Sejenis Yang Fake

Hi, Assalamualaikum. Aku tak ada masalah keluarga, tapi makin lama makin hairan dengan sikap-sikap kenalan-kenalan aku yang semakin fake di telan zaman.

Aku ni dulu masa student belajar kat Mesir. Biasalah bila orang sebut Mesir mesti budak-budak pengajian Islam. Tapi aku bukan, aku belajar dalam aliran perubatan. Kalau korang bijak, mesti boleh teka pekerjaan aku sekarang.

Alkisahnya, zaman aku belajar dulu-dulu, aku bukanlah sejenis fake. Aku dibesarkan di Kuala Lumpur, wanita bertudung, tapi memadailah berlengan panjang bert-shirt, tapi berstokin on off. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang menutup aurat. Aku pun tidaklah datang daripada background sekolah agama.

Sewaktu aku belajar disana, aku mengenali ramai sister wanita-wanita lindungan kaabah yang sangat judgmental. Memaksa junior yang baru sampai masuk usrah, kalau kami buat hal je (keluar makan dengan classmate lelaki), terus datang rumah buat spot check. Mengalahkan mak ayah kitorang sendiri. Walaupun aku orang KL, tapi parents aku ajar aku beza apa yang baik dan yang buruk.

Yang suci itu dia, yang hina itu kita. Handsock tu wajib, walaupun dah berlengan panjang. T-shirt muslimah je paling cantik, walaupun pada pandangan aku hilang fungsinya bila baju muslimah kau pilih size kecik dan bontot kau melekap kat baju.

Senior-senior yang mulia ini sangat mudah melabel kami jahat, barah masyarakat dan suka membuang masa. FB, IG dan masa tu Twitter tu semua lagha, buang masa. Tak kurang juga kawan-kawan sama batch yang ikot jejak langkah sister wanita-wanita lindungan kaabah ni.

Yang kahwin masa belajar ni semua baik, ikot agama, suci murni, keluarga mawadah, rahmah. Wajah kau hanya untuk tatapan bakal suami, kalau lelaki lain tengok tu haram MasyaAllah, dosa! Tapi yang mampu bercinta je sebab belum ada kerjaya nak tanggung keluarga dianggap penzina ye pembaca semua. Waktu tu mereka lah diatas, mudah menjatuhkan hukum….

So kembali ke cerita asal.

Selepas beberapa tahun, kami semua habis belajar. Masing-masing dengan kerjaya dan keluarga di tanah air. Tapi bak kata pepatah, kacang lupakan kulit. Sekarang semua berimage baru. Kaki selfie, masing-masing yang dahulunya bertudung labuh 60inci sekarang berbawal bidang 45. Dulu ada penutup dagu, sekarang dagu runcing je aku tengok.

Teringat lagi aku pernah terserempak kakak usrah aku, dulu timbalan pengarah kelab pelajar yang selalu up status dosa bercouple, pakailah handsock, sekarang handsock pun tak de. Baju ikot shape. Kurung moden uollss.

Yang paling aku tak tahan, meniaga product make up, Mariah Kay, Nurasiah. Bergincu tebal, selfie setiap hari publish kat FB. Nak promote product punye pasal. Apa dah jadi dengan statement sis-sis tu dulu, gincu itu haram? Letak pulak gambar di katil bersama baju tidur baru.

Hamboi kemain. Tag laki dia, nak nampak sweet kot, lepastu kawan-kawan laki dia comment pulak. Dulu pandang lelaki tak boleh, tpi lelaki pandang dia boleh pulak. Makin belaki, makin galak pulak aku tengok. Sekarang, yang haram dihalalkan. Walaupun dah 4 tahun lepas aku grad, aku ingat lagi kata-kata diorg.

Ada pulak sejenis fake, F yang dah berhenti jadi doctor sebab stress kerja, tapi masing menggunakan title doctor tu untuk meniaga produk. Cerita kat orang macam dia masih buat oncall.

Tapi tulah, title doctor ni memang mampu melariskan product. Contohnya Dr Aien wanita ke 19. Eh! Canang sana sini free consultation with your beauty expert, a pretty doctor. Walhal housemanship pun tak mampu nak habiskan.

Kebetulan aku ada terserempak dengan kawan-kawan zaman student dulu. Dia cerita, “teringat dulu, aku tak datang kelas, F ni sindir aku siap kata, aku nilah yang akan jadi sampah masyarakat lepas grad nanti. Tapi kau tengok sekarang, aku masih berkhidmat jadi doktor jaga orang siang malam walaupun tak dihormati masyarakat, tapi dia yang dah berhenti, tukar-tukar kerja”.

Hidup ibarat roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang kat bawah. Ramai jugak yang quit, tapi belum pernah aku tengok species overclaim, over confident macam ni.

Kesimpulannya satu je, jangan rasa diri tu besar sangat ye adik-adik (pesan kat adik-adik je lah, yang tua-tua ni dah ketegaq). Hidup ini ada tinggi rendahnya.

Sekarang mungkin kita nampak life kitalah paling perfect tapi masa depan kita mungkin jadi orang-orang yang kita selalu perkatakan dahulu. Tapi masa tu obviously kita dah tak nampak, sebab dah rasa hebat sangat. Niat nak riak ke, niat nak saje-saje acah romantik dengan suami itu semua awak je tahu niat asalnya.

Tapi ingatlah, niat tak menghalal kan cara walaupun make up tu mesra wuduk, mesra solat, tapi pada dasarnya make up itu ….. (korang pun tahu hukumnya). Semoga kita semua kembali ke jalan yang lurus. Sekian luahan Christmas Eve aku tahun ini. Hehe.

– Adik Usrah-mu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *