Sejauh Mana Kita Menghargai ‘Invention’ Produk Kesihatan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sejauh-mana-kita-menghargai-invention-produk-kesihatan/).

Sambung dari luahan tajuk Sejauh Mana Kita Menghargai ‘Invention’ Produk Kesihatan.

Saya berasa pelik kenapa apabila kita cuba bersikap terbuka dengan supplement herba dikaitkan dengan antivaksin la, doula la, tiada kaitan langsung. Untuk pengetahuan, semua ahli keluarga saya menerima vaksin dan itu yang terbaik bagi kami.

Dan untuk pengetahuan juga, kami semua dilahirkan di hospital dan menerima rawatan yang terbaik dari doktor hospital kerajaan. Melihat komen netizen di media social, bagi saya lebih teruk dari covid, fitnah. Saya pun tidak punya wang yang banyak untuk upah admin.

Komen sedemikian langsung tidak membina. Antara punca negara kita sangat susah untuk maju, adalah sikap kita sendiri, menjatuhkan orang lain. Tidak dinafikan, ada juga komen yang membina, terima kasih. Walau bagaimanapun, ini hanya confession.

Berbalik kepada supplement herba. Saya hanya berpendapat untuk bersikap terbuka dalam perubatan tradisional herba. Cuba korang masuk ke mana-mana kedai atau farmasi, sebenarnya kan terlalu banyak herba yang telah dijadikan produk tanpa kita sedar.

Pernah dengar HURIX? Hurix 600 Fluaway capsule – digunakan secara tradisional bagi melegakan selsema. Halal dan disahkan oleh pihak berkuasa untuk dijual. Cuba korang tengok bahan2 dalam dia? Herba cina (herba melayu ada?). Ini yang dinamakan alternatif.

Kalau korang nak cuba hurix ni bila selsema, try la. Saya pernah cuba, lambat berkesan. Ubat moden lebih cepat berkesan bagi saya. Bergantung dengan individu, nak cuba tidak jadi masalah. Tuan badan yang merasa.

Pernah dengar Prospan? Ubat batuk yang dihasilkan dari ektrak daun ivy, sejenis herba. Kalau korang ke farmasi, korang akan nampak ubat batuk ni di rak over-the-counter (otc). Tidak perlu preskripsi kalau nak beli. Ada orang cuba ubat batuk prospan ni baik da, ikut kondisi korang mcm mana.

Pernah dengar iklan kat tv Thomson Gingko Biloba? Model iklan tu salah seorang penyampai radio. Gingko biloba pun herba dan dikaitkan dengan pelancaran darah. Saya tak pernah cuba, tak pernah jual, di rumah pun tiada.

Supplement gingko biloba jenama Thomson ni agak terkenal, mungkin kerana marketing di tv. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Kalau tiada jenama Thomson, jenama lain pun ada.

Pernah minum green tea? Itu pun sebahagian dari herba. Memang bukan untuk rawatan, sebab kajian kukuh dan kuat tiada. Kajian kecil banyak yang mengaitkan ia dengan kesihatan. Ada orang tak suka rasa air green tea ni. Sacara ‘invention’ nya, green tea ni dijadikan capsule/tablet/dll.

Pernah tak badan rasa panas2, lepas tu korang pergi kedai beli air cap badak tu (3 legs cooling water). Ia mengandungi extract gypsum fibrosum dan konsep yang digunakan adalah perubatan tradisional cina. Herba melayu ada?

Pernah dengar milk thistle? dandelion? Kalau kat farmasi, jenama untuk herba ini dimonopoli syarikat2 bukan bangsa kita, BioLife, Blackmores, ada juga dari direct selling.

Masa korang kecil2 dulu, pernah dengar tak, kalau sakit gigi, letak bunga cengkih dekat kawasan gigi yang sakit tu? Hahhh, ini saya pernah cuba, bagi saya ia mujarab (ikut la, mungkin bagi korang ada yang tak). Bunga cengkih itu herba dan itulah rawatan tradisional.

Secara modennya, ia dijadikan ‘clove oil’ bagi memudahkan penggunaan dan itulah ‘invention’ dan juga business (perniagaan). Jenama HURIX ada. Saya bukan nak promote HURIX, tetapi itu yang selalu saya nampak di kedai.

Kebanyakkannya, konsep herba dan penggunaannya dimonopoli dari bukan bangsa kita. Saya bukan nak suruh cuba rawatan herba semata-mata. Tidak sama sekali.

Saya hanya suka jika bangsa kita ‘invent’ atau mencipta sesuatu produk, dan secara tidak langsung menaikkan ekonomi dan bantu peluang pekerjaan.

Ramai antara kita yang bergraduan tinggi lari bidang. Mereka hendak ceburi lebih mendalam dalam bidang kemahiran mereka, tetapi takut dikecam dengan mereka yang terlalu skeptikal dengan herba.

Sudah tentu supplement ini bukan untuk merawat. Mungkinnnn, saya ulang ‘mungkinnn’ dapat membantu serba sedikit dalam kesihatan.

Umum kena faham. Kajian herba ni terlalu rumit, dia bukan sampai tahap klinikal yang mampu merawat. Tidak dinafikan, ada juga kajian kecil yang menunjukkan manfaat.

Dah tuuu, boleh cuba ke kalau hanya kajian kecil sahaja? Korang tengok dekat maklumat ‘recommendation’ pada label produk tersebut.

Setiap produk yang dihasilkan pasti ada kajian terhadap tahap sukatan/dos selamat untuk diambil. Mesti la ada kajian kan, sejauh mana dos selamat untuk diambil? Ke kita hentam je semua herba tak selamat?

Maaf, saya tak mahir. Tapi bagi saya, setiap yang hasilkan produk, mereka bertanggungjawab untuk ada pakar sendiri.

Saya juga berpendapat, orang ramai rajin2kan diri untuk belajar baca bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Mungkin produk tersebut ok sahaja, tiada masalah, tetapi si penjual yang ‘over’ menjual.

Ada bahan dalam produk kesihatan yang sebenarnya tidak bahaya pun jika kita ikut peraturan/ saranan pengambilan.

Kenapa kena berbalah sesama kita, pasal supplement herba pun bergaduh. Bangsa lain sibuk buat kajian, sibuk hasilkan produk, sibuk jualkan produk, sibuk naikkan ekonomi, sibuk bagi peluang kerja. Kita masih mencari kesalahan orang lain, sibuk cari kesalahan produk.

Kalau nak hentam, hentamlah para penjual yang menggunakan marketing dengan cara melampau atau overclaim. Bukan produk herba itu sendiri.

Kita masih ada undang-undang, Saya hanya bersikap terbuka dalam perubatan herba. Selagi tidak melebihi saranan yang dibenarkan, halal, lulus dari pihak yang bertanggungjawab NPRA, tiada interaksi dengan ubat (minta nasihat dengan pakar), bagi saya tidak salah untuk mencuba.

Testimoni produk macam mana pula? Saya pun geram jugak, macam2 testimoni keluar bagi lariskan produk. Sgt mengelirukan. Ok mcm ni lah, saya dan netizen kena faham, testimoni tu hanya cara marketing, dalam rawatan tidak boleh digunakan.

Ingat ye, testimoni tidak boleh digunakan bagi merawat. Ia terlalu subjetif, ada orang ok, ada orang tak berkesan… Nak cuba produk tu?

Lepas cuba produk tu, cek badan sendiri ok ke tak. Sahih atau tak testimoni tersebut, si penjual yang kena tanggung dosa. Didik diri jangan percaya testimoni bulat2. Ni takkk, percaya bulat2, lepas makan tak berkesan, semua dipersalahkan.

Harga mahal tapi nak cuba? Meh saya ajar. Korang tengok bahan dekat produk tu. Kalau tak boleh hafal, tulissss. Cari produk yang sama kandungan dan lebih murah pada produk lain.

Mungkin ada produk lain yang lebih murah dan kandungan lebih kurang sama. Cara proses saya tak pasti. Belajar baca kandungan bahan, ni tak hentam mahal la, maki2 penjual la. Korang nak apa sebenarnya?

Contoh ye, kalau nampak iklan produk herba teh hasil kajian Prof T. Niii contohhhhh… Kalau ada penjual overclaim, nasihat si penjual, kalau tak faham juga buat la laporannn… Kalau was2 produk tu sah dijual atau tak, pergi laman web NPRA, cek rekod pendaftaran…

Kalau tiba2 rasa nak cuba, sekali lagi saya ingatkan, monitor badan sendiri, cek gula cek buah pinggang cek liver cek semua dll.. Adakah masih baik atau makin memudaratkan?

Kalau tak nak cuba, tak suka produk tu, diam! Ni tak, kutuk2 dengan matlamat produk tu jatuh. Memang kita jenis suka tengok business bangsa sendiri lingkup ke?

Untuk pengetahuan juga, saya tidak minat minum teh2 herba ni, tapi saya suka dengan bangsa saya yang ‘invent’ sesuatu produk. Bagi saya ia buka peluang banyak bidang pekerjaan, buka lebih banyak peluang kajian, buka peluang ekonomi.

Didik diri cari kebaikan, bukan mencari kesalahan atau kelemahan.

Tahu tak kawan saya PhD dalam bidang ni, dia tengah menganggur sekarang? Kita banyak resources, ramai para ilmuwan, tapi sayang, hanya sijil yang dapat, bakat tidak dapat digunakan.

Sekian,

– Ibuprofen is my favorite (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *