Sejauh Mana Kita Menghargai ‘Invention’ Produk Kesihatan?

Malaysia negara yang berbilang bangsa. Secara pemerhatian saya, perubatan tradisional cina lagi menyerlah dari perubatan melayu.

Jika kita lihat China, sebuah negara yang hebat ekonominya pada masa kini, terdapat banyak hospital yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional (TCM – Traditional Chinese Medicine), malah ada hospital yang menggunakan pendekatan TCM sahaja.

Mereka yang mahir dalam mengendalikan ubat herba di sana juga dikenali sebagai ahli farmasi. Mereka percaya dan bangga dengan perubatan tradisi bangsa mereka.

Ramai yang skeptikal dengan perubatan herba.

Tidak semua herba itu memudaratkan. Kebiasaannya, jika saya sakit kepala, Ibuprofen is my favorite.

Lain pula pesakit saya ni, cara dia adalah dengan mengamalkan habbatussauda. Takkan la saya nak suruh dia berhenti makan habbatussauda, lepas tu prescribe kan untuk dia paracetamol atau ibuprofen?

Perubatan tradisional selalunya menggunakan herba tumbuhan sebagai rawatan dalam kesihatan.

Habbatussauda bukan ubat moden, tetapi ia dalam kategori herba. Herba tumbuhan antara yang paling susah untuk dikaitkan kelebihannya dalam kajian-kajian yang kukuh (strong study).

Ada teori mengatakan, ia adalah disebabkan kandungan elemen dalam herba itu sendiri yang terlalu banyak dan meningkatkan faktor interaksi yang sangat tinggi. Bagi memudahkan cara pengambilan, herba tumbuhan ini dibentukkan dalam kapsul/ tablet/ serbuk/ dll.

Kenapa kita terlalu skeptikal dengan produk herba?

Terdapat banyak lagi herba di dunia ini. Pernah dulu, ada seorang doktor pakar berbangsa Cina prescribe supplement Neuroaid kepada seorang pesakit. Mahal harga supplement tersebut dan tidak semua farmasi menjualnya. Tahu tak kandungan Neuroaid tu apa?

Ia diperbuat daripada herba cina dan Neuroaid adalah supplement yang tercatat dalam MIMS (rujukan ubat bagi golongan profesional). Habbatussauda jenama Baraka juga terdapat dalam MIMS. Banyak lagi supplement kesihatan yang terdapat dalam MIMS.

Tetapi kenapa kebanyakan antara kita terlalu ‘sensitif’ dengan supplement? Apa beza herba cina dengan herba melayu? Kedua-duanya dari tumbuhan.

Teruskan kajian!

Walaupun latar belakang saya lebih kepada perubatan moden, saya cuba letakkan diri saya bersikap sederhana.

Adakah dengan makan ubat sahaja penyakit boleh sembuh? Atau herba? Atau gabungkan kedua-duanya sekali. Dalam etika perubatan, kita faham bahawa beberapa penyakit tiada ubatnya.

Adakah benar tiada rawatan langsung atau kita belum habis kaji?

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]

Sebenarnya, saya sangat bangga jika ada pakar dalam kalangan kita berterusan membuat kajian dalam mencari penawar pelbagai penyakit. Jika ubat moden bukan penawarnya, adakah kita sudah kaji sepenuhnya perubatan tradisional?

Pada pendapat saya, kita belum habis kaji. Banyak lagi yang belum kita terokai dalam mencari penawar. Ilmu itu terlalu luas dan tidak layak jika saya kata sesuatu penyakit itu tiada ubatnya, mungkin belum dijumpai.

Surah Luqman : Ayat 27

Maksudnya : “Dan sekiranya segala pohon yang ada di di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Maha Lagi Bijaksana.”

Cuba kita letakkan diri kita dalam sifat ‘eager to invent’. Bagi mereka yang kerja di sektor swasta, saya rasa mereka tahu dengan konsep ‘product development’, ‘marketing’ dan ‘sales’ (jualan).

Konsepnya adalah, kita kena reka cipta produk dan pasarkan kepada orang ramai bagi tujuan menjual.

Tanpa jualan, perniagaan tidak dapat dilangsungkan, bonus pun tiada, gaji tiada, peluang pekerjaan pun tiada. Tidak mungkin semua orang kena kerja dalam sektor kerajaan yang tidak memerlukan jualan untuk dapatkan gaji bulanan.

Mereka yang mencipta produk supplement bukan calang-calang. Kebanyakkan mereka yang dilantik adalah graduan PhD. Saintis yang mahir dalam bidang kimia, biologi, biomolecular, food techonology dan pelbagai bidang.

Malangnya, bidang-bidang seperti ini hanya dilihat masa depannya sebagai pensyarah atau tenaga pengajar, akhirnya kebanyakan graduan lari bidang. Mencipta sesuatu bukan mudah. Perlukan kepakaran dan banyak kajian.

Apabila kita menghina, memperolok-olok produk yang dicipta, secara tidak langsung telah mengurangkan produksi produk tersebut. Hilang semangat, malah daya saing juga kurang.

Adakah kita wajib memilih perubatan moden? Atau kita diberi peluang memilih perubatan tradisional?

Saya tidaklah mengatakan perubatan tradisional sebagai ‘first line of treatment’. Tidak. Saya hanya berpendapat, kita sama-sama menerima konsep tradisional dan banyakkan kajian.

Perlu diingatkan, perubatan moden dan tradisional, kedua-duanya ada kesan sampingan. Selalulah pantau kondisi buah pinggang dan hati kerana dikhuatiri ada ‘calar-balar’.

Dalam kebanyakan kajian, herba tumbuhan tidak boleh dijadikan sebagai rawatan, kebanyakan kajian hanya dilakukan terhadap haiwan (animal study), kalau ada kajian terhadap manusia, itu pun banyak kelemahan dan jangka masa kajian tidak meyakinkan.

Tetapi selamatkan untuk kita ambil? Pendapat saya, ada sukatan yang dibenarkan, jangan ambil lebih dari saranan.

Terlalu ramai yang mengherdik produk herba. Mungkin kita tidak suka cara penjual kerana terlalu memberi harapan ketika menjual.

Orang ramai perlu tahu, mana-mana produk tidak boleh ‘overclaim’. Ia sekadar produk kesihatan yang ‘mungkin’ membantu dan tidak menjanjikan kesembuhan.

Bolehkah diambil? Bagi saya, tidak salah untuk mencuba. Sudah tentu, pastikan halal dan juga ada rekod NPRA, maksudnya telah disahkan penjualannya dari pihak yang bertauliah.

Jika tidak mujarab, mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan kita tetapi sesuai dengan orang lain.

Dan saya difahamkan, ada pula yang mengumpulkan maklumat kelemahan produk bagi menghentam si penjual. Bukankah itu mencari kesalahan atau keaiban mereka?

Dalam surah Al Hujurat ayat 11, ada menerangkan ‘jangan mengaibkan sesama kamu’. Dan ia juga menerangkan tentang mencari kesalahan atau kelemahan orang lain.

Dari kita menghina dengan kata-kata kesat produk kesihatan. Lebih baik kita ambil peluang untuk belajar tentang kebaikannya.

Apa guna kita bergaduh? Yang sana kata bagus diambil, yang sini pula kata tiada rujukan saintifik. Apa kata sama-sama bergabung, ambil peluang untuk lakukan kajian lebih lanjut.

World Health Organization (WHO) pun ambil peluang mengumpulkan kajian tentang herba atau perubatan alternatif ini.

Adakah kita banteras supplement sepenuhnya? Pelbagai supplement yang dijual di farmasi untuk siapa?

Kita berada di zaman yang penuh dengan cabaran. Cabaran para ilmuwan bukan setakat mendidik, malah ilmu ‘invention’ juga perlu diserap. Dari situlah peluang ekonomi dapat dinaik taraf dan secara tidak langsung generasi akan datang akan dapat manfaat.

Adakah setiap graduan akan diserap terus ke sektor kerajaan? Kerajaan kita sudah tenat. Perlukan ekonomi yang stabil untuk jana pendapatan. Jika ramai pencetus idea dalam mencipta sesuatu, tidak kira apa jua produk, lebih baik kita menyokong dan membaiki kelemahan.

Itulah ‘invention’. Bukan dihina atau dicaci. Mana tahu suatu hari nanti, penemuan herba di negara kita berjaya pulihkan penyakit hasil ‘invention’ rakyat Malaysia

. Jadi masyarakat yang membina, bukan mencari kesalahan. Apa yang penting, adalah bersikap keterbukaan dalam perubatan moden dan juga perubatan tradisional.

Saya minta maaf jika ada kekurangan dalam luahan ini.

Dari saya, insan kerdil,

– Ibuprofen is my favorite (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *