Sedang Belajar

Hi nama aku Nelly, umur awal 30an. Ada seorang suami dan seorang anak sahaja. Aku anak bongsu, mak meninggal masa umur aku 3 tahun. Aku membesar dalam keluarga yang sederhana dan menyedihkan

Kata-kata yang selalu didengar Cinta pertama anak perempuan adalah Ayahnya, ya memang betul sebelum aku tahu segala-galanya.

Jiran, kawan ayah, abang-abang semuanya adalah lelaki yang merosakkan masa kecil aku. Kenapa Ayah tidak marah pada abang-abang, rupanya dia pun sama juga pernah lakukan pada akak aku. Tiada contoh lelaki yang baik dalam keluarga aku.

Aku membesar dalam keadaan dimana ramai disekeliling aku tahu kisah aku ini dan bertanya, aku hanya mampu senyum sahaja… Menjadikan aku tidak percaya dengan namanya lelaki. Mereka hanya tahu mengambil kesempatan atas perempuan yang tidak mampu bersuara melawan…

Meningkat remaja aku lebih senang keluar berbanding duduk dirumah. Bagi aku rumah adalah ketakutan dan kesakitan paling dalam. Aku melalui zaman remaja yang penuh rasa celaru. Aku tak tahu mana halatuju.

Aku bersosial dalam masa yang sama aku juga takut kalau ada lelaki yang akan rogol aku dan aku juga fikir da alang-alang rosak biar la rosak terus.

Kalau dalam keluarga sendiri pun tak mampu untuk bagi aku perlindungan, janganlah aku mengharap orang luar akan buat begitu pada aku.

Habis sekolah aku kerja dan sambung belajar. Aku kenal suami aku. Dia ajak aku kahwin, aku bagitahu boleh kahwin tapi tak boleh ‘bersama’. Kalau dia tak sangup boleh angkat kaki, aku ok je. Dia tetap dengan pendirian dia hendak kahwin juga dengan aku.

Akhirnya aku pun kahwin. Aku berubat kesana sini sampai ke Psy dan akhirnya berjaya juga bersetubuh. Bukan sebab aku tak nak tapi ketakutan aku kesakitan aku yang menyebabkan aku tidak boleh.

Aku stop Psy sampailah aku mengandung, aku kena pergi atas sebab ketakutan terhadap kesakitan bersalin menyebabkan aku tak boleh tidur kena makan ubat setiap 2 minggu aku akan jumpa doc pakar psy.

Apa-apa berkaitan dengan kemaluan akan menyebabkan ketakutan terlampau. Doc psy bagi cadangan suruh bedah tapi aku takut terhadap kesakitan lepas pembedahan pula.

Doc psy bagitahu ada ubat tahan sakit epidural akan dibagi bila aku nak bersalin, doc psy siap da tulis dibuku tapi masa aku nak bersalin mana ada aku dapat epidural, cuma dapat gas dan injection dekat peha sahaja.

Doc ong tanya aku nak cuba bersalin normal dulu ek..bila aku da betul-betul sakit doc tanya nak ceaser tak, aku cakap taknak. Nasib aku baik 1 jam sahaja sakit aku terus bersalin. Lepas keluar kepala baby aku terus tak kuat da nak teran.

Ramai nurse tolong tolak perut aku untuk keluarkan baby. Doc nak gunting aku jerit tak bagi, aku tak tahu la doc ini tak baca atau lupa dekat buku pink aku doc psy da tulis kalau nak gunting jangan bagitahu aku.

Masa jahit doc bius sampai 3kali sebabnya bila aku da mula rasa, aku suruh bius lagi. Nasib baik doc pun ikut permintaan aku.

Lepas beberapa bulan aku bersalin akhirnya ubat aku stop dan aku tiada lagi app dengan psy tapi doc psy bagitahu aku kalau ada apa-apa atau hendak bercerita sila datang bila-bila masa sahaja.

Aku ingat semuanya akan jalan seperti biasa balik tapi rupanya aku silap. Setelah setahun berlalu akhirnya aku terpaksa kembali ke Psy semula.

Bila ada anak pasti aku dan suami bahagia sebab penantian 9 tahun setelah aku keguguran sebelumnya. Tapi kebahagiaan aku tidak seperti yang aku gambarkan dalam tak sedar semakin hari kosong.

Aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Aku tak tahu macam mana rasanya gembira rasanya suka… aku tak tahu dan tidak boleh merasainya…

Sampai jumpa doc hanya airmata sahaja yang keluar. Aku bukanlah seorang yang senang keluarkan airmata didepan orang yang tidak dikenali. Jika kenal pun belum tentu aku menangis. Bagi aku menangis adalah kelemahan, aku tak mahu orang nampak kelemahan aku.

Doc bagitahu nangis bukanlah kelemahan sebagai manusia cuba rasai apa yang sedang kita rasa saat ini, jika saat ini ingin menangis, nangislah. Saat tu aku rasa sangat kosong tak tahu nak buat apa. Rasa tak mahu teruskan hidup.

Aku diberi ubat semakin tinggi dos sehingga maksimum dos ubat yang aku makan sekarang ini setelah beberapa bulan sepertinya tiada tanda-tanda yang aku akan baik atau ubat akan distopkan.

Aku masih lagi berjuang dan terus berjuang. Aku menaip ini pun airmata sentiasa mengalir tanpa henti. Aku penat sebab fikiran aku bergaduh antara positif dengan negatif tanpa henti dan aku tak boleh hentikan.

Ubat tu membantu aku untuk aku relax dan tidur dan aku sering lupa cara bernafas sekarang ini. Pelikkan tapi tu la kenyataannya. Aku lupa cara untuk bernafas sedangkan hari-hari aku bernafas. Aku akan cubit tangan atau tepuk tangan aku, untuk sedarkan aku yang aku kena bernafas.

Aku jadi semakin teruk lepas ada anak adalah kerana masa lalu aku yang mengikuti aku. Aku tak tahu sampai bila keadaan ini tapi buat masa ini aku hanya mampu bertahan, tu sahaja yang aku mampu buat.

Aku tak tahu esok lusa akan jadi apa.. hidup ke lagi aku atau aku da pun tinggalkan dunia kerna aku tak sanggup melihat anak aku masa akan datang bagaimana…

Aku bersyukur pada Allah swt datangkan seorang lelaki yang sanggup mengharungi kesakitan aku bersama. Tak pernah lelah dan sama berjuang untuk aku. Aku bersyukur dikurniakan suami yang terbaik.

Aku cuma berdoa Allah swt membalas segala kebaikkan kepada suami aku dan panjangkan umurnya biar aku yang pergi dulu. Aku tak sanggup kalau dia tiada disisi aku.

Aku minta doa dari kalian semoga aku kekal waras dan tetap bertahan. Maaf atas segala kekurangan dalam penulisan aku.

Aku yang sedang berjuang PTSD MDD Anxiety, Nelly.

– Nelly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *