Sedih Sangat-sangat

Hi Assalamualaikum, perkenalkan aku Liyana (bukan nama sebenar) dan berusia 20-an. Pekerjaanku adalah kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Satu lafaz yang aku ingin luahkan sekarang iaitu aku terlalu sedih teramat. Sedih sebab satu persatu dugaan datang dalam hidup aku. Dan paling aku sedih sekali adalah baru-baru ini aku accident. Terima kasih admin sekiranya confession ini dipublish.

Ya accident ketika perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. Setiap hari aku kerja overtime dan habis kerja sampai jam 8pm. Dalam jam 9pm baru sampai rumah.

Sebelum accident, tak tahu kenapa perasaan aku tak sedap hati. Sebenarnya dah lama perasaan ini membelenggu diri dan 4 hari sebelum accident tersebut, aku dan sekeluarga dapat berita mengenai atok (atok angkat) meninggal dunia. Tidak dapat melihat jasad arwah sebab ada hal masa itu dan hanya mampu sedekah kan al-Fatihah serta membacakan doa yassin dari jauh. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

******

Allah Allah Allah hanya ayat ini terlafaz melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Aku check nadi dan nafas budak tu. Masih ada! tapi nafas dia amat lemah sangat. Time tu aku rasa lemah lelah dan hampir rebah di depan orang ramai tapi aku gagahkan diri untuk berdiri . Rasanya budak itu berumur dalam lingkungan antara 3 atau 4 tahun. Sebelum check nafas dan nadi dia, aku pegang kepala dia. Allah! banyak darah! dan tangan aku mengigil ketika melepaskan tanganku dari kepala budak itu. Banyak darah yang ada di tapak tangan ku. Part itu lah sampai sekarang sentiasa berada difikiran aku . Sedih dan menangis berpisah tiada dalam diri aku sejak kejadian itu berlaku. Dan budak itu tidak dapat selamatkan ketika sampai di hospital. Allah!

Ketika accident aku tak nampak ada motor. Bahasa paling mudah, aku tak perasan ada motor. Aku ingin belok ke kanan untuk masuk simpang. Aku masuk simpang then tetiba cermin depan sebelah kiri retak. Time tu aku terdiam dan tekan pedal minyak sikit untuk parking kereta. Ya Allah apa aku dah buat. Adakah aku sudah bunuh orang? Hati kecilku bersuara. Ketika sedang panik tetiba ada seorang abang datang pada aku. Dia cakap ” saya depan kereta awak dan saya nampak motor tu tak ada lampu sebab tu awak terus belok masuk simpang”. Tapi dalam keadaan panik ketika itu tidak teringat untuk meminta nombor orang itu. Tidak tahu siapa salah tapi yang pasti dan semestinya aku yang bersalah kerana telah membunuh budak itu.

Sekarang ini dan saat ini aku teringin sangat melihat mangsa yang lain di hospital tapi aku takut sangat. Takut sekiranya mereka maki-maki dan marah-marah pada aku. Tapi pada masa yang sama, aku tak kisah kalau mereka ingin marah dan maki dengan pelbagai tuduhan cuma aku takut adakah aku kuat ketika itu? Adakah aku boleh tahan menangis ketika mereka marah maki hamun depan orang ramai? Pelbagai persoalan di kepala aku ketika ini. Tiada siapa yang mahu mendengar luahan sedih susah ku ini. Aku akui aku terlalu lemah menerima dugaan ini. Dugaan ini cukup besar buat aku ya Allah.

******

Seksyen 43(1) menyebut, Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Manakala Seksyen 41(1) pula menyatakan, Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit. -sumber google.

Korang dah baca statement di atas? Setiap hari aku baca dan setiap hari juga hati ini tak tenang. Adakah sekiranya aku tidak dapat membayar denda, aku akan ke penjara? Bagaimana mahu mencari duit sebanyak itu sedangkan duit simpanan tiada. Mungkin penjara itu adalah tempat selayaknya untuk aku setelah membunuh budak itu :)

Buat masa ini aku sedang berusaha mencari duit untuk membayar denda pada akan datang. Perasaan sekarang masih sedih sangat-sangat sebab teringatkan arwah budak itu. Alhamdulillah aku dapat cium arwah sebelum dikebumikan. Hampir setiap hari menangis dan makan pun tak berselera seperti dulu. Setiap hari juga aku teringatkan arwah budak tu. Arwah budak tu meninggal sebaya dengan adik amar (anak saudara). Tahun lepas meninggal dan kehilangan arwah membuatkan dunia aku hampir gelap sebab aku selalu main dengan dia setiap kali balik kampung. Budaknya bijak dan comel sangat. Perasaanku sama ketika kehilangan arwah adik amar dan arwah budak tu. Allah. Lemah sangat.

Untuk pengetahuan semua, ketika disoal siasat aku baru dapat tahu yang menunggang motorsikal adalah budak berumur 14 tahun. Dan ketika itu keadaannya agak kritikal. Dan sampai sekarang aku tidak tahu keadaannya. Harap dia baik-baik saja. Aku ingin melihat dia tapi aku tak tahu adakah aku dibenarkan ke tidak. Dan takut ingin berjumpa dengan keluarganya.

Buat masa ini aku menunggang motorsikal ke tempat kerja. Jarak antara rumah dan tempat kerja agak jauh memakan masa 45 minit naik motor dan 1 jam sekiranya menaiki kereta. Dan sekarang menunggang motorsikal pun aku takut. Sebab awal tahun hari tu pernah accident sampai tangan retak. Sejak dari hari tu, aku beli kereta sebab ikut nasihat makcik dan pakcik aku. Aku tiada pilihan nak tak nak kena menunggang motorsikal walaupun risiko tinggi. Mana-mana rider sentiasa lah berhati-hati yer, Pasal kereta tu dah tak ambil peduli pun. Mungkin nak bawak kereta pun trauma jugak nie Allahu.

Korang, aku perlukan pendapat dan sekiranya ada pengetahuan mengenai kemalangan melibatkan nyawa, boleh share yer. Terima kasih. Harap maaf sekiranya penulisan aku agak tunggang-langgang.

Dan doakan aku kuat semangat.

– Liyana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *