Sehingga bertemu di titik terbaik masing-masing, ya?
Bagaimana hari-harimu?
Adakah dirimu sudah kuat, setelah apa yang berlaku?
Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu.
Apapun kamu lakukan, dan di manapun kamu berada..
Ketahuilah, doaku akan sentiasa memayungimu. Selalu..
Banyak hal-hal yang ingin kuceritakan.
Banyak hal-hal yang belum kau ketahui.
Namun sehingga saat itu tiba, ianya masih kekal sebagai satu rahsia, yang hanya Tuhan menyaksikannya.
Takdir Tuhan memisahkan kita,
Dan ianya sakit yang paling sejujurnya.
Namun aku tahu,
Bahawa ianya sememangnya jawapan Tuhan,
Atas segala doa-doa yang kulangitkan untukmu. Untuk kita.
Aku tidak pernah berhenti berdoa agar rasa ini mendapat keredaan-Nya.
Aku tidak pernah berhenti berdoa supaya rasa ini berada dalam perlindungan-Nya.
Aku tidak menginginkan maksiat.
Aku tahu kamu juga tidak menginginkannya berlaku.
Indahnya kisah Sayidatina Fatimah dan Sayidina Ali, begitulah juga harapan yang kusimpan untuk kita.
Meskipun mungkin tidak semulia itu, tapi aku berharap semoga Tuhan menyimpan yang terbaik untuk kita.
Aku mengetahui hatimu selama ini.
Meski mulanya aku tidak pernah bercadang akan memilihmu, pada akhirnya.
Kini, kamu adalah pilihan Tuhan yang tidak akan pernah aku sesali.
Kerna Tuhan telahpun memberikanku petunjuk-Nya,
Kedamaian, ketenteraman, dan kebaikan atas pilihan ini.
Jujur aku juga merasa takut, meski berkali-kali Tuhan telah mengurniakan petunjuk-Nya, menganggapnya sebagai kebetulan semata-mata.
Aku pernah merasa berputus asa jika sebenarnya ini pengakhirannya.
Sehingga satu saat aku terdetik memohon Tuhan untuk menenangkan hatiku, meyakiniku bahawa takdir pertemuan itu adalah urusan mudah bagi-Nya..
Dan dengan kekuasaan-Nya, Tuhan benar-benar menyedarkanku saat itu juga. Melalui petunjuk-Nya, sekali lagi.
Kini, hatiku sudah kuat. Meski mungkin tangisku kadang menyapa lewat doa yang kulangitkan. Untukmu.
Maafkan aku,
Jika selama ini kamu merasa tidak dihargai.
Maafkan aku,
Jika raut wajahku tidak pernah menunjukkan ‘rasa’ku,
Kerna itu satu-satunya caraku menjaga diriku,
Kerna hanya itu cara agar Tuhan meredaiku.
–Aku tidak pernah berniat untuk menyakiti.
Apapun itu,
Aku bersyukur kepada Tuhan.
Kerna akhirnya aku menyedari erti cinta yang sesungguhnya.
Tentang tiadanya pertemuan,
Namun masih tersimpan mekar seizin Tuhan.
Kamu yang tidak kusimpan di dalam hati,
Namun berada dalam pemeliharaan Tuhan,
Melalui doa-doaku.
Sejatinya pemilik hati haruslah Tuhan,
Dan manusia yang paling layak bertakhta hanyalah Baginda.
Inilah jawapan Tuhan.
Ini saja cara mencintai yang Dia diredai.
Saat kita masih belum bersedia.
Semoga Allah mempermudahkan doa-doa yang telah dilangitkan.
Semoga perpisahan ini menjadikan kita semakin dekat kepada-Nya, lebih mencintai-Nya, meyakini takdir-Nya, saling mendoakan, dan saling memantaskan.
Semoga Allah menjadikanku baik untukmu.
Semoga Allah menjadikanmu baik untukku.
Kerna jodoh itu, cerminan diri :)
Makna pernikahan itu tidak semudah hanya dengan kata cinta.
Tujuannya adalah agar kedua-duanya semakin dekat dalam mencapai reda-Nya,
Semakin dekat dengan syurga-Nya.
Dan hanya Tuhan paling tahu, waktu yang paling ‘tepat’ itu.
Sehingga saat itu tiba,
Jaga hatimu,
Pandanganmu,
Ikhtilatmu,
Dan akhlakmu..
Kerna aku juga melakukan itu.
Semoga kamu berjaya meraih cinta-Nya,
Dan semoga pada akhirnya,
Cinta-Nya membawamu kepadaku,
Dengan cara yang paling diredai-Nya.
– Rahsia Tuhan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit