Sejak Berat Badan Berlebihan

Salam semua. Aku Chempaka, umur hampir 40 tahun, wanita berkerjaya, bujang.

Aku cuma nak luahkan segala yang terpendam di dalam hati ini… Harap tak judging la. Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Hari ni aku down sangat-sangat.

Tengok tajuk, semua boleh agak cerita apa kan. Ya, naik berat badan. Beberapa tahun lepas, aku memiliki BMI normal, dalam 19-20 saja.

Sejak 2019, berat badan aku naik mendadak sebab berpindah ke tempat baru dan perubahan gaya hidup.

Dulu aku sangat aktif bersukan, seminggu pasti 3-4 hari akan bersukan yang high impact.

Sejak berpindah ke tempat baru, aku jadi sedentary. Pergi kerja, duduk depan computer, kurang bergerak.

Balik rumah, memerap je dalam rumah, baring atas sofa, main phone, tengok TV. Memang tinggal exercise. Makan macam biasa, sama macam masa aktif bersukan.

Maka, lepas 4 tahun, berat aku naik mendadak sebanyak 22-23 kg.

Baju-baju masa badan kurus dulu semua simpan je. Terpaksa beli banyak baju baru.

Tapi, sekarang banyak baju yang baru beli pun dah kena simpan sebab makin ketat. Aduhai… Aku beli baju, seluar dulu semua yang longgar. Tapi sekarang dah jadi ketat…

Penyakit pun menghinggap. Tiba-tiba kena depression, GERD, knee arthritis, shoulder injury, kadang-kadang migraine, tiba-tiba nak pitam, penat memanjang.

Otot-otot pun kejap sakit sana, kejap sakit sini. Tumit pun sakit kalau berdiri lama. Sampai tahap aku fikir balik, bila masa aku tak pernah rasa sakit. Setiap masa rasa sakit.

Orang tak nampak aku menahan sakit, sebab aku pendam saja. Ya lah, takkan kita nak mengerang sakit sentiasa kan. Sehari makan beberapa jenis ubat.

Sejak seminggu lepas sampai hari ni, GERD aku menyerang. Lambat makan sikit saja terus sakit kat ulu hati. Aku nak qada puasa pun terbantut.

Orang sekeliling pun mula menegur. Kenapa makin lebar, kenapa makin berisi, muka dah tembam, baju dah ketat, punggung dah besar, paha dah besar, lengan besar, muka makin kusam, dan macam-macam lagi teguran.

Kekadang terasa hati, kekadang aku fikir itu motivasi untuk aku usaha turunkan berat.

Sekarang ni, aku sedang sakit kepala, entah apa punca.

Hari Jumaat lepas, aku berjalan kat mall, tiba-tiba rasa nak pitam. Aku cepat-cepat buka kasut, berkaki ayam pijak lantai. Control pernafasan, barulah berkurang pitam tu.

Sebelum didiagnosis depression, aku tak pernah cukup tidur. Paling lama aku dapat tidur dalam 4 jam. Selalu binge eating. Pergi kerja mesti pening lalat. Bad mood selalu.

Kalau kat rumah, aku tiba-tiba menjerit, aku tumbuk bantal bertalu-talu. Sakit badan yang tak tahu macam mana nak hilangkan walaupun dah makan pain killer. Rupanya major depression disorder.

Tapi, punca depression aku ni antaranya sebab sedentary lifestyle, hubungan dengan lelaki, keluarga, dan beberapa lagilah. Kumpul semua ni, aku memang tak boleh tahan dah. Aku sedang ambil ubat untuk kawal. Setakat ni, berfungsilah ubatnya.

Sekarang, aku dah ada kesedaran mengenai nak jaga kesihatan aku balik. Dah lama sangat aku lupa nak utamakan diri sendiri.

Asyik kena puaskan atau jaga hati orang lain saja. Kena tolong mereka saja, tak tolong diri sendiri. Tapi mereka takde pun jaga hati aku. Selalu kena gaslighting, selalu kena sindir, selalu kena tuduh yang bukan-bukan.

Sekarang, aku dah set boundaries dengan mereka. Memanglah aku nampak jahat, tapi aku tak peduli. Aku layan mereka pun, aku jahat juga. Aku set boundaries pun aku jahat. Jadi, baik aku jauhkan diri daripada mereka.

Disebabkan banyak sangat penyakit aku sejak berat badan berlebihan ni, aku mulakan dengan cukupkan at least 7000 langkah sehari. Dapat cecah 10000 langkah ke atas lagi bagus. Sekali sekala aku main dumbbell 2 kg, 2.5 kg, atau kettlebell 4 kg, 6 kg.

Aku tak boleh lompat dan berlari lagi, sebab baru lepas rawat knee arthritis. Belum umur 40 tahun pun dah kena knee arthritis, sampaikan doktor pun cakap kesian kat aku. Ya, aku pun kesian kat diri aku sekarang.

Cumanya bab pemakanan tu aku kadang-kadang tak jaga sangat. Nak mengawal nafsu makan tu, itu cabaran aku. Kekadang binge eating, pun cabaran nak dikawal. Kadang-kadang masak sendiri, kadang-kadang order je online.

Yang order online ni jugalah antara punca berat aku naik, sebab kebanyakan makanannya penuh dengan carbohydrates dan aku tak kawal portion. Aku sedang belajar bab kawal pemakanan ni.

Aku harap yang membaca luahan tak seberapa aku ni doakan aku dapat berat badan normal aku balik dan sembuh daripada segala penyakit. Walaupun kita tak kenal, harap dapat doakan aku…

Terima kasih semua..

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. saudari, saya pun macam saudari, saya pernah BMI normal, tap sekarang saya dah obese tahap 2. saya start ubah gaya hidup saya, kurangkan makan berat, kurangkan minyak gula dalam makan. sebab saya dah start sakit sakit, umur baru 33.. sekarang saya fokus nak betulkan hidup saya dulu.. harap kita berjaya. amin ya rabbal alamin.

  2. Aminnn.. Mudah2 kita semua yg dalam usaha nk dptkan BMI Ideal n kehidupan yg lebih baik Allah permudahkan.. Kita buat sama2.. 1st sekali,kita cut sugar n ikut idea suku2 separuh dlu.. Try buat 2 minggu je dlu. InshaaAllah akan dpt rasa ade yg berubah.. Akn start rasa bdn ringan sikit n lebih cergas. Tu by experience.. Kita buat sama2 semula ok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *