Sedih Bila Berstatus Alumni IIUM
Salam alaik. Jangan terus melatah. Baca betul-betul apa yang dituliskan. Kisahnya begini, aku masuk UIA sebaik sahaja selepas SPM. Kiranya direct intake la terus untuk join Pusat Matrikulasi UIAM (Matriculation Centre IIUM) pada tahun 2006. Masa tahun kedua aku di MCIIUM ditukar kepada Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies IIUM atau ringkasnya CenFos). Kalau tanya pada aku, perasaan aku bila dapat masuk ‘UIA’ ni memang happy giler la. Mana taknya, dah la aku sorang je dari sekolah aku dapat masuk UIA. Dapat plak masuk UIA dalam bidang Sains Biologi (serius tengok surat tawaran macam gempak giler.hehe). Kalau ikut surat tawaran, aku diberikan kursus Biological Sciences; pada masa tu, aku sendiri tak tahu kos ni tentang apa. Ramai jugak la yang dapat kos ni. Beratus-ratus orang jugak termasuk aku. Tapi, sebaik sahaja selesai minggu orientasi, aku mohon untuk tukar jurusan kepada Sains Kesihatan kerana pada masa tu aku tengok ada dua kos yang menarik minat aku; Audiologi & Dietetik. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT nak bagi kan. Permohonan tukar kursus diluluskan. Kalau tak silap, yang diluluskan untuk masuk kos sains kesihatan ni tak sampai 100 orang pun. Dan aku dengar-dengar memang tak ramai pun yang amik kos sains kesihatan di pusat asasi uia ni. Mungkin sebab special kot. Hehe.
Bab tukar kos tu satu hal. Paling aku terkejut bila aku masuk pusat asasi UIA ni, aku tak tahu pun bila dah masuk tu kena amik macam-macam test. Serius bro memang aku tak tahu langsung. Haha. Dalam minggu orientasi tu, ada English Placement Test, Fardhu Ain Placement Test dan paling aku tak ready kena amik Arabic Placement Test. Walaupun budak-budak dari Johor ini ada Sekolah Agama yang ada amik subjek Arab, serius bro, bila kau masuk Arabic Placement Test, macam kau tak tahu apa-apa pun tentang Bahasa Arab. Susah giler. Masuk je dewan peperiksaan masa tu, lepas 15minit (peraturannya tak boleh keluar dewan dalam 15minit pertama), penjaga peperiksaan buat pengumuman; ‘Siapa nak keluar dewan peperiksaan boleh berbuat demikian’ regardless kau dah siap jawap atau pun tak.
Bila berada pada level asasi ni, tak banyak pun aku buat. Sama seperti orang lain, pergi ke kelas, join serba sedikit program dan kadang-kadang tu outing ke KL. Hehe. Tapi, nak tahu apa paling best masa di Asasi UIA? Aku belajar join program anjuran pelajar sendiri. Serius bro! di peringkat asasi lagi, kami di ajar dengan berbagai program. Nak tahu apa paling best dalam berprogram di sini? Paling best sebab semua program-program yang dianjurkan mesti tidak lari dari input-input Islami. Malah, konsert pun konsert berorientasikan Islam. Kalau tanya aku, part ni paling aku bersyukur sangat sebab dalam belajar dan dalam berprogram di sini, tidak akan lari dari konteks dan input Islami yang akan aku dapat. Event kalau kau belajar sains dan matematik pun akan ada Islamic Input yang diberikan.
Itu belum aku cerita lagi masa minggu orientasi tu, ketika tengah sibuk ambil makanan, aku tak sedar pun telefon aku terjatuh. Yela, dah kelam kabut ramai orang macam tu, mananya kita nak perasan. Then, tiba-tiba sorang bro ni tepuk bahu aku dan bagi telefon tu kat aku. Aku rasa boleh ja bro tu nak amik telefon tu kan sebab bukannya aku perasan pun. Masa tu memang aku terkejut dan terharu giler. Dah la tu telefon hadiah daripada mak aku. Huhu. Kalaulah biah solehah seperti ini wujud di Pusat Asasi UIA seawal minggu orientasi lagi, korang boleh bayangkan macam mana hidup kami selepas-selepas itu. Ada satu masa tu plak, masa aku tengah makan malam dengan kawan aku, kami perasan ada sorang bro tu tertinggal telefon dia kat meja makan tu. Kami tak sempat pun nak bagitau bro tu. So kami biarkan je telefon tu di meja kot-kot la kan ada orang nak ambil walaupun bukan telefon dia. Lama gak kami tunggu dan ada orang yang ulang alik di meja tu bukan setakat nak amik, nak usha telefon tu pun tak. Dah la harga telefon bimbit ketika tu agak mahal. Aku rasa boleh je kalau orang lain nak amik telefon tu. At the end, pemilik telefon datang semula dan amik telefon dia dan hanya senyum kepada kami. Serius aku rasa environment baik seperti ini merupakan nilai baik bagi UIA itu sendiri.
Dua tahun aku di Pusat Asasi UIA. Walaupun dua tahun itu dilihat sebagai medium transasi kehidupan aku untuk menyesuaikan diri dalam kondisi university dan survival peribadi, bagi aku Pusat Asasi UIA banyak mengajar aku tentang nilai Islami. Dan pada tahun 2008, alhamdulillah diterima masuk ke Main Campus IIUM di Kuantan untuk meneruskan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Mak abah dan adik beradik yang hantar aku ke UIA Kuantan. Kami nak bas je dari Kluang ke Kuantan. Maklumlah, family aku masa tu taka da kereta pun. Nak sewa kereta orang mahal jugak la. Sampai di Terminal Bas Kuantan jam 3pagi. Belum Subuh pun lagi. Haha. So kami stay la sekejap menunggu waktu subuh sebelum bertolak ke UIA. Seusai bersarapan, kami naik teksi ke UIA. Selesai je urusan pendaftaran, tibalah masa mak ayah nak balik. Huhu. Tapi masalah, susah nak dapat teksi kat UIA tu. So terpaksalah minta tolong senior yang jadi AJK sesi pendaftaran (budak UIA panggil Taaruf Committee). Nasib baiklah dia tolong uruskan mak abah balik ke stesen bas.
Bila dah jadi student undergrad ini, banyak betul aku libatkan diri dengan persatuan dan kelab. Dan banyak juga aku join program-program di UIA. Seperti yang diduga, UIA tak akan pernah lari dalam menganjurkan program-program Islamik. Bagi aku, biah seperti cukup menggembirakan aku kerana kita diberikan ruang untuk sentiasa dekat dengan Islam. Tu belum lagi dapat berkawan dengan kawan-kawan yang memang baik-baik belaka. Kita yang tak berapa nak baik ni pun, bila berkawan dengan kawan-kawan yang baik, secara tak langsung kita juga akan jadi baik dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang baik.
Paling best, bila ada silibus Study Circle aka Usrah. Mula-mula tu jadi anak usrah je tetapi tahun ketiga diberikan amanah untuk menjadi ketua usrah. Hehe. Alhamdulillah. At least ada peluang untuk sentiasa perbaiki diri. Belum lagi cerita apabila tengok sahabat-sahabat yang berniaga kecil-kecilan. Jualan-jualan tu tak dijaga pun. Dibiarkan di tempat-tempat strategic dan kalau ada yang ingin membeli, hanya meletakkan duit di tabung yang disediakan. Dan banyak lagi pengalaman yang aku belajar masa undergrad dulu. Hehe.
6 tahun aku bergelar pelajar UIA; mula dari asasi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kini, aku bergelar Alumni UIA. Aku graduate masa tahun 2012. Sudah pasti aku sangat happy dapat graduate on time. Hehe. Namun, menjadi alumni UIA bermaksud aku terkeluar daripada sistem dan biah solehah yang ada di UIA. Bila dah graduate, kau kena pilih sendiri siapa kawanmu. Bila dah graduate, kau kena cari sendiri program-program ilmiah kat luar sana. Bila dah graduate, kau kena usaha sendiri untuk terlibat dalam program-program Islamik. Dan bila dah graduate, kau sendiri kena wujudkan biah solehah tu. Pada satu sisi, aku sedih bila bergelar Alumni UIA sebab aku terkeluar daripada system dan environment yang baik yang ada di UIA. Tapi, dari satu sisi, aku bertuah kerana aku adalah salah seorang daripada insan yang terpilih di muka bumi ini untuk merasai nilai baik yang ada di UIA dan nilai baik bergelar graduan UIA. Tidaklah tujuan aku untuk menyanjung tinggi UIA dan isinya. Tetapi, aku hanya sekadar berkongsi sisi baik yang ada pada UIA dan isinya yang aku sendiri rasakan ketika bersamanya. Maka, adalah tuntutan yang baik bagi kita yang bergelar Alumni UIA untuk membawa status itu sebaik mungkin. Bukan tanda untuk memuja tetapi sebagai tanda terima kasih kita kepada-Nya kerana mengizinkan kita untuk be part of this good system.
Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. IIUM; The Garden of Knowledge and Virtue akan tetap menjadi kenangan baik dalam diri aku.
– Muhammad Rizal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit