Kita semua makhluk Allah SWT yang lemah. Kita adalah makhluknya yang selalu berbuat dosa kepada-Nya. Kita selalu tidak menahan diri daripada melanggar perintah Allah SWT.
Walaupun kita sedia maklum bahawa manusia tidak akan lari daripada berbuat kesalahan dan dosa,
Alangkah malunya kita apabila masih tidak mahu bertaubat akan dosa kita setelah diberi peluang, setelah Allah SWT cukupkan nikmat kita melalui segala macam perkara.
Lagi-lagi bila dah tahu diri tu bersalah, tapi masih tangguh untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya.
Kita ini siapa ya? Lupakah kita akan janji Allah SWT di dalam Al-Quran bahawa kelak kita akan dihisab disana?
Bukan untuk mengata sesiapa, tapi itulah hakikatnya. Kita bukan tidak sedar kita salah… Kita tahu kita salah… Tapi kita masih tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan diri kita di akhirat kelak.
Tanpa sedar, masa berlalu.. dunia semakin tenat, menunjukkan akhirat semakin dekat. Masih tidak sedar lagikah.. umur kita semakin pendek.. bukan semakin panjang.
Kematian adalah perkara yang perlu selalu diingat, kerana kematian itu lebih buta daripada cinta.
Bilakah kita mati? Itu bukan persoalannya, persoalannya ialah adakah sudah siap bekalan yang hendak dibawa di alam yang kekal abadi?
Takutnya kami Ya Allah.. selama ini kami leka dengan dunia, kami mengabaikan peringatan daripada hamba-hambaMu walaupun sudah tertulis didalam Al-Quran;
وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا لَعِبٌ وَّلَهْوٌ ۗوَلَلدَّارُ الْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?”
QS. Al-An’am Ayat 32
Bertakwalah kepada Allah SWT. Itulah kejayaan yang sebenarnya bagi manusia yang memahami dan mengerti hakikat kehidupan.
Segeralah bertaubat sebelum terlambat. Kita hidup untuk mati. Kita mati untuk hidup semula.
Bukalah minda anda dan fikir apa tujuan anda hidup di dunia ini.
Untuk melampiaskan nafsu dan berhibur sepuasnya semata-mata atau menjadi hamba Allah SWT yang taat yang sentiasa kembali kepada-Nya dalam setiap keadaan.
Dan segeralah memohon keampunan kepada Allah dengan seikhlas hati.. kerana kita ini banyak sangat dosanya dengan Allah SWT. Tidak terhitung dek akal.
Janganlah bangga akan kehebatan diri sendiri sedangkan kelemahan, kekurangan dan kejelekan kita pun ada.
Jangan sangka diri tiada salah dengan Tuhan ya.
Dan katakanlah.. ‘Maafkan aku ya Allah.. aku berdosa selama ini.’
– Siti Radhiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya setuju puan, sangat benar, klu boleh..panjang lagi kena hurai ni