Sekadar Luahan

Assalamualaikum wbt, hai nama aku Oren, umur ku 37 tahun sekarang, status berkahwin. Aku tinggal di ibu negara Malaysia dan status ku berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Aku sekadar ingin meluahkan dan bertanya pendapat. 10 tahun yang lalu aku mengenali seorang jejaka yang berasal dari pantai timur. Tapi umur ku dengan dia terlampau jauh perbezaannya. Sewaktu tu umurku 27 tahun dan dia 19 tahun.

Aku berkenalan dengan lelaki yang akan aku namakan Z di salah satu majlis yang diadakan oleh sepupu ku. Kebetulan pula Z merupakan kawan kepada adik sepupu ku.

Dia mengaku dia memang suka dengan wanita yang berusia. Aku plak baru sahaja kecewa dari percintaan, lelaki tersebut telah meninggalkan aku kerana telah mengaku yang aku sudah tidak lagi suci sejak usia ku 15 tahun lagi. Biasalah waktu tu nafsu membuak2.

Aku mengaku depan Z, tapi Z tidak kisah kerana dia anggap itu masa lalu ku. Bahagianya aku ketika itu.

Z hanya bekerja sebagai cashier f&b, yang hanya gaji cukup2 makan, berbanding dengan aku yang gaji yang boleh buat aku senang.

Setelah hampir 1 tahun menjalinkan hubungan, Z memberanikan diri, melamar aku. Z datang ke rumah parents aku, dan menyatakan hasrat nya.

Alangkah terkejutnya aku, apabila parents aku menetap syarat hantaran aku sebanyak 30k, selain itu Z harus menyediakan rumah dan juga kereta kepada ku.

Malah perihal rumah haruslah paling kurang apartment yang bukan disewa malah dibeli dan diletakkan namaku. Terkejut Z, tetapi dia menerima syarat tersebut.

Z mengambil keputusan untuk joint satu syarikat, yang menjanjikan gaji yang cukup lumayan. Tetapi sedang dia terlampau sibuk dengan kerjanya, aku menjadi sunyi. Mana tidaknya kami jarang berjumpa sebulan sekali itu pun belum tentu, kami hanya berhubung melalui telefon.

Suatu hari dia telefon aku, dan memberi tahu aku bahawa yang pasukan dia harus pergi ke selatan tanah air untuk mengembangkan perniagaan mereka. Lagi aku rasa sedih.

Setelah dua bulan tidak bertemu aku sunyi sangat, kebetulan pula syarikat aku bekerja kedatangan staff baru lelaki namanya H (yang kini suamiku).

Dia mengorat aku, langsung aku tak layan. Masih setia dengan Z. Tapi hati mudah goyah dengan kalimah cinta. Aku mula curang, dalam pada masa yang sama aku masih lagi status awek kepada Z.

Selepas setahun Z nyatakan dia masih belum cukup lagi nak kumpul 30k. Setelah berbincang aku menyatakan biarlah aku buat pinjaman atas nama ku sebanyak 50k.

Sebab aku kerja gomen, jadi lepas la nak buat pinjaman. Alhamdulillah selepas dia bulan pinjaman aku diluluskan.

Aku gembira sangat, apatah lagi aku rasa aku hot, Z mahukan aku begitu juga H.

Suatu hari Z ditipu oleh seorang customer, pada mulanya customer terbabit mengambil barang tapi tak bayar serta melarikan diri, sebanyak 12k.

Z meminta pertolongan ku kerana jika Z tidak melangsaikan 12k dia akan dikenakan undang-undang. Lalu aku transfer kan ke acc Z.

Tapi waktu tu hati aku dah mula tawar dengan Z, kerana jujur aku katakan Z berduit macam H… Kalau nak dating mesti tempat biasa2. Macam mamak kalau tengok wayang pun mesti kat tempat biasa2 je.

Kalau H tak dia sentiasa bawak tempat yang high Class termasuk hotel, ye aku dan H sering melakukan hubungan tersebut sebelum kami berkahwin.

Suatu hari hubungan aku dan H terkantoi, kerana ditangkap khalwat. Aku nampak betapa kecewa nya dia. Aku merayu supaya aku dimaafkan tetapi aku tidak diendahkan. Aku nampak dia menangis. Dia memutuskan hubungan kami.

H ingin bertanggungjawab, tetapi dengan cara yang hormat, parents aku masih lagi dengan 30k hantaran, rumah dan kereta. H setuju kerana dia berasal golongan yang mampu. Itupun. Selepas 3 tahun kes khalwat kami, kami disatukan.

Sepanjang 3 tahun itu, aku melihat dia Facebook yang Z sudah pun berkahwin dengan gadis pilihan hatinya. Aku tengok perempuan tu tak cantik mana. Apabila diselidik, perempuan tu miskin, kerja kerani kampung je, malah cacat plak.

Aku tak faham apa yang Z pandang kat perempuan tu, sampai sanggup hiraukan aku yang mintak maaf bagai ni.

Tapi satu je Z terlupa, yang dia ada pinjam duit dengan aku. Sebanyak 12k tu, dia tak bayar lagi. Ni aku dengar plak dia accident selepas 3 tahun perkahwinan dia,

Aku tahu dia tak mampu lagi nak bayar tapi aku saja je buat dorang laki bini tertekan, tambah plak sekarang aku je kerja, laki aku dia tak kerja sebab kena buang, akibat kantoi dadah.

Tapi sebenarnya aku rindukan Z, sebab aku tengok Z layan bini dia first Class.

Apa yang aku dengar sampai pantang pun upah CL, bini dia beranak macam2 hadiah Z bagi. Walaupun pada ketika itu Z kerja biasa2 je..

Aku dah contact Z sebulan aku mintak dia bayar 1k, aku sakit hati H tak pernah layan aku macam tu.

Sampai sekarang Z dia tidak mampu lagi nak bayar sebab kekangan kewangan katanya. Siapa suruh tak pilih aku.

Aku nak tanya korang, perlu ke aku nyatakan rindu aku pada Z atau aku halalkan sahaja hutang dia tu. Please jawab????

(Insan bingung)

– Oren (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. sis ni dh la hidup bergelumang dosa sebelum kahwin, menghancurkan kepercayaan dan kesetiaan org lain pastu ada lagi niat nk hancurkan rumah tangga org lain sbb husband sndri tk layan tip top walhal tu pilihan sis sndri. knp nk kutuk2 pilihan isteri si Z, jgn banding org lain dgn kita yg bnyak dosa ni. Perbanyakkan la amal utk cover balik dosa2 lampau tu dgn memudahkan urusan org lain kalau rasa tk boleh nk sedekah 12k tu berikan ruang dan masa utk si Z tu bayar slow2, tkyah lah kacau rumah tangga org lain nak rindu2 bagai. pendek kata sis ni so pentingkan kebahagiaan diri sndri atas kesedihan org lain. cerita pon mcm mendabik dada sndri. nak ckap bnyak pon dh tua nk masuk 40 dh pon patutnye pemikiran tu dh matang.

  2. Sis.. satu je sy nk ckp tolong la jgn pandang rendah dkt org, masing2 ada kelebihan sendiri…knp sis mesti judge sampai mcm tu sekali ye

  3. ko cantik sangat ke oren? takpelah kahwin dengan orang yang cacat fizikal dari kahwin dengan orang cacat otak. cuba bawak bertaubat atas dosa yang kau lakukan sebelum ni, jangan nak tambah dosa kacau rumah tangga orang lain pulak. kene muhasabah diri tu, tengok sekeliling kau dan kene bersyukur & redha apa yang kau ada sekarang. hidup kalau sentiasa rasa tak puas hati, tak kemana oren.

  4. Ape benda lah.. dh lah ditangkap khalwat. kata org xcantik pulak.. suami penagih pun masih lagi berangan sis ni.. paksa2 org nak pilih dia pulak padahal dia ditangkap khalwat. tu suami org nak cakap rindu kat suami orang buat apa? better kau dekatkan diri dgn Allah Oren lagi tenang hidup kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *