(https://iiumc.com/pengalaman-berniaga-online/).
Salam.. Kak Elle menulis lagi. Saja nak share a few things dalam bisnes online.
1. Instagram Ads.
Akak guna instagram sepenuhnya. Run Ads. Sesapa yang guna IG ni, selain guna hashtag etc, tolong la run Ads. Sangat membantu.
Macam mana nak buat targeting? Ada banyak kelas online boleh masuk. Kalau takde budget, Google info sebanyak yang boleh. Keywords sangat penting.
Dulu akak tak run Ads. Now akak run on daily basis. Takde update instagram pun sales masuk berbondong2. So sila belajar Ads.
Sekarang algorithm IG tengah fokus more on reels. Akak pun baru nak berjinak2 buat Ads pakai reels. Kita sama2 belajar ok.
2. Pos barang.
Akak guna Myparcelasia & Easyparcel. Topup min RM20. Harga pos dalam RM6+ up to 3kg. Boleh set pickup so tayah la korang susah2 nak drop barang. Tapi J&T tempat akak malas pickup so kena pergi hantar la jugak. Nasib baik dekat.
Jangan lupa amik no phone posmen & berbaik la ngan posmen sebab diorang la yang akan memudahkan urusan anda. Sekarang akak suka Poslaju sebab laju. J&T banyak problem before this tapi biasa la, benda bermusim.
Sekejap OK, sekejap lagi kang KO. Make sure korang tengok trend. Time Poslaju tengah tak ok, pegi pakai courier lain. Time J&T tengah tak ok, jangan pakai. Especially time perayaaan. Tiada maaf bagimu.
Kalau barang delay, rajin kan report untuk customer. Senang je, korang chat ke Customer Service, diorang ajor la camna nak email report tu.
Akak suka Easyparcel sebab kita email lalu Easyparcel. Refund ke apa, sume lalu diorang. Myparcelasia kena report direct courier, betulkan kalau akak salah.
Kalau depa lambat and tak follow up, korang report la pulak ke SKMM. Pastu copy report tu paste kat Customer Servis. Percaya lah cepat je duit korang dapat balik. Yang penting korang kena rajin kejorrr ( akak dah biasa barang hilang sobs).
3. Pos barang ke obersea.
Kalau setakat Singapore ngan Brunei, akak book pakai Easyparcel ngan Myparcelasia je. Ke Singapore banyak yang murah, kengkadang lagi murah daripada nak pos ke Sabah Sarawak. Akak pos ke Singapore 1-3 kali seminggu,
biasanya guna Teleport sbb murah and laju la jugak. 1kg dalam RM 22 je. Aramex mahal tapi Teleport yang murah tu sampai dulu cheh. Ni ikut country tau.
Ke Brunei akak guna Aramex, mahal sikit. Tapi kalau barang berat, biasa akak tanya dulu depa ada runner kat Limbang ke tak. Jimat sikit shipping.
Kalau korang guna 2 website ni, rajin2 compare harga especially nak pos International atau ke Sabah Sarawak. Ada masa Easyparcel murah, ada time Myparcelasia lagi murah. So biasakan compare.
Pastu korang jangan caya bila courier international ni tulis barang boleh sampai within 1-3 days. Tipu. Local transit nak pergi Airport pun dah 3 hari. Tipuuuuuu.
Make sure selalu kan bagitau customer wait within 6-14/21 days. So takde la frust sangat orang tu bila barang sangkut lama kat airport/Kastam.
Untuk customer Brunei Singapore biasanya direct bank transfer je. Bagi no akaun, bank, swift code check online, alamat umah yang link dengan bank, bank branch. Ada la charge kat diorang dalam 3 dolar.
Kalau transfer pagi, malam masuk. Kalau transfer petang, esok masuk.
Country lain mostly pakai PayPal (make sure korang check charge bebetul) tapi akak paling suka Transferwise. Duit masuk laju and tak kena hold cam PayPal.
4. Cara buat target.
Akak buat bulanan dan tahunan. Untuk bulanan, contoh target akak 10k. Nampak cam susah kan. Akak bahagi kepada 22 hari bekerja. Oh sehari kena target RM 450 je.
So buat pulak target mingguan. Apa perlu akak buat supaya akak bole dapat RM 450 sehari. Berapa pcs item akak kena jual sehari? Contoh, 1 item RM 50. Akak kena jual 9 pcs sehari.
Akak pun susun la minggu tu nak jual apa, nak bagi offer apa, nak run ads apa. Pukul 8 pagi lepas anak ngan husband pergi sekolah/keje, akak buat post2 instagram, listing baru, (ads run hari2 dan sangat membantu), content etc.
Cam akak, akak jual produk sendiri dan ada 4 orang staff part time yang work from home. Diorang yang buatkan produk akak, so keje akak fokus ke listing, pos barang, dan marketing.
Kalau korang ada bajet, penting untuk outsource production kepada orang lain. Korang fokus kat sales.
Kalau korang ada duit lagi, biar orang lain buat sales, korang manage la benda2 belakang such as marketing etc. Fokus kat benda yang korang boleh handle the best la.
Target tahunan. Akak jual hasil jahitan, baju and kdaftangan. So akak dok target rayaaaaa je. Time lain sales aku krik2.
Masa akak join gomen punya course, Mentor akak ketuk kepala akak. Duduk depan dia, tengok kalendar 1 tahun.
Rupa2nya aku patut takleh dok diam pun. Bulan January dah kena fokus CNY. Kalau takde jual cheongsam, jual la beg ke.. ape2 yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Ko jahit la hiasan rumah. Sarung bantal sofa, table runner, banyak benda yang sesuai jadi decoration.
Lepas CNY ko dah kena target raya. Raya takleh lambat. Kena awal. Sebab dah hujung2 tu courier cam @#&Β£_-@(Β£%
Lepas raya ada hari Gawai, Deepavali, Krismas. Ko cari la semua jenis perayaan yang sesuai boleh jual baju atau gift.
Tu baru perayaan tau. Belum masuk corporate gift, door gift orang kawen, dan macam2 gift lagi.
Kalau kau jual tudung, jangan jual as tudung je.
Jual juga as hadiah birthday, hadiah mothers day, hadiah teachers day, hadiah anniversary dan bermacam2 day lagi.
Be creative and widen your market. Semua jenis day day day ni la masa untuk kita run targeted ads. Masukkan semua dalam kalendar.
Ok nak tido. Nanti akak sambung lagi okay. Salam..
– Kak Elle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit