Assalamualaikum, salam sejahtera admin, para pembaca (sekiranya artikel ini disiarkan, terima kasih banyak2).
Sedikit pengenalan diri. Saya Hanna. Awal 30-an, bekerja di sektor yang mempunyai waktu kerja yang tak tentu, dan hari cuti yang tak tetap. Ok, merujuk kepada tajuk di atas, saya sangat perlukan pandangan dan sokongan anda di luar sana tentang masalah yang saya hadapi ini sehingga kan mendatangkan “stress” kepada saya tanpa saya sedar. Mungkin, pada hemah anda permasalahan saya ini nampak “simple” tapi sebenarnya tidak bagi saya.
Saya pasti kebanyakan dari anda mesti mempunyai sekurang2nya seorang sahabat karib / baik ataupun terkenal dengan term “BFF” kan? Saya pun ada asalnya. Dari zaman sekolah, IPT, sehinggalah alam pekerjaan sekarang saya ada orang2 yang saya boleh anggap sebagai BFF. Yang saya boleh menangis bersama..kawan ketawa semestinya ramai..Baik, untuk terus kepada isu yang saya alami, saya asalnya ada beberapa BFF yang rapat dengan saya dari zaman IPT. Tapi yang paling saya rapat adalah seorang daripada beberapa orang tu. Kami ada whatsapp group. Dulu, group ni sangat meriah. Selalu ada isu2 yang kami bincangkan. Tapi sekarang saya je yang selalu cuba memulakan bicara tapi jarang sekali berbalas.
Saya sudah tidak diajak untuk keluar bersama mereka untuk tengok wayang ke, jalan2 ke. Saya rasa pelik sebab kami tiada perselisihan faham langsung sebelum ni. Tiba2 sahaja mereka menyepi sekali gus meminggirkan saya tanpa saya tahu sebabnya. Ok, saya akan narrow down kan kisah ini kepada salah seorang yang saya anggap BFF. Memang kami teman ketawa, menangis, susah dan senang bersama dari zaman IPT dulu.
Saya namakan dia Ifti. Tapi semenjak dua menjak ni dia semakin menjauh. Saya hantar whatsapp personal pun dia tak buka langsung. Alasan yang selalu diberi adalah telefon rosak. Tapi, whatsapp group boleh je “read” mesej yang di forward kan. Kalau ada duit untuk travel jauh2, takkan tak mampu untuk repair telefon yang so called “rosak”.
Dekat FB memang mereka tidak akan “like” atau komen posting saya lagi walaupun saya tahu post saya tu selalu keluar di “news feed” mereka. Bila saya cuba bertanya dengan salah seorang lagi BFF saya kenapa Ifti seakan menjauh dari saya, saya disuruh “husnudzon – bersangka baik”. Bila saya tanya apa salah saya tiada siapa yang mahu menjawab. Kenapa nak hukum saya sampai begini sekali? Kalau saya salah, kenapa tidak tegur seikhlas hati? Mereka tinggalkan saya dalam gelap dan tertanya2 apa salah saya sehinggakan saya dilayan begitu.
Bila mereka plan untuk pergi bercuti bersama, sesudah beli tiket siap2 baru tanya saya nak ikut ke tak..cuba anda semua bagitahu saya, ikhlaskah ajakan itu? Pergi jalan2 di hari cuti atau tengok wayang memang saya tak diajak langsung. Saya hanya tengok gambar2 dan check in mereka di FB saja. Kalau ye pun sebab mereka tak tahu bila hari cuti saya, mereka boleh je tanya saya dalam group kan? Kenapa selama 8 tahun dulu anda boleh bersabar dengan waktu kerja saya yang tak tentu masa dan cuti, kenapa sekarang tidak?
Ifti, we used to be a very very very closed and understanding each other. Saya tak faham kenapa awak buat saya begini sekarang. Adakah sebab saya masih di takuk lama sedangkan anda semua telah naik pangkat? Mana Ifti yang saya kenal dulu? Yang akan kongsi suka duka dengan saya tak kira waktu? Saya masih ingat ketika Ifti kehilangan bondanya, saya adalah orang pertama yang dia hubungi tengah2 malam dan saya menangis sama2 dengannya. Ke mana hilangnya kemesraan itu Ifti?
Sesungguhnya saya dah penat mengalah. Kalau anda semua tanya saya kenapa BFF saya berubah, saya memang tidak ada jawapannya. Saya buntu. Selama ini saya simpan semua rasa dalam hati. Menangis adalah cara saya mengurangkan rasa sedih. Sesungguhnya Allah saja yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Saya tiada dendam..cuma memerlukan medium untuk meluahkan dan memerlukan sokongan anda tentang bagaimana saya ingin menangani permasalahan ini. Terima kasih semua..
– Hanna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit