Assalammualaikum warga iium dan admin. Terima kasih banyak kerana sudi menyiarkan luahan hati aku. Lama dah aku pendam rasa ni. Dan hari ni aku harap pembaca dapat baca dan lakukan sesuatu utk masa depan kita bersama. Aku huraikan dalam bentuk situasi. Moga jadi ikhtibar.
Situasi 1
Lima tahun kami menunggu untuk mendapatkan rezeki zuriat. Alhamdulillah hari ini kamu hadir ke dunia cukup sifat dan sihat. Bahagianya rasa hati mama. Syukur dipanjatkan pada Allah atas anugerah ini. Ramailah yang datang silih berganti, sama sama meraikan kehadiranmu ke dunia mama dan papa. Semuanya indah, bila tiba tiba kamu tidak sihat, batuk dan demam. Nafasmu kuat, buat mama & papa risau, rupanya punca kamu jadi begitu dari kenalan2 mama papa yang datang menziarahmu tetapi seorang perokok!, baju & tangan bekas rokok memegang dan membelai kamu yang baru lahir, yang masih belum mengerti bahaya apa di depan mu sedang menanti. ALLAH, apa yang mama dan papa mampu buat? Doa, ya doa sahaja yang kami mampu buat nak, sebab kami tak mampu milikan dunia utk melarang mereka merokok dan dekat denganmu. Gagal kan kami kerana gagal melindungimu, sedang kami sendiri tak tahu ‘siapakah’ si bahaya untuk mu.
Situasi 2
Hari ini cuaca sungguh indah, langit cerah, mama dan papa cuti hujung minggu & hari inilah yang di nanti untuk membawa kamu ke taman supaya dapat menghirup udara segar, sambil dapatlah kita sama sama berjalan beriringan, melihat ikan berenang renang di tasik buatan, bunga bunga liar di taman akan papa kenalkan satu persatu pada mu anakku. Kalau papa ada duit lebih bolehlah papa belikan buih belon air dan dapatlah kamu melompat riang mengejar buih buih dengan peluh sihat di dahi. Bahagianya rasa, ya Allah syukur atas nikmatMu, dapatlah kita luangkan masa bersama sama. Tapi… Malangnya, sedang kita elok bergembira nak, datang si bahaya melepaskan hembusan asap jijik bersebelahan kita. Dan kamu hidu, dan kami terbatuk batuk menahan bau yang busuk. Si bahaya itu berlalu seperti tiada dosa. Kerana sejujurnya mereka tiada rasa. Hibanya mama nak, maafkan mama, mama tak mampu membina taman walau sekangkang kera untuk meraikan hari riadah kita bersama yang bebas dari bahaya si durjana.
Situasi 3
Pagi itu usai solat subuh bersama, kamu tidak mahu tidur lagi, kamu dapatkan mama. “Mama, hari tu masa kita buat ulangkaji mama kata nak bawa kami ke pasar. Mama nak kenalkan jenis ikan dan sayur sayuran. Apa kata hari ini? “. Mama beri signal pada papa & papa angguk. “Horeyy!” Kamu bersorak riang dan bingkas mandi untuk bersiap. Sampai di pasar, baru sahaja mama nak kenalkan siapa siakap siapa kembung, bagaimana siput sedut cuba keluar dari tong. Baru sahaja mama nak beri kamu rasa apa bezanya kulit kerisi dan kulit sotong, datang ‘bahaya’ yang jauh berbisa dari ikan keli dan pirana. Ya, bahaya ini bukan macam phirana nak, sekali gigit jalan terus. Bahaya ini dia menyerap perlahan lahan. Dan kian menjadi barah yang merosakkan hidup kita. Maafkan kami nak, sekali lagi kami gagal membina kawasan yang selamat untuk kamu kenal rezeki rezeki dari Allah. Kenal tumbuhan dan hidupan yang kita dapat makan hari hari untuk meneruskan hidup.
Situasi 4
Hari ini hari lahir mama. Papa kata sebagai tanda hadiah papa nak ajak kami semua makan seafood sedap di tepi laut. Sambil dapat bersama sama hayati matahari terbenam bersama kami semua sambil hirup udara tepi laut, maklumlah dulu sunset berdua je sekarang nak pula lah rasa fefiling sunset bersama anak anak pula. Happynya mama, pakai cantik cantik & papa dah booking awal siap siap. Sampai di sana Wow seronoknya ada ikan pari bakar beralas daun pisang, sotong segar goreng tepung, tomyam campur putih , kerang rebus cecah sos & ketam masak sambal telur. Ya Allah! syukurnya dengan nikmat Allah, dapatlah kami sama sama memotong kek mama semperna hari lahirnya. Elok makan dua suap, dari bau tomyam panas, kami dijamu bau busuk asap rokok dunhill, kanan dan kiri pulak tu, enak agaknya rasanya ye bang bila makan bersulam asap rokok? Subhanallah hati kami sakit, hanya mampu jeling tanda protes, tangan mama mengibas ngibas takut sungguh bau hina itu berjaya sampai pada adik yang baru berumur kira kira 1 tahun duduk yg duduk dalam baby carier.. malangnya malah jelingan kami dibalas dengan hembusan batang rokok kedua tanda riak. Allah zalimnya manusia kan? Mungkin matanya tak buta melihat adik masih kecil terhidu asap rokok, kerana zahirnya hatinya telah lama buta dibutakan dengan rokok si durjana. Akhirnya mama mengalah, mama bingkas bangun dari duduk dan dapatkan adik terus berlalu ke kereta. Mama kata tolong makan untuk mama kalau ada lebih tapaukan mama, mama duduk di kereta saja ya. Demi adik segalanya mama sanggup. Dan malam hari lahir mama berakhir begitu sahaja. Terima kasih abag perokok kerana merosakkan malam hari lahir mama.
Situasi 5
Mama bukan tak nak balik jumpa atuk, bukan kecil hati sebab atuk selalu tegur mama yang selalu tak sihat, bukan rimas sebab atuk selalu nasihat pasal isu agama dan akhirat. Tapi… sebab mama risaukan adik. Adik baru 5 bulan, sejak mama jadi menantu pun setiap kali mama balik jenguk atuk..ajak atuk berbual bual sambil atuk tazkirah mama, atuk sedekah sekali asap rokok berkepul kepul. Macam mana mama nak biarkan? Mungkin time mama sorang dulu mama bisa tahan, tapi sekarang mama dah ada adik. Takkan mama nak biarkan adik yang baru 5 bulan di jamu dengan bau asap rokok yang berkepuh satu dapur? Masalahnya bukan sorang, massing masing bila nampak atuknya mulakan sampai papa pun mulalah dapatkan tepi bucu pintu lua untuk mula sama merokok. Mama dah nampak anak sedara yg lain. Begitu jugak. Ya mungkin mamanya kuat, atau mungkin mamanya tawakal. Ya itu terpulang tapi tidak mama. Mama sayang adik.bukan senang mama nak dapat dan lahirkan adik. Dan mama takkan biarkan adik terdedah dengan bau yang satu ini. Akhirnya mama mungkin akan disalah erti. Kononnya mama lebihkan family sana. Kononnya mama jarang jenguk atuk di sini.Kononnya mama tak ingat atuk sini. Allah kalau anda jadi mama apa anda nak buat? Buntu mama nak.
Situasi 6
Mama siap mandikan adik, wangi dah adik, tak sabar nak bawak adik pergi jalan. Sian adik asyik terperuk kat rumah je, papa panaskan enjin. Sempat lagi papa jamah sedas nikotin. Macam mana papa nak pegang adik nanti? Kan baju papa dah bekas asap rokok. Allah mama jeling papa, tapi apa papa boleh buat? Gian papa melebihi kasih papa pada adik. Akhirnya masuk kereta, papa kunyah gula gula supaya tak bau asap rokok. Tipu! Mama tetap bau, tipulah kalau takde kesan bau. Dan akhirnya kami semua dalam kereta tu hidu asap bekas dari mulut papa si perokok. Allah siang malam doa mama masih belum Allah makbulkan.” Ya Allah bukakanlah pintu hati suamiku (dari bakal suami hinggalah suami dan bapa pada anaknya) supaya berhenti merokok.amin”. Ya doa ini akan kekal subur dalam text ucapan doa mama setiap hari selepas solat. Bersabarlah, sabar itukan indah.
Banyak lagi yang nak mama ungkit, tapi hati mama makin sebak dan berbuku bila terfikir. Takutnya jadi dendam. Sebab hidup mama dan adik hakikatnya dah lama sengsara dengan si perokok ini. Bukan itu saja kemana saja kami pergi hidup kami tak aman. Tak bahagia. Ada saja si perokok durjana ( kasarkan bahasa?) Yang merosakkan suasana dan kebahagiaan kami.
Ya dunia ini luas, malaysia ni besar, dan rakyatnya bebas melakukan apa saja. Si perokok bebas melepaskan asapnya di mana saja. Walaupun ada larangan tapi itu semua hanya pada papan tanda. “Amaran, dilarang merokok, denda RM500”. Perlaksanaan? TAK ADA!. Hukuman? Jauhh sekali..Sepatutnya (ini cadangan mama) pacak papan tanda di setiap tempat awam dan tempatkan penguatkuasa yang jaga di sana memegang resit saman. Percayalah pbt akn jauh lebih banyak dapat hasil pungutan saman setiap hari dari hasil pungutan penguatkuasa yang menunggu di parkir kereta. Tak percaya? Cubalah buat. Buat di restoran terbuka,buat di pasar awam,buat di taman rekriasi. Mama yakin banyak ‘hasilnya’. Cubalah pihak berkuasa! Lakukan sesuatu!. Takkan nak tunggu hingga anak anak anda atau yang tersayang merana baru nak mula..
Kawan kawan..mama mama, auntie auntie & semua yang sedang merana disebabkan ketagihan mereka, bertabahlah!!, dan bersabarlah dengan ujian dunia akhir zaman ini. Moga mereka akan berhenti merosakkan diri dan orang lain sebelum datang penyakit kronik yang membuat mereka terpaksa berhenti dengan sendiri. Moga mereka sedar hidup tanpa rokok itu terlalu indah dan rokok bukanlah benda yang akan bersama sama mereka di saat mereka susah atau menunggu ajal datang menjemput. Rokok itu hanya keghairahan yang melekakan dan membinasakan. Moga juga mereka sedar yang anugerah idea dan ilham yang kononnya hasil dari hembusan asap rokok datang dari nikmat Allah yang telah mereka dustakan bukan rekaan dari asap rokok mereka yang membinasakan itu. Ya Allah sedarkan mereka, yang rokok itu HARAM di sisi agama bukan sekadar makan duit haram, berjudi atau minum arak benda yang haram. Kerana rokok itu sifatnya membinasakan dan merosakkan badan sedang Allah SANGAT melarang hambanya merosakkan diri sendiri dan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi rasa yang menggila kan? ya bukan senang untuk berhenti. Tapi berusahalah. Takut2 tak sempat bertaubat sebelum Allah jemput menghadapNya..ketika itu rokokkah yang mampu bawa anda semua ke Syurga? Tanyalah diri. Tak sayangkah anda pada anak anak anda? Keturunan anda yang dari kecil melihat anda merokok depan mereka. Nanti bila mereka dah besar jangan pula marahkan mereka bila mereka curi curi hisap rokok di belakang sekolah. Dan jangan pula waktu itu anda rotan anak anak anda disebabkan sikap mereka sedangkan ANDALAH ROLE MODEL MEREKA & ANDALAH PUNCANYA!!
Bertaubatlah sebelum terlambat.moga sama sama kita dapat lalui hidup ink dengan kebahagiaan. Berhentilah mengambil hak kami. Hak kami untuk bahagia tanpa asap rokokmu.
Jangan tanya mengapa hidupmu tak tenang. Jangan tanya kenapa rezeki kamu sentiasa tak cukup. Kerana yang satu ini kamu leka. Bertaubatlah…
– IBU yg Berharap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit