As salam semua, nama aku Popie, seorang isteri dan sedang sarat mengandung.
Buat masa ni aku pjj dengan suami, ikutkan taklah jauh mana rumah kami berdua.
Tapi aku terpaksa memilih pjj demi kesihatan aku yang sedang berbadan dua ni. (Suami aku tak tahu ni punca utama aku memilih utk pjj)
Puncanya adalah kerana suami aku ni pecinta kucing. Yes tak salah kalau jadi animal lover ni tapi biarlah kena pada tempat dan berpada.
Suami aku ada 3 ekor kucing yang dibela di apartment beliau.
Mungkin kerana size apartment 850 sqt dan tak ada balcony menyebabkan bau kucing plus bau najis kucing tu menjadi-jadi kuatnya hinggakan aku rasa nak beli tangki oksigen setiap kali kesana.
Tak sanggup aku nak bernafas. Lantai tak payah cakapla, kotor dengan tapak kaki kucing keluar masuk toilet. Adakala bau hancing sampai aku sangat2 tak selesa.
Walaupun suami kerap buang najis kucing dan mop lantai tiap kali aku kesana, tapi bau bauan tu tetap ada. Hinggakan aku rasa aku pula kucing sebab memilih untuk memerap dalam bilik ketika suami keluar bekerja.
Kucing pulak bebas ke sana sini dalam rumah tu. Bulu kucing tak payah cakapla, atas meja makan, sofa, dekat pinggan, atas sink, merata-rata.
Bulan depan aku bakal bersalin dan duduk serumah dengan suami, tapi aku sangat tak selesa memikirkan serumah dengan kucing2 suami.
Tambahan dengan ada bayi baru lahir, takkan baby nak hirup bau taik kucing, bulu2 kucing lagi.
Tiap kali bincang, akan berakhir dengan pergaduhan.
Ya aku faham perasaan sayang kucing, tapi tempat tak sesuai dan lebih banyak mudarat dari kebaikan. Kalau rumah landed takpelah jugak.
Since aku pun da give up untuk berbincang isu ni dengan suami, aku nak tanya pendapat korang, dosa ke kalau aku lepaskan kucing2 suami aku tu senyap-senyap tanpa pengetahuan suami?
Sebelum ni kucing suami pernah hilang tapi aku tengok dia sedih kejap je kemudian move on macam biasa.
Patut ke aku jadikan sejarah tu berulang kembali??
– Popie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
If anyone secretly get rid of my cats withoutbmy permission, I will be VERY angry.
I had lost a cat before, one day it went outside like it usually does, but never came back. I was very sad.
Losing a cat because the cat goes out on its own and suddenly got lost forever is not the same as the anger I would have felt if anyone intentionally get rid of my cats.
Most people who have pets consider pets not just an animal, but a friend or a family member.
Don’t do it. Instead, talk with your husband on how to improve the sanitary condition of the house