Sekadar Luahan Dari Anak

Aku Oren. Aku anak sulung dari 6 beradik, 2 perempuan di atas selebihnya adalah lelaki. Aku sudah berkahwin dengan cinta hati pilihan sendiri.

Aku hanya nak luah lepas aku terbaca sesuatu beberapa minggu yang lepas. Sumbernya aku sudah tak ingat. Tapi berkisar bukan tanggungjawab bapa untuk sediakan bilik untuk setiap anak, nanti dah besar, anak keluar juga. Lebih kurang begitu.

Ya aku setuju tanggungjawab bapa tamat sekadar jika dia sediakan kediaman berteduh selagi anak itu masih dalam tanggungjawabnya.

Mungkin aku dibesarkan dengan mentaliti bapa sedemikian. Bapa aku bekerja kerajaan yang agak tinggi juga. Bapa beli rumah kos rendah 3 bilik. Aku tak faham kenapa beli yang 3 bilik sedangkan bapa boleh fikir anaknya bukan seorang dua.

Masa sekolah, dapatlah kami share 2 orang satu bilik. Aku mestilah dengan adik perempuan. Yang lelaki mulanya tak bermasalah. Semua sumbat satu bilik.

Long story short, aku keluar rumah selepas SPM untuk sambung belajar di universiti agak jauh dari rumah. Jarang balik kekangan masa & wang transport. Jadinya secara auto bilik yang sebelum ini berkongsi jadi hak milik kekal adik perempuan.

Hatta jika aku balik cuti pun aku ibarat menumpang. Adik aku pun kira selfish. Dan aku yang dicop anak sulung semestinya yang paling kena mengalah.

Bilik adik lelaki pula? Hapak. Dengan bersepah. Game, alat muzik sana sini. Kongsi 4 orang? Tak kan aku yang anak dara nak melepak juga. Aku jadi stress. Aku takda privacy.

Ada dikala adikku yang perempuan tu dipanggil ke PLKN, biliknya dikunci. Tiada kunci spare di rumah. Dengan luggage aku balik bercuti tu, aku berkampung bawah tangga.

Bawah tangga memang ada katil tempat ayah melepak balik kerja. Ya disitulah aku tidur, aku baring, aku baca novel lepas balik kerja part time aku.

Fast forward aku sambung belajar lagi. Dan masatu kebetulan PKP yang pertama. Belajarlah secara online di rumah. Di bawah tangga la aku bertapa. Duduk bersila atas katil bongkok buat assignment.

Masa ni adik aku sudah di rumah. Baru habis diploma dan sedang kerja. Tak dapat kongsi bilik sebab- “kamu kan kakak, mengalah la”. Tiada pula “adik2 lelaki tidur ruang tamu. bagi kakak guna bilik” tiada.

Habis belajar aku pun berkahwin pada tahun 2020. Bayangkan jika aku bawa suami aku balik rumah bapa, kami tidur asing?

Katil di bawah tangga sudah jadi tempat tidur atok yang uzur. Aku akan tidur di bilik mama dengan mama. Ayah akan tidur di ruang tamu. Suami aku akan tidur di bilik adik aku yang 4 orang kalau semua berhimpun.

Adik lelaki aku yang masih tinggal di rumah hanya 2 orang masih sekolah rendah. Dan adik perempuan aku masih dirumah ni. Bekerja. Dan tetap tak mahu mengalah.

Aku malu dengan suami aku. Keluarga suami aku siap besarkan rumah tambah bilik supaya semua anak menantu dapat sorang satu.

Tapi tapi ini sekadar luahan. Aku tak pernah salahkan ayah aku. Aku tahu ini je kemampuan ayah aku.

Part of it aku blame adik aku yang selfish. Aku kalau lawan dengan dia pun, dia menang sebab mulut dia memang kalau bunyi, rasa nak simbah air lada. Laser, lancang.

Jadi untuk kurangkan rasa serba salah kat suami aku, aku jarang ajak dia balik kampung aku. Aku selalu balik sendiri je. Sebab aku taknak dia tak selesa. Aku bukan tak bersyukur, cuma aku rasa serba salah.

Kau jangan fikir suruh aku pasang khemah pulak. Rumah aku kecik. Rumah teres kos rendah. Aku pun tak kisah nak tidur asing kalau balik kampung. Tapi tak bestlah.

Kita balik rumah dia di layan sedap, ada bilik berkemas siap aircond. Sampai turn rumah aku, dia tidur atas lantai je kat bilik adik aku. Memang aku angin kat adik aku yang laki tu. Muliakanlah tetamu.

Bukanlah keluarga aku tak muliakan tetamu. Cuma part bilik jela problem. Layanan mama & bapa A class ye pada menantunya. Makan berhidang, air cuci tangan kat sebelah. Air panas sentiasa ada.

Entahlah ni cuma luahan aku je. Aku banyak kali pesan kat laki aku, kita kalau tak dapat nak bagi keselesaan long term kat anak kita nanti, jangan beranak ramai. Kita mampu rumah 3 bilik, 2 anak cukup.

Itu sahaja. Pendapat, pandangan & kecaman kalian saya dahului dengan terima kasih.

– Oren (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *