Assalamualaikum semua. Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari yang berkat. Aku doakan semua sentiasa dipelihara oleh Allah. In shaa Allah. Amin.
Tergerak hati nak kongsi dengan semua tentang apa yang aku dapat semalam (12.10.2017).
Semalam, niat dihati nak tukar bateri motor di satu bengkel seksyen 7 Shah Alam sebab macam dah kong. Sebelum tu singgah lah shell seksyen 7 tu nak keluarkan duit semata-mata nak tukar bateri tu. Sebelum masuk tu ada perasan seorang makcik jual kerepek depan pintu kedai kat shell tu. Banyak kerepek yang dijualnya tu haa. Okay takpelah aku terus buat keputusan nak keluarkan duit. Masuk je tengok beratur panjang kat atm. Adalah dalam 10 orang depan aku. Lepas 10 minit beratur, tiba lah giliran aku nak keluarkan duit dan alhamdulillah berjaya.
Sebelum masuk ke dalam kedai tadi memang niat nak belikan something untuk makcik tu, Aku ambil keputusan belikan roti dan air mineral je. Sebab tak tau nak beli apa. Nak beli nasi susah sikit sebab rushing nak ke bengkel. Roti tu yang ada 6 biji tu. Supaya makcik tu boleh makan ulang-ulang.
Bila aku dah beli tu terus bagi kat makcik tu sambil minta makcik tu doakan aku dan keluarga murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan. Makcik tu pun terus berdoa depan aku. Perhh terkejut sekejap sambil tersenyum dan ucap terima kasih kat makcik tu. Aku ambil keputusan untuk terus pergi ke bengkel dengan jam yang menunjukkan pukul 4.35pm.
Alhamdulillah sampai ke bengkel terus tanya pomen tu bateri motor jenis gel yang berharga RM78. Selepas runding punya runding punya runding punya serunding aku pun setuju dengan tawaran harga tersebut. Pomen tu pasang lah bateri baru selepas keluarkan bateri lama dari motor. Lepas je pasang problem dia pun still sama. Sepatutnya bertambah baik lah kan? Ini tidak, still sama. Tapi takpelah. Pomen tu panggil kawan dia lagi sorang untuk check. Lepas pada tu aku dapat agak bukan masalah bateri. Bila pomen yang kedua tu check rupanya masalah fius je. Aku suruh dia gantikan bateri yang lama sebab tak jadi ambil yang baru. Dalam hati aku ya Allah tu je ke masalah dia. Bermonolog dalam diri. Haha.
Selepas selesai pomen kedua tu betulkan, Azwan tanya harga kena bayar berapa. Pomen tu cakap cuma RM5 sahaja instead of RM78 awal tadi tu. Ya Allah masa tu aku bersyukur sangat. Rezeki yang tak disangka-sangka. Dah lah masa tu tengah tak berapa ada duit nya. Haha. Lepas bayar tu aku pun cakap terima kasih kat pomen tu dan terus balik. Dalam atas motor tu baru aku teringat sebelum ke bengkel tadi ada belikan makcik kerepek roti dan air dengan bermodalkan RM5.20 sahaja. Tak lama pada tu terus Allah murahkan rezeki dari aku kena bayar RM78 tadi tu cuma hanya RM5 sahaja. Dalam hati masa otw balik tu memang rasa bersyukur sangat.
Betullah janji Allah tu. Sedekah lah walau cuma RM1. Kesannya memang luar jangkaan.
Pesan aku jom lah sedekah walau RM1 tapi ‘istiqomah’.
Itu jelah kot aku nak kongsi. THE POWER OF SEDEKAH.
Selamat bercuti. Assalamualaikum.
– Muhammad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit