First of all, thanks admin kalau siarkan.
Tujuan aku sebenarnya, untuk bercerita. Mana yang keroh buang, yang jernih tu korang simpan lah.
Siapa makan cili terasa pedasnya.
Aku nak cerita sikitlah pasal pengalaman aku dengan mlm ni. Secara tepatnya, phytoscience@ amyrateam.
Aku ni, perempuan dan muda lagi. Aku ni dari family biasa2 je. tak susah, tak senang. A pulak, family mewah gak laa, tapi bukanlah yang jenis 7 keturunan makan tak habis. Sebabkan sedar diri, aku start bisness ni, dengan tone plus. masa tu, still baru lagi. lepas tu, ada sorang budak uia tu tengah hot sbb boleh keluar kereta dengan tone excel. sebabkan aku tak ada idea nak buat mcm mana,orang atas pon tak guide, last2, terkubur.
lepas tu, Aku selalu nampak si A ni, post pasal amyrateam dekat ig dia. So, sebab tertanya2, apa yang dia buat sebenarnya, aku pon ws dia. dia cakap, dia buat bisness, and ajak jumpa. Sebab kan aku pikir, aku nak belajar pasal bisness, ak on je lah. Masa tu, aku suci daripada sebarang pengetahuan mlm2 dan sekutunya. Masa sekolah, mana ada cikgu dok cerita mlm tu apa, networking tu apa. kan. Dia ajak jumpa malam. Nasib baik area rumah aku, aku pergi je lah. Sebenarnya, aku dah malas nak pergi, sbb tengah tak sihat sangat. Bila aku kol, kata nak cancel, dia cakap kat aku, dia dah otw, dari seremban. Aku kesian kat dia, aku pon jumpalah. Dia kata, dia buat date dengan aku sorang je, kalau ada orang lain, dia tak kisah sangat. Bila aku sampai je tempat tu, tuup2, ramai pulak weyh member dia. dan, dia datang lambat dalam setengah jam lebih gak laa. Janji pukul 8.30. Hampeh.
Lepas tu, dalam 9.30, mulalah sesi bercerita. dia mulakan pon, sebab aku dah paksa2. ye la weyh, aku ni perempuan, x manislah keluar malam. kan. dia cerita punya cerita, pukul 10 lebih baru habis. Lepas tu, dia tanya aku, nak join ke x. ikutkan hati, aku tak nak join. Secara logik, mana ada orang nak start bisness, income ‘juta2’ buat keputusan satu malam. Pastu dia minta deposit. Aku pon tak tau nape aku bebal sangat bagi. Padahal poket aku tinggal rm50 je weyh. lepas je byar, dia ajar lah apa sebenarnya diorang buat. macam mana,. dekat pkol 12 aku balik rumah. Mengamuk orang tua aku weyh. Parent mana tak risau kan. Lepas tu, si A ni, ajak datang training, aku pon pergilah. biasalah, baru kene brain washkan. Hampir setiap minggu aku pergi. Tapi, dah sebulan, aku still tak ada income. Sebabkan aku selalu fikir positif, aku fikirlah, mungkin bukan rezeki.
Dekat bulan ketiga, baru sorang yg macam aku join. Lepas tu, lama2, aku reflect diri aku, apa aku buat, ‘Bisness’ aku buat, betul ke salah. Aku bukan ustaz @ ustazah boleh jatuhkan hukum. Aku fikir dalam2. Lepas tu, kuasa tuhan kot, dia tunjukkan perangai orang atas, @ leader. Diorang dah buat income banyak, diorang akan tinggalkan kitorang yang bawah2 ni. Tak memasal, kene bukak akaun baru bawah orang lain yg dalam amyrateam jugak. dengan alasan, ‘kalau bukan bawah dia, buat apa nak jaga’. kami ramai2 terpaksalah bukak. Kalau leader bukak, kitorang tak bukak, nanti orang atas tu marah la~. Aku kesian giler dekat makcik2 yang join 3M. 1M = rm 6060. 3m= rm18,180.
Ada sekali tu, si A ni, paksa aku datang jumpa, dia kata, nak bincang kejap. Ayah aku tak bagi aku balik lambat. sbbkan si A ni kata, sekejap dan awal, ak pergilah. ayah aku dah ugut dah, ppukul 10.30 kene balik. masa pergi ni, aku pergi dengan mak aku. lepas tu, diorang duduk, dekat mcd. Janji pkol 8.30. Sekali sampai, pkol 9 lebih malam. lepas tu, pergi makan dulu, dekat pukul 11, baru nak start bincang. habis dalam pkol 12. tu pon nak bincang2 lagi. Guess what, balik je rumah, aku kene belasah teruk giler nak mati dengan ayah aku. sampaikan ayah aku ugut tak nak bayar duit masuk belajar. and aku pon kene pergi hospital atas saranan bf aku masa tu. bila pergi hospital, doktor tu sampai suruh aku buat report, sebab terok. Tapi, ak tak nak. ye la, pada aku, tu salah aku.
Makin lama, aku jadi makin tawar hati. Ada sekali tu, ada datang event dia, dekat HQ diorang, aku ni jenis suka borak2 tau. Jadi, aku terborak lah dengan sorang budak ni. Sebab nampak pakai biasa je. Sakai budak sekolah. Guess what, budak tu perempuan, dan form 5 tahun ni. Aku tanyalah dia, parent tahu ke buat bisness ni, dia kata tak tahu. Bila aku tanya, macam mana boleh datang sini? Dia kata, da tipu ayah dia. Dia kata sekolah buat kelas dekat situ. Aku mengucap panjang je weyh. Rupa2nya, ramai jugak budak sekolah macam dia. Dik, niat kau baik dik. Tapi, lagi baik kalau kau cemerlangkan dekat SPM tu.
Limit dia, bila dia asyik kata ‘ semua parent tak bagi. tapi, yang nak buat bisness ni kau’. Kau pon mak ayah kau bagi kereta sebiji, lepas tu sembang pasal,”parents aku pon tak suka”. Lepas tu, aku ada baca, tak ingat baca dekat mana. Ayat dia lebih kurang ‘ rapuhnya hubungn mlm ni, yang dipanggil ‘keluarga’ akan putus, bila orang bawah, tak dapat cari orang’. Dalam naif aku, ak still bijak okay. Aku buat experiment dulu dekat diorang ni. And guess what, BETUL GILER. Si A ni, kol aku marah2, pasal aku tak aktiflah, tak jumpa dioranglah. aku diam je, malas nak layan. Siap diremovednya aku dari group. hahahaha
One day, aku reflect diri aku. Kenapa jalan hidup aku bergitu. And, sebabkan aku ni seorang yang optimistik, aku anggap, aku join diorang ni, more pada nak dapatkan ilmu berbisnes secara online. And, ak pon move on, aku buat instashop baru. Aku guna segala teknik yang aku belajar, untuk dapatkan follower, like, dan sebagainya. guess what, alhamdulillah, x sampai sebulan aku launch instashop aku, aku dah ada ramai gak customer. Bila keluar cerita pasal penceramah tipu title DR, orang back up, kata, ‘dia banyak tolong melayu’ atau ‘ dia buat ramai melayu kaya’. Aku pon fikir, mlm ni, bantu orang ke? Aku selalu gak guna ayat tu, sebab kebiasaan tulah aku jadi berfikir.
Jadi, aku nak share sikit tips perniagaan online yang aku belajar dari amyrateam ni untuk korang2 yang nak berniaga tu.
1- kalau instahop, tak perlu private. aku tak faham instashop yang private ni. Korang nak berniaga, tapi tutup kedai. Katakan lah ye, kalau korang tak private instakan, pukul 2 @ 3 pagi, orang2 yang tak tido lagi, dok main fon, diorang boleh belek2 kedai korang, mana tau rezeki korang dia minat nak beli, tengah tido pon boleh buat income bah
2- untuk banyak kan follower, korang kene follow orang bnyk2. Follower sangat penting. mereka ibarat penjalan kaki dekat luar kedai korang. lagi bnyk follower, lagi ramai akan nak beli. caranya: follow dulu insta artis2 malaysia @ instafamous. lepas tu, follow orang yang like gambar terbaru diorang. YANG TERBARU ok. sbb orang2 ni, aktif user.so, percentage dalam 20-30% akan follow back. buatlah cara ni, sampai follower korang banyak.
3- untuk yang baru start, testimoni pelanggan adalah salah satu cara untukbuat pelanggan kau yakin dengan kau. Kalau dalam amyrateam, ada belambak statement income diorang post.
4- selalu post gambar. supaya customer yang bukak ig korang, tau kewujudan ig korang, dan sedarlah yang korang ni, hidup je.
5- buatlah apa2 bisness pon, network tu penting. Yang ni, aku double confirm dengan bos aku. Company aku kerja sekarang ni melayu, company tak kecik, tak besar. Korang buatlah apa2 bisness sekali pon, korang kene ada network. maksudnya, korang kene kenal orang. Sebab, boleh jadi orang tu bakal pelanggan korang.
6- berada dalam lingkarang positif. Ni adalah sebab kenapa aku diremoved dalam group. Sebab aku ni, bawa aura negatif lah kononya. hahhaha.. diorang akan kata, diorang tapis kawan. betul tu, korang kene tapis kawan korang dekat insta dan fb korang. Berkawan dengan berkemungkinan pelanggan sahaja. kalau tak, tambah2 kerja korang.
Dear parents and teacher, tanamkan lah kesedaran pada anak2 murida anda tentang hal2 macam ni. Sebab, sekolah kan tempat persediaan ke alam universiti. Dulu, ye, MLM ni, antara orang2 dewasa. Tapi, sebabkan ramai org2 dewasa dah ada kesedaran, diorang serang pulak budak2 sekolah. ye lah, masa sekolah, diorangkan restricted. lagi2 bab duit. zaman sekarang pulak, zaman hipstur. semua pandang brand.
Lastly, satu ayat yang aku belajar dari amyrateam. Rezeki tu, Allah dah bagi dah kat atas muka bumi ni. Tinggal kita je kene jemput rezeki tu, jadi rezeki kita.
Sorry for the long post. Aku tulis memang campur2 sikit. Harap ada kebaikan untuk korang.
– Si Penglipurlara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit