Sekadar Luahan

Hi semua. Terima kasih admin menyiarkan luahan hati saya. Saya Farah, berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati saya sendiri.

Suami saya berusia 35 tahun. Ada pekerjaan yang stabil dan pendapatan suami saya, alhamdulillah dan hidup kami category T20.

Suami saya menyediakan segalanya untuk saya. Dari rumah, kereta dan duit belanja. Saya kira beruntung, sebab saya bukan lah berasal dari keluarga yang senang.

Suami saya berasal dari keluarga yang senang. Setiap tahun akan bercuti ke luar negara. Bawak kereta pun continental.

Setelah berkahwin, baru la saya merasa untuk menaiki dan memandu kereta jenama eropah ini. Memang sedap rupanya.

Tapi ada beberapa perkara saya tak suka pasal suami saya. Yang pertama, suami saya ni gila kereta. Every two years dia dah tak senang duduk untuk tukar kereta lain.

Untuk saya yang bukan berasal dari keluarga senang, saya rasakan ianya satu pembaziran. Suami saya sekarang di fasa untuk mencari kereta yang selesa untuk kami berdua.

Masalahnya, kereta dia yang sekarang saya rasa selesa sangat. Jauh beza nak dibandingkan dengan honda saya yang saya beli.

Sejak kahwin, rasanya sekali je suami saya bawa kereta saya tu. Lepas tu tersadai je kereta itu dekat parking condo kami.

Kemana-mana kami pergi akan naik kereta dia. Honda tak sedap kot (maaf confessor pasal honda tu) (https://iiumc.com/luahan-gen-z/).

Suami saya cakap kereta dia dah tak best. Dia cakap, lepas ni nak kembali ke BMW. Handling lagi mantap dari AMG dia. Saya tak paham pun. Buat-buat faham je. Bagi saya membazir la.

Yang kedua, suami saya ni tak tegas dengan saya. Contoh, ada sekali tu saya terlepas solat Maghrib sebab tengok movie dekat rumah. Dia tak marah pun.

Saya tengok kawan-kawan saya, kalau tak solat, husband mereka marah bukan main. Tapi husband saya relax je tak marah. Saya pun nak kena marah kalau tak solat.

Husband saya ni jenis yang jaga solat la. Sepanjang kami kahwin, takde lagi dia tinggal solat dengan sengaja. Selalunya bila keluar pergi mall pun, dia akan solat. Dia suruh saya tunggu di luar surau. Dia akan tanya “awak nak solat tak”.

Selalunya saya diam. Lepas tu dia suruh saya tunggu dekat luar surau je. Dia tahu saya tak nak buang makeup. Tapi sekarang saya akan usahakan untuk solat kalau keluar mall. Doakan saya berjaya.

Yang ketiga, suami saya kencing berdiri. Mungkin dulu masa dekat sekolah, ustazah ada bagitahu lelaki dan perempuan kena kencing mencangkung atau duduk sahaja. Jadi saya memang tak boleh terima kalau ada lelaki kencing berdiri.

Saya pernah nasihat dia tak elok untuk kencing berdiri. Dia cakap, memang orang lelaki kencing berdiri. Siap ada tempat khas untuk berdiri. Untuk memudahkan. Jadi kenapa dia nak kena susah-susah cangkung atau duduk.

Saya tanya dia, “awak kencing kat situ je ke” dia cakap, ya. Cuma dia cakap, kalau tempat khas tu takde air untuk cuci, baru dia akan masuk cubicle. Itu pun dia akan berdiri jugak katanya.

Tak boleh brain saya dengan laki kencing berdiri ni. Tak senonoh tahu tak. Cuba bagi cadangan sikit macam mana saya nak nasihat suami untuk kencing duduk..

Saya rasa itu je la luahan saya. Saya tak boleh nak meluahkan kat sapa2. Sebab aib suami kan. Tapi dekat sini, takde yang kenal saya. Jadi boleh la saya meluah disini.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *