Sedekah Pembuka Pintu Rezeki

Korang percaya atau tidak dengan sedekah, Allah membuka rezeki kita seluasnya.

Meh aku share pada korang pengalaman aku,

One day tu adalah hari paling aku paling pokai gilaaa…

Dalam purse aku betul2 adalah dalam RM5 je waktu tu nak tunggu gaji lagi 3 hari lagi..

Nak pinjam dengan majikan segan sebab pernah buat advance untuk rawatan abah sebelum ini,

Nak pinjam duit dekat mak tak nak bebankan mak sebab waktu tu arwah abah tengah sakit,

Nak pinjam dengan kawan pula maluuu.. End up aku diam jela..

Balik kerja aku singgah ke ATM dekat petron area Sri rampai, dekat petron adalah seorang yang berumur pangkat makcik jual keropok ikan,

Aku pandang sekali imbas je then aku masuk petron terus ke atm dengan hasrat nak cek duit sekali keluar dekat monitor RM3.60,

Hampaaaa…tapi oklah ada RM 5, Boleh beli maggi,

Keluar je petron makcik keropok tu cakap
“adik keropok dikk,belilah keropok ni dik murah2 je”

Aku pun rasa x sampai hati Aku pon tanyala “berapa harga keropok ni cik,?”

Acik tu pon balas RM 10 je dik.

Aku balas balik “Maaf cik saya ada RM5 je.

Mimik muka makcik tu hampaa, Alih2 aku yang serba salah,

Takpalah acik ambil RM5 ni saya sedekah je.

Acik tu pon senyum dan doakan aku, dalam hati aku ameenn kan jelaa..

Now, memang keringla plan beli meggi pon tak jadi, sebab xda duit,

Rm 5 yang aku bagi acik tadi tu adalah yang terakhir yg aku ada,

Aku pun redha laa duit tu bukan rezeki aku,

Jadi aku plan nak balik rumah and tido jela baik2 lagi duduk rumah sewa so xdalah fikir apa sangat..

Balik je rumah kawan merangkap adik aku Ummu Sulaimah tengah masak n ajak aku makan,

Alhamdulillah rezeki, sebab time tu memang lapa gile, takdala ikat perut sangat..

Selang berapa jam msg masuk orang transfer Rm200 kat aku, Baru aku terdetik eh! doa makcik tadi makbul,

Alhamdulillah!!

Since dari haritu, Aku jumpa mana2 makcik jual keropok aku beli keropok dia sampaikan member aku bising, Sebab keropok banyak,
Hahaha..

Main point aku nak menyumbang, jadi aku pass je la keropok ikan ni pada kawan2 aku..

Moral value dalam story aku ni

1) memberi sebenarnya tak mengurang malahan bertambah –
Macam aku cerita tadi aku sedekah RM5 tapi aku terima RM 200 berganda tuuu.

2) Redha – Apa2 Ujian yg datang kau kena redha, sebab ujian tu pasti datang kemanisan tak kisahla ujian dalam bentuk rezeki ke, keadaan sekeliling ke.

3) Duit – Kau kena tau setiap rezeki yang kau dapat tu terselit rezeki orang yg memerlukan dalam duit yang kau dapat tu. So jangan nak kedekut sangat setakat nak derma RM 10 pun berkira

4) Ikhlas – buat semua perkara tu dengan ikhlas.

5) Rezeki – Setiap sen korang invest untuk membantu orang memerlukan, Allah limpahkan berganda rezeki korang, Janji Allah tu pasti Bro n sis yaa…

6) Bantu – tak semestinya nak bagi kepada NGO, kawan kau buat bisness kau pon boleh bantu support dia, beli barang2 dia.

Banyak lagi cara kau nak berbuat kebaikan, menyumbang pun banyak bahagiannya duit, tenaga dan lain..

So janganlah stop berbuat kebaikan dan tiada siapa pon menghalang kita berbuat baik melainkan syaitan dalam diri kita saja.

Ok sekian sharing aku untuk harini semoga bermanfaat deh kalau rajin sharela.. Hahaha..

– Miss F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *