Sekadar Ingin Bertanya

Assalamualaikum semua pembaca setia IIUM Confession di sini. Saya sekadar ingin bertanya pendapat dengan pembaca semua.

Saya seorang wanita bujang berumur 30 ke atas dan seorang peniaga.

Soalan saya di sini adalah. Apa pandangan lelaki bila seorang wanita itu bertanyakan hal yang agak sensitif di kalangan masyarakat iaitu soal ‘childfree’.

Saya berniat untuk mendirikan rumah tangga. Niat itu sudah ada tapi masih mencari bakal suami.

Soalan ini yang akan saya ajukan terlebih dulu kepada bakal suami saya itu. Apa pendapatnya soal ‘childfree’.

Jika saya ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga. Saya akan mengambil keputusan untuk ‘childfree’.

Ada sebabnya kenapa saya memutuskan untuk mengambil keputusan sedemikian di kerana kan saya tahu diri saya ni macam mana.

Bukan disebabkan saya tak suka budak-budak tapi mental dan emosi saya tak mampu untuk mendidik seorang anak yang lahir di dunia ini. Lagi-lagi nak besarkan anak di zaman sekarang ini.

Of course saya tidak akan mementingkan diri dalam hal ini. Saya akan izinkan suami saya untuk berkahwin kedua kalinya jika dia inginkan zuriat.

Saya dah fikirkan hal ini masak-masak. Saya tahu keputusan yang saya buat ini akan memberikan impak yang besar dalam hidup saya. Tapi saya bersedia menerimanya.

Tapi yang penting bakal suami itu kena stabil, adil, bertanggungjawab, berakhlak mulia itu yang penting.

Saya tak kisah di kecam sebab jalan kita berbeza-beza. Kalau tiada rezeki untuk berkahwin, saya dah siap sedia untuk hidup membujang sampai ke tua.

– Bunga rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *