baru tersedar bahawasanya aku ter admire dengan si Man ni dalam diam.

Tapi dah terlambat untuk aku cuba mengorak langkah. Tengok pada gaya Man tu sejenis yang agak pemalu juga. Aku apatah lagi. Lebih malu lagi² dengan status J yang aku dah pegang sekarang ni. Aku dapat rasakan confidence level aku jatuh merudum..

Aku cuba untuk lupakan Man dari hari ke hari. Tapi aku tak mampu. Dalam trauma yang aku hadap dengan perkahwinan pertama yang gagal. Hati aku masih yakin mengatakan Man adalah orang yang terbaik untukku kenal pada saat ini.

Namun, perasaan n keyakinan ni tak ada sama sekali bila aku cuba dengan lelaki lain.

Setiap kali aku ignore perasaan ni. Makin Man muncul depan mata aku. Kadang² terserempak dari jauh je. Tapi time aku tercari² Man. Langsung tak nampak batang hidung.

Sehingga sekarang aku masih lagi admire tapi aku sebagai seorang perempuan & berstatus J. Aku tak tahu & takut untuk memulakan langkah dulu. Aku takut dilabel perigi cari timba. Aku juga takut Man tak boleh terima dengan status aku.

Aku pun sedar aku bukanlah orang yang sedap mata memandang. Aku juga berpangkat rendah sedikit jika nak dibandingkan dengan pangkat Man. Aku hanya melihat Man dari jauh tanpa bertegur sapa lagi dah.

So, sekarang ni langkah yang aku mampu buat hanyalah cuba perbaiki diri sendiri ke arah lebih baik & perlahan² panjatkan namanya dalam doaku.

Seandainya Man betul² lelaki terbaik untukku. Semoga Allah SWT pertemukan aku dengannya walau apa cara sekalipun.

Terima kasih kepada semua pembaca sudi membaca sampai habis. Kalau korang ditempat aku. Apa yang korang akan lakukan?? Ada tips tak? Atau aku perlu terus menjadi secret admirenya sahaja.. hahahaha.

– Bunga kembang semangkuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *