Assalaamualaikum. Saya Adik Bongsu (pangkat sebenar).
Berkenaan tajuk di atas, saya tertarik dengan artikel/penyataan yang mengatakan adalah lebih afdhal sedekah pada ahli keluarga, adik beradik.
Lagi murah rezeki kita jika kita dahulukan sedekah pada adik beradik dan ahli keluarga.
Tapii.. tapii, kalau adik beradik atau ahli keluarga tu adalah sejenis yang banyak menyusahkan kita bagaimana?
Kalau adik beradik tu sihat tubuh badan, tegap, tapi memilih untuk menganggur.. bagaimana?
Kalau adik beradik tu sihat tubuh badan, bekerja tapi memilih untuk mencuri, dan hisap dadah serta mengabaikan tanggungjawab pada keluarga..bagaimana?
Kalau adik beradik tu sihat tubuh badan, tapi lebih suka meminta minta kerana kononnya dia banyak tanggungan.. dan suami hanya kerja kilang.. bagaimana?
Bagaimana?
Saya adik bongsu, alhamdulillah bergaji yang mampu untuk tanggung 3 keluarga umpamanya.
Saya sudah bekeluarga. Tetapi belum direzekikan anak, cuma rezeki kewangan saya alhamdulillah. Saya ada reputasi nama baik di kalangan kenalan.
Sikap saya berbanding adik beradik yang lain bagai langit dengan bumi. Saya suka bersedekah. Tapi tidak pada adik beradik saya sendiri kerana sebab-sebab di atas.
Setiap kali saya bersedekah, adik beradik saya akan pertikai tindakan saya. Seolah saya tak mementingkan keluarga sendiri.
Bukan saya tak pernah hulur duit, tapi duit yang di beri tu, digunakan untuk beli dadah, langgan perempuan dan sebagainya.
Hari ini saya beri, petang beli Starbucks. Esok minta lagi. Memberi pada mereka sehingga kami sendiri hujung bulan cukup makan.
Bila saya bersedekah pada orang lain, di pertikai seolah saya ni tak tahu kumpul pahala pada keluarga sendiri.
Ada dua pinjaman atas nama saya kerana ATAS DASAR KELUARGA saya tolong mereka.
Kalau saya tak beri, mereka-mereka akan maki hamun sumpah seranah orang tua saya. Mereka akan pinjam serata pelusuk meminjam2.
Dan ramai yang hubungi saya bertanya, kenapa adik beradik saya sampai meminjam menagih pada orang luar sedangkan punya adik yang ada segalanya? Saya kedekut kah? Bagaimana?
Salahkah saya tidak ‘bersedekah’ wang ringgit pada ahli keluarga saya? Berdosakah saya? Pada waktu bila terpakainya penyataan ‘rezeki akan lebih murah jika bersedekah pada ahli keluarga’?
Saya rasa bersalah, saya rasa benci, saya rasa tertekan. Hanya doa dan Al-Fatihah je saya mampu sedekah kan saat ini. Apa yang saya perlu buat?
Yang benar,
– Adik Bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit