Sedekah RM50 Dibalas RM5000

Assalamualaikum semua aku ingin menceritakan kisah aku yang baru berlaku sekejap tadi. Sedekah RM 50 dan allah balas dengan Motor PERCUMA
Kisahnya begini, semalam aku terjumpa seorang fakir miskin dia dan suaminya baru sahaja dibuang kerja. Sebelum ini suaminya kerja bank namun dia kemalangan dan kakinya putus. Manakala kakak ini adalah seorang programmer sesebuah Company dia juga dibuang kerja kerana alahan yang teruk akibat mengandung.
Pada mulanya aku tidak percaya pada kakak ini, aku cuba testing bahasa programmer nya dan juga software yang digunakan oleh dia untuk coding sesuatu apps. Fuhh, ternyata dia memang seorang programmer jawapannya betul.
Aku berfikir 2-3 kali untuk sedekah padanya sebab dalam bank aku cuma ada RM 60 dan dalam poket aku hanya ada RM 25. Setelah berfikir dalam 5 minit, aku bagi dia RM 50 sebab aku yakin sedekah tidak akan memiskinkan aku tapi adalah satu jalan untuk Allah buka rezeki aku.
Kakak itu tersangat gembira aku bagi dia RM 50 sebab nya dia memang sangat-sangat perlukan duit untuk dia, suami dan anaknya.
Jadi, pagi ni sedang aku main game Counter Strike, tiba-tiba mak angkat aku Call. Dia cakap projek dia berjaya dia nak hadiahkan aku motorsikal sebab Allah mudahkan hidup dia.
Reaksi aku ” Whattttttttttttttt?”
Aku malu tapi mahu memandangkan aku tak ada motor dan aku tengah kumpul duit nak beli secara cash. Maklumlah aku tak ada motor kan.
Bila aku fikir sejenak mungkin ini adalah kelebihan sedekah yang ustaz dan ramai orang cakap. Thank you Allah beri aku peluang ini.
Guys, doakan aku moga mak angkat aku belikan motor mahal sikit. Macam LC atau legenda ke?
– Budak Hingusan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit