Assalamualaikum w.b.t,
Aku nak berkongsi pengalaman hidup nenek aku yang menyedihkan. Nenek aku ni ada ramai anak, ada anak lelaki dan perempuan. Masing-masing dah mendirikan rumahtangga, dan ada yang dah ada cucu pun. Apa yang aku nak kaitakan tentang nenek aku ni adalah mengenai anak-anaknya yang tak ambil peduli pada nenek aku. Bukan takde, ada.. tapi lebih kepada ramai yang tak ambil berat. Nenek aku ni hidup sebatang kara , dah lama kematian suami. Tempat tinggal tetap pun takde, just harapkan anak-anak dia untuk ambil secara bergilir-gilir.
Pada mulanya, semuanya okay. Tapi, aku tak pasti bila start anak-anak dieorang tak ambil berat. Dan, yang aku pasti. Anak-anak dieorang tak ambil berat ni dipengaruhi oleh keputusan menantu-menantu. Faham-faham je la, bila semua dah berumahtangga, masing-masing sibuk nak jaga hati isteri dan suami beserta dengan anak-anak. Tapi, langsung tak kisah tentang perasaan nenek aku. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri tu memang aku tak nafikan la. Memang wajib, tapi sanggup ke kau biarkan mak kau terkontang-kanting macam tu.
Nenek aku ni sebenarnya teringin nak ada rumah sendiri, jadi dia tak menyusahkan anak -anak dia. Tapi , masing-masing kata tak mampu bayar sepenuhnya disebabkan nak menanggung anak yang masih belajar. Jadi, nenek aku mengalah.. takpe la, biar anak -anak ambil . Apa yang menjadi masalahnya, bila sampai giliran untuk ambil nenek aku. Anak-anak dieorang ni tak muncul, ada yang terus hilang tanpa pesanan. Telefon pun tidak, kiriman duit pun tidak, apatah lagi nak ambil nenek aku. Bila sampai giliran, masing-masing tolak sana, tolak sini. Cakap tak boleh, nanti isteri @ suami tak selesa. Nak pergi bercuti pun tak senang. Entahlah. Pendek kata, macam-macam alasan yang dieorang bagi. Actually, anak-anak nenek aku dah bincang pasal nenek aku. Akhirnya, semua tak menjadi. Cakap mulut je , tapi buatnya tidak.
Ada sekali tu, nenek aku bagitahu aku yang menantu dia siap tanya nenek aku. ” Mak, bila nak ke rumah anak-anak yang lain? Mak kan rapat dengan anak perempuan mak, patutnya dieorang tau jaga mak”, kata menantu pada nenek aku. Padahal nenek aku baru je beberapa hari kat rumah anak dia, tak sampai seminggu pun. Apa perasaan kau kalau orang dah cakap macam tu pada kau? Ya, nenek aku memang tak senang hati. Nenek aku cakap pada aku, ” Nenek ni orang tua, bila orang cakap macam tu takkanlah nenek tak faham yang menantu dia tak bagi nenek aku duduk situ lama-lama. Mana ada orang sayang nenek yang dah tua, miskin, dan takde tempat tinggal”. Aku dengar nenek cakap macam tu hati aku jadi sedih.
Aku rasa cukuplah setakat ni dahulu. Sebenarnya, banyak benda nenek aku luahkan mengenai anak dan menantu nenek. Tapi, biarlah selebihnya aku simpan. Aku berharaplah, tak kira anak perempuan atau lelaki sekali pun. Jaga la mak korang, ambil berat pasal dieorang. Jangan bila dah takde, baru nak menyesal. Mak mampu jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai belum mampu nak jaga mak.
Semoga penulisan aku yang tak seberapa ini dapat menjadi iktibar buat kita semua. Akhir kata, mohon maaf sekiranya luahan ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa. Apapun, sama-samalah kita perbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
– Iffah ( bukan nama sebenar )
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit