Untuk part I, (https://iiumc.com/sedekah-pada-adik-beradik/).
Assalaamualaikum semua. Terima kasih atas komen/ pendapat/ cadangan kalian. Terima kasih.
Saya terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan. Antaranya, bagaimana mereka tahu saya bersedekah.
Pertama, saya ada nyatakan yang saya mempunyai nama baik dikalangan kenalan saya. Dan saya bersedekah atas nama pertubuhan/ masjid/ individu yang mana mereka juga berkait dengan adik beradik saya.
Samada kawan, atau berkongsi ‘mutual friend’ di media sosial saya. Saya rahsiakan sedekah saya, tapi saya tak boleh kawal jika ada yang menyampaikan kepada adik beradik saya.
Ada pernah ketika saya dan suami menyumbang pada satu masjid, salah seorang kariah masjid menyatakan ‘awak menyumbang pada kami, tapi adik beradik awak sendiri perlu disumbang’.
Allah, kalau la mereka tahu nilai sumbangan saya pada ahli keluarga saya sudah melebihi dari sepatutnya, mereka takkan berkata begitu. Dan akhirnya, perkara ini disampai-sampaikan pada adik beradik saya.
Kedua, setiap resit sedekah saya, saya simpan dalam kotak, fail untuk urusan potongan cukai di kemudian hari. Dan ya, simpanan tu sebahagian nya disimpan didalam bilik saya dia rumah ibu bapa saya.
Tanpa saya sedar waktu itu, mereka2 menyelongkar dan mengetahui perihal saya bersedekah. Kenapa saya tak simpan di rumah sendiri?
Sebahagian disimpan di rumah ibu bapa kerana menyangkakan mereka akan hormat barangan dan privasi saya, tapi saya salah. Selepas dari itu, saya bawa dan simpan dirumah sendiri.
Berkenaan memberikan sedekah melalui barangan asas, ya, itu lah yang saya lakukan.
Sehinggakan barangan asas untuk mak ayah saya tak cukup dek kerana mereka menggunakan bahagian mak ayah saya. Elektrik, air, internet, barangan asas, buah2an, susu, namakan saja apa yang saya tak support.
Setiap beberapa bulan sekali atau setiap saya dapat bonus, saya belanjakan baju dan mainan/ buku2 untuk anak2 buah saya.
Saya kecewa sebab mereka cukup sifat, sihat tubuh badan. Tapi masih meminta dengan adik bongsu atas sebab kami tiada anak.
Letih, sedih. Post yang lepas, saya ada nyatakan, saya buat dua pinjaman untuk mereka, dan saya jerat diri saya akhirnya.
Ya, bergaji mampu untuk sara 3 keluarga, tapi hujung bulan kami sendiri ikat perut sebab komitmen saya dah melebihi dari sepatutnya.
Sehinggakan saya sembunyikan dari pengetahuan keluarga saya sendiri untuk bawa mak ayah saya bercuti dan berjalan.
Sehinggakan saya sembunyikan dari mereka jika kami suami isteri bercuti luar negara.
Walaupun mereka tahu kami sendiri tak cukup duit dek kerana mereka, mereka tanpa segan silu masih meminta.
Saya berada dalam dilema, apakah patut mereka ini perlu ditolong lagi? Sudah tegur cara lembut, sudah tegur cara kasar dan sinis, sudah berikan kail untuk mereka (peluang pekerjaan), tapi mereka sia-siakan.
Kemuncak saya dah tak tahan, saya block mereka dan pindah menyewa di rumah lain tanpa pengetahuan mereka kerana tak mahu diganggu. Ya, walaupun bergaji besar, kami masih menyewa.
Suami saya sendiri ada tanggungan pada keluarga beliau dan kami, cukup untuk saya nyatakan profil kewangan saya yang hancur dek kerana adik beradik saya.
Sekarang, saya fokus untuk perbaiki profil kewangan dan menyimpan, tapi bila mendengar mak ayah saya hampir setiap hari dimaki/ diminta duit, saya jadi sayu.
Bukan mak ayah saya tak menegur, sudah cukup menegur, marah, tapi bila mereka naik gila dek kerana dadah/ nafsu, hormat pada ibu bapa sudah hilang.
Bantu saya hilangkan rasa bersalah. Bantu saya doakan agar mereka diberikan hidayah. Saya dah tak berdaya.
Bantu saya doakan agar mereka dibantu oleh orang yang lebih arif. Sudah 6 tahun hubungan kami adik beradik berantakan bila mereka terlibat dengan dadah/ perempuan.
– Adik Bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit