Sedikit Untuk Adik-Adik

Assalamualaikum. Aku Atikah, 26. Dah lama sebenarnya aku nak mengarang pengalaman aku yang secoet ni dalam iiumc ni, tapi sibuk melayan tulisan orang lain sampai aku lupa tentang hasrat hati aku. Aku dibesarkan oleh atuk nenek aku. Masuk sekolah terus duduk dengan parent aku. Duduk asrama, masuk U dan sampai tamat BBA aku. Alhamdulillah, PTPTN degree aku convert to scholarship. Senang cerita, walaupun perents aku duduk di bandar, aku dah terbiasa cara tradisional dan berjauhan dengan family aku.

Pengajian aku semasa degree, memang aku dah aim awal-awal, aku nak train diri aku sebaik mungkin dari segi masa, multiskills dan akademik. So, bila sampai semester yang aku kena intern, aku ambil company swasta. Macam-macam dah aku dengar masa intern tak banyak kerja lah, kerja dengan mesin fotostat la, apa la. Tapi aku tetap jugak rasa excited terlebih-lebih untuk kutip pengalaman. Dan dapatlah aku intern kat situ dengan elaun rm200 sebulan.

Bercerita tentang intern aku, department account sana memang ramai. Serius aku pun macam, wau. Terkejut, kaget semua ada. Aku diperkenalkan satu-satu akak-akak dan abang-abang kat sana. Oh, lupa pulak nak cakap, kami intern berserta dengan final year project so memang menguji masa dan kualiti aku sebagai seorang mahasiswi bila aku duduk office. Jadi, aku sediakan buku aku untuk kutip segala-galanya kat sana.

Well, faham-fahamlah. 150 hari intern, mestilah kita akan kenal semua orang, hadam perangai masing-masing dan yang penting lady boss pun akan cam kita. Tapi, aku selalu beringat-ingat kan diri aku. Buat sesuatu sampai kita puas dan bila kita pergi, biarlah kita pergi dengan lega. And yes, alhamdulillah. Aku dapat empat rata untuk final year aku. Bi iznillah.

Tamat hidup aku sebagai mahasiswi. Masa inilah ujian dugaan dan rintangan datang sabung menyabung dalam hidup aku. Keluarga, Bina Masjid aku dan yang lain-lain memang kesemuanya lari dari rancangan aku dan dia. Aku ni juga jenis tak boleh duduk diam, lepas je habis, aku kerja part time sampai dua kali bertukar tempat. Dan satu hari, aku dipanggil untuk temuduga latihan dua bulan di sekuriti suruhan jaya malaysia. Aku pergi sana. Dan aku dapat. Pada masa yang sama juga, mak angkat aku punya boss mencari assistant account di sana. So dia tanya aku, nak ke. Dan aku menggeletik terlebih aku terus submit resume, esok dapat call dan aku hadir ke temuduga. Alhamdulillah, aku diterima dan aku minta gaji yang bagi aku, kalau kawan-kawan aku tengok payslip aku, mesti mereka dah terkekek-kekek gelak sebab tak sepadan dengan pencapaian aku masa study dulu. Tapi aku rileks je, sebab aku nak pengalaman.

Maka bermulalah kerjaya aku pembantu kerani. Aku orang melayu pertama dalam pengurusan. Selebihnya cina dan seorang india. Yang bertudung labuh dan lain2. Hari pertama, okay, baik baik saja. Second, bolehlah. Third.. baru aku sedar, multi tasking aku masa intern, yang dilambung lambung pujian tu tak dipandang pun. Grade aku, kelab apa aku join, bukan sebelah mata, jeling pun tak. Kerani aku, jenis berbual, yang suka bertanya, yang bercakap ala-ala puteri duyung atas batu ayunya terus hilang.

Iya, mak angkat aku ada pesan, orang cina tak suka kita tipu dia. Aku sekadar ia kan saja yelah kan tak baik tipu orang. Jadi, lepas dari hari ketiga tu, belang dia dah aku nampak. Macam-macam aku kena beb. Kena campak pen, kena marah, aku berlambak-lambak kerja dia lambakkan lagi kerja kat aku. Salah dia dikatanya salah aku. Ayat dia sama je, suka ugut guna nama bos, “teliti” dan tak lupa juga “ni barang p&c, jangan lepas ke mana2”. Tapi masa tu, aku pendam je bebanan aku.. orang melayu bahagian tender ke ape ke, aku tak bercerita. Aku memang senyap sepi. Aku stress aku hanya bercerita pada teman rapat aku ataupun mak angkat aku. Tu je.. kalau nak kata fobia tu, memang la. Sampailah aku confirm, dua kali kenaikan gaji. Sampai aku pernah letak jawatan sekali tapi tak jadi sebab pujukan dari madam aku, masa tu dia hanya kata pada aku, you fresh grade maa, you pergi mana-mana experience you baru setahun apa yang you boleh buat. I pesan pada you, dua tahun you dekat sini, i yakin you boleh buat semua benda. Aku percaya dan pegang kata dia. Satu hal lagi, kerani aku ni, mood dia swing jugak.. lepas aku tak jadi, memang dia sangat baik dah.

Sampailah aku melangkau setahun, aku dah boleh hidup dah dekat sana. Boleh dah nak timbangkan mana pnc mana yang boleh nak bercerita. Aku dah boleh gelak2 dengan management. Aku pun dah dilabel Admin manager, PA boss.

Tetapi, walaupun nampak macam selesa, aku tetap berhati-hati supaya apa-apa terjadi aku dapat kawal sebab korang kena sangat-sangat tahu yang company cina sangat maximum utilize pekerja dia. Aku akaun tapi aku ada buat kerja hr, aku angkat call, kerja purchasing, kerja tender, sampai mop depan assistant boss aku pun aku pernah. Satu lagi, korang kena tahu, dia orang ni jenis kalut terlebih-lebih, so disinilah cabaran buat kita muslim. Benda ni lah yang memang pujuk diri aku supaya sabar dan jangan gelabah sangat. Hahaha. Ko kena jadi pendengar yang terpaksa dengar semua benda tapi jangan masukkan ke dalam hati apa yang didengar. Ko kena observe perangai setiap orang, tapi ko diam diam je dengan observation ko, sebab aku ni jenis yang dari dulu kalau tak suka, aku memang takkan pandang pun benda tu, tapi sebab ni dah bekerja, aku kena buang ego aku, kenal sorang demi sorang collegue aku dan cari point untuk aku masuk dengan dia. Satu lagi hikmahnya ialah, memang aku penat kerja tapi aku terubat bila masa-masa aku kerja aku biarkan hp aku, aku limitkan masa main-main aku, masa mengular aku. Tipulah kalau aku tak pernah terasa tak cukup dengan gaji aku dapat, tetapi setiap kali perasaan tu datang, aku akan flashback balik, untungnya aku Allah bagi kerani-kerani yang tak bagi aku duduk diam. Ada je kerja untuk aku supaya aku tak leka dengan masa lapang aku.

Disebabkan oleh aku anak perantau di tengah kota raya ini, aku simpulkan pemerhatian aku, orang-orang sekeliling aku ni macam suka bercakap tentang diri masing-masing walaupun baru je kenal. Aku tadahkan jelah telinga aku dan respon mana yang patut supaya mereka rasa seronok. Cuma dalam hati aku, aku tak nak jadi macam ni. Bagi aku, Tak perlu buka banyak sangat tentang diri sendiri takut terbuka aib diri.

Aku cuma nak nasihatkan sesiapa di luar sana yang baru tamat belajar, lapangkan dada, mulakan sesuatu dengan niat serta banyakkan niat. Buatlah sesuatu bukannya Bercakap hanya tahu. Dan satu lagi, bila ada temuduga, ko dah deal untuk datang, dan tiba-tiba ko cancel,tolonglah inform. Janganlah jadikan Islam ke Melayu ke Kampus mana2 ke dilabel oleh mana2 company. Aku memang malu teramat-amat kalau hr aku call banyak kali tak angkat-angkat dan akhirnya U** ni memang student dia macam ni ke… mereka tanya aku. Dah kalau aku U tu, aku nak jawab apa? Terkebil-kebil situ. Satu lagi, walaupun aku ni kena macam2 dah, tapi aku sedar banyak benda aku dah belajar baik dari segi apa yang aku ambil masa dip or bba, mahupun kemahiran-kemahiran aku. Serius, sangat mahal.

Akhir kata untuk aku yang ditengah kota metropolitan ini, aku masih takut2 dan selalu berdoa supaya aku masih tetap begini dan lebih baik dari ini. Doakan aku untuk membina masjid & urusan aku bertukar ke tempat yang lebih baik dimudahkan. Semoga redha Allah milik kita ♡

– Atikah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit