Sedekah, Doa dan Sentiasa Rasa Cukup

Assalamualaikum semua pembaca IIUM confessions,

Harini saya terpanggil utk menaip di IIUM Confession. Mana tahu menjadi motivasi buat insan-insan yang turut sama merasai apa yang saya pernah rasa.

Graduated in early 2017, bagi tahun 2017, benda paling mencabar iman ialah utk dapatkan pekerjaan. Zaman ekonomi tengah sakit ni, memang terasa sangat kesusahan nak dapatkan kerja. Alkisah, before convo, ramai antara kitaorg yang target untuk dapat kerja (kononnya masa tu…) alih2, esoknya nak convo, bayang nak dapat kerja pun takde. Gelap di hujung terowong. Penat apply sana,sini ke hulur ke hilir (segala macam karnival kerja dh pegi, tapi rezeki bukan kat situ) walaupun orang kata engineering course ni laku, heh! sama je, rezeki masing-masing Allah dah susun.

Dalam keadaan tertekan jugak (sbb dh lama graduate , tp belum secured job), saya kerap terfikir kenapa Allah tak kabulkan lagi doa saya . Walaupun benda lazim seperti dhuha dan waqiah tu sy praktikkan. Kemudian, saya came across satu nasihat dripada ustaz dalam buku nota, (sy pon tk ingt bila masa yg catat kuliah dia.haha). katanya ustaz ” kalau kita rasa doa kita lambat makbul, mintak mak abah kita yg doakan sbb boleh jadi doa dri mereka lagi berkat”. Dari situ, setiap kali sy nmpk mak/abah baru lepas solat, sy akan pesan siap-siap “doakan Nur dapat kerja tau”. Dan alhamdulillah, slowly saya start dapat panggilan interview

Then, saya dengar kuliah UAI tentang perihal sedekah bole buka pintu rezeki, dari situ sy cuba lazimi sedekah. Awal2 seperti biasa sy masukkan dlam tabung masjid je. tp lama2 sy terfikir utk cuba sedekah cara baru. al kisahnya, saya sedekah dekat Grab/Uber. Yes, setiap kali sy naik Grab/Uber utk ke mana-mana, akan ada beberapa sen/ringgit dripada kos mereka hntr kita ke lokasi. E.g : RM13, maka sy bayar je RM15 dan selitkan sekali waktu bayar kt diorg ” pakcik, doakan saya dapat kerja ye”. Boleh bayang muka happy diorg cmne. Sedekah+menggembirakn org, berganda allah bgi. Dan mana lah tahu, dalam banyak2 doa tu, Allah terima doa mereka sbb mereka dalam kalangan org yang baik-baik

dan alhamdulillah, lepas daripada itu saya diterima masuk berkerja di salah sebuah syarikat yang dengan baiknya menawarkan offer keje kepada fresh grad dgn starting gaji rmXk (alhamdulillah sangat2). Ada kawan saya yang bermula dengan rmYk (beza rm1k daripada saya) , tapi saya keep in mind, ” Nur, allah bgi kau kerja ni syukur wey. Jangan nak compare” . Saya didik jiwa untuk merasa cukup dengan rezeki . jangan compare rezeki kita dgn rezeki org, dan keep merasa cukup. Bila kita merasa cukup, kita tak kan pernah ada masa utk banding-bandingkan rezeki kita dgn org lain

saya keep buat apa yang saya amalkan before dapat kerja, dan alhamdulilah, saya dapat lagi satu panggilan kerja yang menawarkan gaji rmYk . Kita tidak mintak lebih, tapi Allah bagi lebih. Sebab Allah tu Penyayang, Dia Maha Mendengar.

Hikmah kenapa Dia bagi kerja lambat? Mungkin nak didik diri lebih dekat dengan parents. atau mungkin Dia tahu, kita tk bersedia lagi nk jauh dgn parents

wallahua’lam.
ps; tiada niat utk riak ke apa ye , sekadar sharing utk dijadikan motivasi. Yakin, allah penyayang. Jaga Ibadah

#jangankecam

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit