Salam all.
Tq admin kalau boleh approve. Aku nak luah perasaan frust aku ni.. Sambil ajak korang buat kebajikan. Aku penderma darah. Baru dua kali je pun. Dua kali tu ada je masalah kecil tapi pegawai lepaskan sebab tengok aku eager sangat nak donate. Actually aku ni memang semula jadi bp rendah dan kurang darah merah. Tapi setakat bp rendah sikit atau RBC atas border takde la mati pun. Aku berterima kasih sangat kat pegawai2 PDN tu yg sudi bagi peluang aku menderma.
Aku terhasut nak derma darah ni sebab tengok ayah aku buat. Dah pernah confess pun kat sini..kalau ada yg pernah baca.
Dah 6 bulan sejak kali terakhir aku menderma. Sebenarnya rasa cam dah tak minat nak derma sebab sedar diri aku ni tak layak. Tapi baru2 ni lalu kat wall fb, iklan PDN memerlukan darah A. Maklum la lepas raya ni kan mesti banyak eksiden dan stok darah kat bank pun surut. Aku cam semangat balik nak derma sebab darah aku la yg PDN cari tu. Timing elok dah jauh dari last period. Makan pun mencukupi aku rasa… raya2 ni kalau tak cukup zat xtau la nak cakap kan.
So semalam aku cuba la. Ada banyak kempen tengah berlangsung sekitar daerah aku. Pergi kat satu shopping mall ni. Sampai2 aku bantai makan dulu sepinggan nasi goreng thai. Full set siap sayur dgn tomyam telur dadar. Nasi tu punya la sedap. Kemain banyak MSG dia letak sampai jadi masin.
Aku tak tau MSG boleh menyebabkan darah naik.
Lepas tu aku rasa jantung berdegup laju sangat sampai suhu badan pun jadi tak tentu arah. Leher panas, kaki tangan sejuk. Puas aku pujuk diri jangan nervous.. ni bukan pertama kali aku derma. Rupanya bukan nervous pun. Sebab MSG. Pagi ni baca kat google baru tau. Doktor yg buat saringan tengok bp aku tinggi camtu, terus tak bagi derma. Duh…
Aku rest dulu, tido2 dulu. Lepas tiga jam aku pergi kempen lain sekitar situ. Nak cuba kot nasib lebih baik. Kali kedua aku tak makan dah. Minum je banyak2 kasi maintain bp. Tapi RBC pulak tak lepas. Darah aku main timbul-tenggelam kat dalam liquid biru tu. Last time jadi gitu juga, tapi pegawai tu kasi chance kat aku. Dia buat 2nd test kat machine, tengok RBC betul-betul 12.5 kat border.
Tapi pegawai kali ni tak buat second test. Terus reject je. Kecewa. Beriya aku bedal nasi sepinggan. Selalu aku tak la makan sebanyak tu pun. Huhu.
Aku cerita ni bukan nak mintak korg kesian kat aku. Tapi nak mintak korg kesian kat insan2 kurang bernasib baik yg perlukan darah. Tolong derma. Aku tak mampu. Korang di luar sana ramai yg sihat2, tegap2, lelaki terutamanya, infaqkan sikit harta yg korg ada. Kalau takut sakit, serius tak sakit. Takut pengsan tengok darah, jangan la tengok…beg tu gantung bawah kerusi. Tak nampak pun.
Christiano Ronaldo, pemain bola sepak terkenal tu sanggup tak buat tatu badan sebab nak derma darah. Kita yg kulit cantik mulus ni, siap Allah janjikan pahala sedekah, lagi mahal sedekah lagi mewah ganjaran.. Apa lagi yg halang kita untuk sedekahkan darah?
Ganjaran dunia, kalau jadi penderma tegar, banyak benefit kita boleh dapat. Sampai satu tahap, kita boleh dapat rawatan percuma seumur hidup. Lelaki la aku rasa paling untung sebab boleh derma banyak kali. Pempuan ni kang period, pregnant, bersalin, menyusu, tak boleh. Rugi kaum lelaki tak ambik peluang ni.
Jom derma darah. Berikan harta terbaik yang kita miliki. Moga2 Allah beri ganjaran terbaik juga di akhirat nanti.
– Avid Donor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit