Jam menunjukkan pukul 3.50 petang. Aku lontarkan pandangan ke luar jendela. Terik sungguh matahari, suhu bilik mencecah 35 darjah celcius.
Ya Allah seingat aku, time sekolah menengah dulu, kita belajar suhu bilik adalah constant 27 darjah celcius. Dah 20 tahun berlalu, know2 suhu bilik dah naik jadi 35.
Mungkin 20 tahun akan datang, kita bakal jadi well done steak di suhu bilik.
Eih tak tahulah kenapa aku emo pasal suhu bumi di malaysia ni. Mungkin sebab aircond kat klinik tempat aku kerja ni dah lama rosak, and takde peruntukan nak baiki, so terpaksala aku sabar je dgn kehangatan suasana klinik ni pffftt.
Kalau caj klinik kesihatan di naikkan, adakah terdapat kemungkinan aircond klinik aku dapat dibetulkan? Hanya Tuhan dan menteri sahaja yang tau.
Ok done membebel pasal suhu bumi. Kita kembali kepada tugas hakiki di klinik.
Aku pon tekan butang panggilan di skrin komputer untuk panggil pesakit masuk.
Panggil sekali.. sepi. Tekan butang kali kedua.. sunyi.. kali 4, 5 ,6, 7 dan 8.. senyap sunyi seperti kuburan. Aku tarik napass.. hembus.. dan aku pon keluar bilik untuk memanggil nama pesakit menggunakan peti suara aku.
“LEONARDO DI CAPRIO!!!! LEONARDO DI CAPRIO!!!!”.
Bergema suara aku di segenap pelusuk alam sehingga ke planet musytari demi memastikan pesakit ni dengar suara aku. Lautan pesakit lain yang sedang menunggu hanya terkebil2 memandang aku yang tengah menjerit tu.
Di celah-celah lautan manusia tu, terpacak seorang lelaki muda, berbadan tegap sambil mengangkat tangan. Aku pon lambai dia panggil masuk.
Elok sahaja dia masuk bilik, aku menyantuni dia, bertanya khabar. Lepas tu, aku tanya, kenapa tak masuk tadi, saya dah panggil nombor awak banyak kali.
Dia pon jawab, oh tak perasan, saya tengah tengok phone. Rilek je jawab. Tanpa rasa bersalah kat budak2 kecik yang tengah demam panas atau makcik-makcik tua yang sabar menunggu giliran untuk dipanggil masuk ke bilik doktor.
Aku tengok jam, aku dah spend masa kira-kira 5 minit untuk panggil dia masuk sebab dia tak alert dengan nombor giliran.
Itu baru sorang yang buat perangai macam ni. Kalau ada 10 orang, dah terbazir 50 minit. 50 minit ni dah boleh bagi rawatan untuk 5 pesakit.
Sempat pulak aku buat kiraan matematik kat kepala aku ni kan.
Aku bagi tazkirah sikit kat dia.
“Encik Leonardo Dicaprio, next time kene alert dengan nombor giliran ye. Every minute is very precious. Ramai pesakit menunggu di luar. Bila encik mudahkan urusan orang, insyaAllah urusan encik pon dipermudahkan.”
Pesakit angguk tanda mengerti. Beliau pon bagitau la, datang klinik nak buat medical check up, nak masuk akademi jadi polis.
Aku selak borang medical check up yang dia bawa. Hmmm banyak juga test nak kene buat ni.
Tapi klinik boleh buat 3 test je, yang lain kene buat dekat lab private kat luar. Test-test grand takde kat klinik. Tak tahulah sebab kekangan bajet atau sebab lain. Hanya Tuhan dan menteri saje yang tahu.
Aku explain elok-elok. Maaf encik, test air kencing, x-ray dengan test mata je kita boleh buat. Yang lain-lain tu tak available di sini, kene buat dulu kat luar. Dah ada result, baru kita boleh completekan borang ni.
Muka Encik Leonardo Dicaprio ni dah mule keruh. Sekeruh air sungai klang, Selangor Darul Ehsan.
Dia pon balas, ok saya boleh buat kat luar sekarang. Nanti saya datang balik pukul 6 petang, doktor completekan borang saya, boleh?
Aku tengok jam, jarum menunjukkan pukul 4.00 petang. Klinik tutup pukul 5.00 petang.
Aku cakap, tak sempat la encik. Tapi takpe kita completekan 3 test kat sini dulu ye.
Aku pon cepat-cepat isi borang untuk pemeriksaan mata, test air kencing dan x-ray, dan mengarahkan beliau ke bilik-bilik berkenaan utk completekan test.
Aku tengok dulu pesakit-pesakit lain sementara menunggu beliau lengkapkan semua test.
Jam dah menunjukkan pukul 4.55 pm.
Aku hairan kenapa lama sangat semua test tu nak disiapkan. Aku call staff yang perform test2 tu, diorang bagitau test lambat siap sebab pesakit tak masuk-masuk walaupun dah panggil banyak kali.
Aku tekan butang panggilan nombor giliran pesakit tu, sampai 5 kali, tapi tak muncul masuk. Suhu bilik yang dah sedia panas, terasa semakin bahang.
Aku keluar bilik, dan jerit nama beliau sekuat hati dan aku yakin suara yang aku lontarkan tu bergema sehingga ke planet pluto kali ni.
Hah nampak kelibat beliau tengah main henpon. Aduii letih rasa macam ni. Tazkirah yang aku bagi tu setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Aku cakap lagi. Encik tak boleh buat mcm ni ya, staff saya cakap encik tak alert dgn nombor giliran. Test yang sepatutnya siap 20 minit, dragged nak dekat sejam.
Dia jawab, alah bosanlah doktor tunggu. Baik saya main henpon.
Aku dah tak mampu nak bagi tazkirah tambahan lagi. Bercakap non-stop dengan pesakit dari pukul 8 pagi sampai 5 petang betul-betul menyebabkan tekak aku sakit dan kering.
Aku tengok keputusan test mata. Oh pesakit ni ada rabun. Baru je aku nak tulis result tu dekat borang medical check up dia, tiba-tiba dia bersuara,
“Doktor, tadi staff yang cek mata saya kata saya ada rabun. Boleh tak doktor tipu je kat borang medical check up, tulis mata saya normal.
Kalau saya rabun, tak lepas nak jadi polis.”
Elok-elok suhu bilik 35 darjah celcius, terus meningkat jadi 128 darjah celcius. Peluh yang memercik kat dahi, terus mendidih dan meruap.
Peh menyirap pulak darah aku bila dia suruh aku buat macam tu.
Walaupun dalaman aku seperti naga yang sedang menghembuskan api, aku perlu kawal intonasi aku dan kekal professional.
“Macam ni lah encik, saya tak boleh buat macam tu. Apa yang kita cek dan detect, itulah yang akan saya tulis dalam borang ni. Kalau saya tipu, saya dah langgar etika sebagai seorang doktor. Tak amanah saya buat macam tu.”
Pesakit merengus. Nampak bengang. Dia mula tinggikan suara.
“Doktor kene jugak tulis mata saya normal. Kalau saya tak lepas jadi polis, macam mana? Doktor nak bertanggungjawab ke??!! Kalau tak lepas, saya nak saman doktor!!”
Dia terus rampas borang medical check up tu dari tangan aku, dan herdik,
“Dah la. Saya buat je medical check ni kat luar. Dah la buang masa tunggu lama-lama, tak settel jugak. Servis macam haram!”
Beliau keluar dari bilik dan hempas pintu.
Aku tergamam. Tangan aku menggeletar akibat menahan marah yang teramat sangat. Bergenang air mata aku diherdik sebegitu rupa. Aku tarik nafas.. hembus pelan-pelan. Adalah setitik dua air mata jatuh menyembah bumi.
Allah, frust betul rasa. Kenapa ada orang macam ni kat dunia?? Perangai macam ni, ada hati nak jadi polis?? Aku harap yang buatkan medical check up untuk dia kat luar tu jujur dan amanah la. Aku tak dapat bayang orang macam dia jadi polis.
Jarum jam menunjukkan angka 5.30 pm. Klinik pon dah gelap sebab dah selamat tutup pukul 5. Aku je kot yang dok gigih mengadap pesakit tu tadi.
Aku bergegas cepat untuk pulang, ambil anak di sekolah. Jarak klinik dan sekolah agak jauh. Ditambah pulak dengan traffic jam. Elok sampai di sekolah, nampak dia sorang tunggu kelibat maknya. Yang lain dah balik.
Dia tanya, kenapa mama lambat hari ni?
Aku senyum je, jawab hari ni pesakit ramai. Sori ye. Esok mama ambik awal sikit.
Aku balik, mandi dan bersiap untuk makan malam. Rutin harian malam diteruskan macam biasa. Sebelum tidur, aku scroll la facebook, nak tengok hiburan dunia hari ni.
Lepas tu aku nampak, ada page terkemuka buat ulasan:
‘Sekarang doktor banyak dah takde kualiti, macam lupa diri. Asalnya kerja hakiki merawat orang, sekarang sibuk sokong naikkan caj RM1. Apa kaitan dengan kau?’
Dah habis baca. Aku tengok komen. Hurm. Rasa hati tertoreh sedikit. Aku tutup henpon. Tidur.
Ready untuk berperang lagi di tempat kerja hari esok.
– Nurul Adrenaline binti Loratadine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit