Sedekah dan Urusan Hidup

Assalamualaikum semua. Nama saya KD, bakal menamatkan pengajian Oktober ni, inshaaAllah. Jadi, apa yang nak saya ceritakan di sini, sama seperti perkongsian confessors sebelum ni tentang sedekah. Tapi, buat terdetik di hati saya untuk berkongsi dengan anda adalah kerana kejadian ini baru saja berlaku pada saya yang buatkan saya menangis semahunya. Sebelum itu, jika perkongsian ini disiarkan, ucapan terima kasih saya dahulukan.

Banyak kisah sedekah saya dari kecil. Tapi saya singkatkan ke masa sekarang, ya.

Baru-baru ni, kami perlu cari tempat untuk latihan industri. Ada saya tanyakan di company lama saya bekerja sebelum menyambung pelajaran, dapat tau pengambilan intern dibekukan buat sementara waktu. Takpa lah, boleh cuba tempat lain, cari pengalaman. Banyak e-mail yang saya hantar ke syarikat-syarikat tapi takdak respon. Lama. Takdak respon sampai buat saya berserah aja, pikir untuk buat latihan industri di universiti saya aja. Memang last resort.

Sampailah satu hari, saya asingkan wang bulanan yang saya terima (tolak komitment dan hutang) jadi tinggallah duit saya lebih kurang RM200 untuk teruskan bulan 3 yang akan datang ni. Sambil-sambil saya buka online banking Bank Islam, saya buka “payments/services” bar tu, asalnya nak online topup, sekali mata terpandang “E-SADAQAH/Wakaf”.

Baru saya tau, rupa-rupanya boleh kita transfer saja duit dari akaun ke akaun penerima (untuk pengguna Bank Islam online banking, mungkin anda boleh cuba. Bank lain saya kurang pasti). Jadi saya buat kira-kira, dan ambil keputusan untuk sedekah tak banyak, RM30 aje ke rumah anak yatim di negeri yang telah dipilih. Saya tak fikir apa-apa pun, cukup la saya sedekah tu, dan moga-moga baki duit tu Allah cukupkan hingga hujung bulan 3 ni.

Pagi esoknya, kawan saya dari tempat kerja lama Whatsapp tanya kalau saya dah dapat tempat untuk praktikal. Dan dia tawarkan tempat untuk saya di sana untuk bantu pengurus kendalikan tugasan. Allah..rezeki tak dijangka. Sikit aja saya keluarkan, tak lama terus Allah permudahkan urusan saya. Lama-lama saya tunggu respond dan panggilan daripada syarikat-syarikat, hanya dengan bersedekah yang amat sikit, Allah terus berikan tempat untuk saya.

Pagi tu saya menangis betul. Rezeki. Kuasa Allah. Saya uruskan dokumen hari tu juga. E-mail pada pengurus dan di akhir e-mail, pengurus saya tulis “It is good to have you back, see you in April”. Allah. Sungguh saya terharu dan berterima kasih pada Allah sebab mudahkan jalan untuk saya. Terima kasih juga pada kawan dan pengurus yang masih mengingati saya.

Terkadang, hati ni terdetik nak bersedekah tapi duk pikirkan duit tak cukup, lah.. takdak lah..macam-macam. Mungkin sebab tu jugak la kadang-kadang duit ni rasa tak cukup, rasa cepat aje habis padahal hujung bulan pun belum nampak harinya. Tapi pada saya, besar atau kecil nilai sedekah tu, tak dikira. Hati yang perlu ikhlas. Kuatkan niat dan azam. Rezeki balasan Allah dalam macam-macam bentuk. Jangan pertikaikan. Pesanan untuk diri saya dan kita semua.

Harap selepas ni, kita semua sama-sama amalkan bersedekah ni walaupun sikit, ya. Molek jugak kalau bersedekah untuk pelajar macam saya ni. Haha. Gurau.. gurau.. Moga urusan kita dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. InshaaAllah, amin.

Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau tersalah bahasa. Dan mohon doakan saya, sedang dalam minggu peperiksaan akhir semester. ^^

– KD

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *